Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 8 October 2014

BETUL, SAARI TIDAK WAJAR MEWAKILI PAS UNTUK MEMOHON MAAF

Negeri Selangor nampaknya sudah kembali membina momentum untuk ke hadapan. Sekurang-kurangnya itulah yang cuba dilakukan oleh MB baru, walaupun dicemuh oleh geng tertentu yang menyokong Khalid Ibrahim.

Penyokong Khalid Ibrahim masih berdiri di premis lama.

SAARI SUDAH MEMBUAT DOSA BESAR KEPADA PAS?

Betul. Saari tak payahlah nak jadi ahli politik budiman untuk memohon maaf bagi pihak PAS. Sama seperti tindakannya dan Hasnul Baharuddin dulu yang melengkapkan bilangan ADUN untuk menyokong pencalonan ADUN PKR untuk kerusi MB Selangor. Tak berbaloi.

KALAU BUAT STATUS BEGINI DALAM FACEBOOK TAK APA AGAKNYA?

Samseng beriman? Oh, please!

Baik Suhaizan Kayat jelaskan apa maksud "politik budiman" yang disebutnya dalam Muktamar PAS ke60 dahulu.  

Mengapa sehingga kini kenyataan pemimpin PAS dilihat semakin jauh dari Pakatan Rakyat? Mungkin apa yang disebut oleh Khalid Samad ada asaanya. Fikirlah.. 

SUMBER

Berdasarkan tindak-tanduk kelompok kecil tertentu yang masih mentah dalam politik, amaran ini "makes sense" (munasabah). Jadi, tidakkah PAS patut bimbang?

Mengapa pemimpin PAS bersikap "Tiada Maaf Bagimu?"
Sikap berpolitik yang tidak budiman.
Keras kepada rakan, lembut kepada musuh.

Adakah Pemimpin PAS @ MSU dan Haji Hadi marah kerana PKR @ Anwar Ibrahim tidak memberitahu PAS, parti itu sebenarnya mencalonkan Azmin Ali?

Adakah PAS @ MSU dan Haji Hadi sebenarnya mahu PAS menduduki kerusi MB Selangor?

GAMBAR SEBAGAI INGATAN

6 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Memang SB ader dok masuk dalam semua parti politik Malaysia.... malah sejak dari awal penubuhan Malaysia lagi ianya dah berlaku.... Dan tak terkejut...

    Cumanyer.... geng dalam PAS nih bukan geng SB... dan bukan diperalatkan oleh SB.... tapi geng dalam PAS nih aderlah geng yang tak sedar diri dan perasan bagoosh.... Hahaha

    SB yang berada dalam PAS pon pakat gelak jer biler tengok kelaku bebudak geng nih..... Hahahaha..... geng ana anta nih...

    SB tak campur tangan pon.... sekadar melihat ja....

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. SB pun sokong kerja budak2 mentah ni kerana tolong buat kerja mereka dan lebih berkesan lgi kerosakannya.

      Soalnya dimana pemimpin no wahid PAS apabila PAS sudah nak hancur lebur? Takkan tak bertanggungjawab sampai tahap ini....

      Delete
    2. Salam C++ dan bat8

      Maknanya SB yang ada di PAS dan PKR dah makan gaji buta le erk?

      ALahai...Siapa yang ada borang jadi SB erk?

      Delete
  2. Tidak cukupkaha kenyataan Presiden Pas TG Haji Hadi dalam muktamar baru2 ini yang Pas tidak pelahap jawatan MB Selangor? Kalau Pas jenis tidak mementingkan kawan dalam PR, dari PRU12 lagi Pas boleh desak agar jawatan itu diberikan kepadanya. Perbuatan "membeli" ahli2 parti kawan hanya kerana mahu jawatan lebih hina dari menyamun dan tidak beradab serta kurang ajar. Kenapa kamu semua tidak tegur sepatah pun perbuatan sumbang tersebut?? Agama mana yang membenarkan perbuatan hina seperti itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam XUMNO

      Dulu Yong percaya PAS tidak pelahap jawatan MB Selangor. Dulu...

      Tetapi setelah dikatakan PAS menghantar 3 nama kepada Sultan Selangor dan semuanya ADUN PAS, Yong tak percaya lagi.

      Tak mengaku menghantar 3 nama? Yong tak percaya jugak.

      Sebab apa tak percaya? Sebab semua dibuat dalam gelap. Nama rahsia. Apa maknanya tu?

      Cakaplah terus terang.

      PAS marah bila PKR buat benda senyap2. Tapi diri sendiri pun sama jugak. Apa maknanya tu?

      Delete
    2. Salam kak yong & XUmNo ..

      Dont get us wrong... kami suka PAS selagi dia betui ikut Islam. Kelemahan kepimpinan ada hadnya & ya, boleh diperbaiki dlm 1 tempoh yg reasonable!

      Beza pendapat tu adat, fitrah. All the gist, we lament for improvement & "penapisan" kepimpinan yg lebih ikhlas, jitu, kerja nampak cekap, dinamik, coeffiecient & akhlak "terbaik" ! Is that hard to ask ?

      Jadi, aku rasa kepimpinan PAS semasa termasuk ulamak di MSU tu agak 'silap', slow, macam ada "betrayal" along the way .. so be it !

      Having wrote that.. insyaAllah kami tetap undi PAS. Always !

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.