Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday, 6 October 2014

KALAU IAPUN NAK MENAGIH SIMPATI, JANGAN LEBIH-LEBIH NANTI ORANG KATA BERBOHONG (50 TOP 2014-15 INFLUENTIAL ISLAMIC LEADERS, INSIDE).

Dekat Raya Aidiladha Yong terkejut kecil bila Harakah menerbitkan tulisan seorang Blogger yang menyebut kononnya ada CIA, Mossad, bla...bla...bla hendak menjatuhkan Presiden PAS, Haji Hadi.

Yong ignore rencana itu.

Tiba-tiba Nik Abduh pula menyebut tentang perkara yang sama:

SUMBER TMI

Kalau yang bercakap itu PJ Terengganu Yong akan ignore juga. Tetapi bila yang bercakap itu AJK PAS Pusat, mungkin ada sesuatu yang perlu diperhatikan.

Soalnya: Hebat sangatkah pengaruh Presiden PAS ini dalam dunia Islam sehingga ada usaha peringkat antarabangsa untuk menjatuhkannya?

Kebetulan senarai 500 individu Islam Dunia paling berpengaruh bagi tahun 2014-15 baru saja keluar. Senarai itu boleh di download secara percuma. Berikut Yong senaraikan 50 teratas:

SUMBER MUSLIM 500

Dalam senarai tersebut, Erdogan (Presiden Turki) mendapat rank ke 6, sementara Joko Widodo (Presiden Indonesia) ke 11. Ketua Nahdatul Ulama Indonesia, KH Said Aqil Siradj, ke 17.

Yong cari kalau-kalau ada nama Presiden PAS dalam senarai 50 teratas. Perhatikan sendiri:



Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi masih tersenarai rank ke 31. Tersenarai juga seorang pendakwah Indonesia Habib Lutfi bin Yahya (boleh dikenali melalui facebooknya di sini). 

Di mana kedudukan Presiden PAS dalam Senarai 500 individu Islam paling berpengaruh?

Anwar Ibrahim, Tuan Guru Nik Aziz, Dr Mahathir, Najib Razak dan Yang DiPertuan Agong disebut sebagai pemimpin Malaysia yang berpengaruh (in that order, hal: 116).

Kalau nama Presiden PAS tidak timbul dalam senarai ini (sama ada sebagai protagonist atau antagonist) apakah puncanya sampai ada gerakan antarabangsa untuk menjatuhkannya?

Harus diingat Muslim 500 juga menyenaraikan pemimpin-pemimpin yang dianggap "extremist" seperti Khalifah lantikan ISIS, Abu Bakar Al-Baghdadi, Ayman Al-Zawahiri, Ketua Al-Qaeda dan Abu Bakar Bashir, Ulama Indonesia (MMI). 

Jadi, Yong mohon kepada pemimpin-pemimpin PAS, janganlah buat gempaq untuk menagih simpati. Kalau tiada asas, akan jadi lawak jenaka. Silap-silap orang kata mengkomer berbohong.


9 comments:

  1. btui laa tuu yong...masalahnye reporter yg pro PR suka snght melayan c abduh.dia ni gila publisiti na dikenali ramai macam ayah dia tok guru nik aziz tak mampu capai so dia buatlaa statement2 yg lucu untuk mendapat perhatian media..tpi dalam parlimen kaku pulak ta gheti na cakap n bawak isu..abduh ni btui betui menumpang nama tok guru nik aziz dan masa pru tuu dia lawan pun ibrahim ali so level thinking beh kurang sama jea..ngabihkan boreh jea kata orang nogori

    ReplyDelete
  2. Bior le Yong,,,berghi dia peluang meluahkan pendapat dan rasa hatinya......mungkin....mungkin ada kebenaran yang kite tak nampak

    ReplyDelete
  3. salam...
    gue rasa Nik Abduh dpt maklumat pasal konspirasi antarabangsa nak jatuhkan Hadi Awang dari blogger cipantapirtenuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan Nik Abduh cilok dari artikel mengenai konspirasi antarabangsa hendak menjatuhkan TGHH yang ditulis oleh tuwn blog anak sengat, seorang penyokong tegar UG yang semua artikelnya adalah halusisasi dia sorang je. Artikel ini adalah contoh halusinasi beliau. Artikel ini dipost pada hari jumaat 3 oktober 2014.

      Link artikel yang dicilok Nik Abduh seperti dibawah
      http://anaksengat.blogspot.com/2014/10/jatuhkan-tuan-guru-haji-hadi-agenda.html?m=1

      Elok sangat la depa 2 orang ni. Jenih halusinasi. Dok nampak benda yang tak wujud. Tidak berpijak dialam nyata. Pakai halusinasi dia je walaupun ditunjuk ianya tak wujud.

      Delete
    2. Bhai Naim Mutalib...

      Hahaha.... Memang MOSSAD dan CIA dok cari Hadi Awang..... sebab dier la agen terbaek yang pernah dihasilkan oleh Malaysia ...... Hahahaha

      C++
      CipanTapirTenuk.Blogspot

      Delete
  4. kan berjsya si beduh ni dok bawah spotlite....sampai Yong pon ulas kenystaan si mangkok ayun ni.
    masaalahnya Yong...PokNik sr tu percaya cakap dia dan mehantu ....sama la dgn hj Hadi....percaya racun anak mehantu gak..... rupa2nya fitbah anak mehantu ni ujian besar ....ayat Quran pon de sebut kan.....

    ReplyDelete
  5. MP camni sepenggal jer, Yong. Kalau naik gak memang sah pengundi ngok.

    ReplyDelete
  6. ini akibat dia kena tahan ISA dulu ni..terus otak dia jadi biol dalam senyap2...ya ampooooooonnn...

    kah kah kah kah

    ReplyDelete
  7. Salam kak yong !

    Kepimpinan cap "ayam" cenggini memang suka mengokok aje lebih ! Lagak ayam jantan tapi tak buat apa (koje) pun, tak berani lawan (hujah) jugak ! Ngebat gitu gitu hey aje le dengan sroban jubah dia tu kulu kelor (hulu ke hilir) ! Appearance aje tak cukup kalau mutu koje macam budaya (kepimpinan orang setiap peringkat) UmNo saling tak tumpah macam kita benci selama hari ni... appaling !

    Orang le ni nakkan kepimpinan PAS yg hebat buat koje (superb, efektif, co-effisien) & cakap serupa bikin.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.