Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday 16 October 2014

ADAKAH PEMUDA PAS MAHU KAMI MENJAUHI PAS JUGA?

Ada satu pepatah Melayu yang terkenal menyebut:

Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga;
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Ramai yang mengaku Melayu, memperjuangkan "Ketuanan Melayu" tetapi langsung tidak tahu pepatah ini, jauh sekali menghormati asas tatasusila Melayu.

Bukan. Yong bukan pejuang "Ketuanan Melayu." 

Pernah seorang kawan bercerita tentang pengalamannya pergi ke jamuan anjuran rakan sekampungnya, seorang yang memegang jawatan dalam parti yang memperjuangkan "Ketuanan Melayu." Kebetulan, Yong pun kenal rakan kepada kawan ini.

Dia pergi kerana rakan itu telah berkali-kali mengajaknya. Maklumlah, masa itu si rakan ini sudah memegang jawatan dalam Puteri UMNO.

Jamuan itu biasa saja. Tetamu terdiri dari puteri UMNO, pemuda UMNO dan petua UMNO.

Kawan Yong pulang awal.

Yong tanya, "kenapa pulang awal?"

Jawabnya: "Bosan. Bahasa yang diorang guna tak sesuai untuk budak kecil mendengarnya. Dari contoh buah, haiwan dan manusia, semua jadi cerita lucah."

Kawan masa itu tengah mengandung. Dia tak mahu anaknya “mendengar” perbualan lucah itu.

Sejak itu kawan menjauhkan diri dari ikut jamuan atau apa-apa perjumpaan UMNO walaupun sering dihubungi oleh rakannya. Akhirnya, hubungan mereka menjadi renggang. 

Itu cerita UMNO.

Cerita lucah UMNO ini Tuan Guru Nik Aziz pernah sebut:

UMNO SERANG MUSUHNYA MELALUI POLITIK LUCAH

UMNO menggunakan teknik serang melalui maki-hamun dan cerita lucah demi mengaibkan musuh politik. UMNO tolak Islam; jadi tak hairan kalau demer menggunakan bahasa-bahasa kasar dan kesat.

PAS parti yang membawa mesej Islam:

TGNA HARAKAH

Tetapi, bagaimana sekarang?

Kenapa budaya huduh ini diikuti oleh Pemimpin dalam Pemuda PAS?

Contohnya:

MAKSUDNYA HANIPA MAIDIN PUN "SAMPAH"?

Hanipa Maidin, ialah peguam PAS yang banyak berjasa kepada penyokong PAS, termasuk masyarakat Felda:

SAMPAHKAH INI?

Kini Hanipa Maidin sedang mengendalikan kes Mejar Zaidi:

SIAPA BOLEH PERTAHAN MEJAR ZAIDI?

Kalau UMNO menyerang musuhnya yang berada di luar partinya sendiri (PAS, DAP dan PKR) dengan biadap, pemuda PAS pula kurang ajar dengan ahlinya sendiri yang jauh lebih tua darinya.

PEMIMPIN YANG KENCING BERDIRI

Kemana perginya pesanan Tuan Guru Nik Aziz tentag keindahan Islam itu?

Kawan Yong dan adik-beradiknya yang tidak suka politik lucah dan samseng sekarang telah meninggalkan UMNO.

Adakah Pemuda PAS mahu kami menjauhkan diri dari PAS pula?

Ingat! Lebih 50% pemilih di Malaysia adalah perempuan. Majoritinya seperti Yong. Mahu politik yang tenang yang menyenangkan.

Tetapi kenapa ramai perempuan tak mengundi PAS?

6 comments:

  1. A'kum Yong

    Apa nak buat, deme dah terikut-ikut dengan perangai tak senonoh dari sebelah sana walau pun mereka berkopiah berserban

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhai MountDweller...

      Bukan deme terikut... tapi skrang nih deme yang lead.... Hahahaha

      C++
      CipanTapirTenuk.Blogspot

      Delete
  2. islam bukan hanya perjuangan nyata, tp jgn lupa kpd pembersihan hati.

    para sahabat rdh adalah singa disiang hari tp abid diwaktu malam.

    adakah PAS menekankan aspek pembersihan hati dan rohani disamping bergerak sebagai sebuah parti politik?

    ReplyDelete
  3. Perungkap itu cerminan hati, jadi kita boleh menelah status kebersihan jiwa seseorang itu.

    ReplyDelete
  4. Bila nafsu untuk berkuasa diletakkan sebagai matlamat utama dalam perjuangan beginilah jadinya. Mereka (sosok-sosok seperti Din Ayam, Nasruddin Tantawi, Al Takiri, Nik Abdul dan yang sewaktu dengan mereka) sebenarnya hanya mempunyai sokongan akar umbi yang kecil saja. Tetapi oleh kerana Bapa Mertua bagi muka lebih dan perangai bapa mertua sendiri yang flip flop maka puak-puak ini naik tocang. Oleh kerana mereka di lantik pula menduduki jawatan strategik maka mereka menggunakan kesempatan ini untuk memburuk-buruk dengan niat menjatuhkan rakan-rakan yang tidak bersetuju dengan pendirian dan cara mereka berpolitik.

    Golongan ini suatu hari nanti akan jatuh tersungkur dan dihina ...cuma jika mereka ini dibiar lebih lama bermaharajalela...maka kejatuhan mereka akan tmembawa bersama keruntuhan PAS. Semuanya kerana nafsu besar mereka yang terlalu ghairah untuk bermain politik hodoh. Jual Islam, guna nama Allah untuk memburuk-burukan rakan seperjuangan.

    ReplyDelete
  5. Salam kak yong !

    Demer ingat demer dah bagus sangat... "holier than thou"... actually tak "smart" sangat !

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.