Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday 17 November 2014

PATUT KHALID TERKEJUT, RUPANYA PAMPASAN TU VSS!

Mula-mula baca dulu berita dari The Malaysian Insider. Berita ini menjawab persoalan amaun sebenar yang diberi kepada individu-individu terbabit:

Pembantu Khalid Ibrahim diberi pampasan RM2.6 juta sebelum berhenti

OLEH THE MALAYSIAN INSIDER

Published: 17 November 2014


Lapan pembantu bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diberikan bayaran pampasan sebelum Khalid meletakkan jawatan, dua bulan lalu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 November, 2014. Kerajaan negeri Selangor membayar RM2.6 juta pampasan atau “golden handshake” kepada pembantu bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum beliau meletakkan jawatan dua bulan lepas, keputusan yang dibuat pada hari-hari akhir perkhidmatannya.

Dalam dokumen yang dilihat The Malaysian Insider, RM2.27 juta dibayar sebagai pampasan, berserta RM376,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan dikatakan dibayar kepada 8 pembantu Khalid.

Difahamkan bayaran tersebut diluluskan Khalid yang juga merupakan ahli lembaga MBI, serta 4 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) PAS pada 22 September, salah satu tindakan akhirnya sebagai menteri besar.

Dokumen tersebut menunjukkan jumlah terbesar bayaran tersebut diberi kepada Faekah Husin, bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat milik kerajaan negeri, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI). Beliau didakwa menerima RM581,400 sebagai pampasan dan RM114,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan.

Setiausaha akhbar Khalid, Arfa'eza Abdul Aziz didakwa dibayar RM358,000 pampasan dan RM55,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan sementara setiausaha politiknya Mustapa Mohd Talib didakwa dibayar RM265,000.

Selebihnya didakwa dibayar antara RM97,000 dan RM230,000 masing-masing sebagai pampasan dan di antara RM18,000 dan RM69,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan mereka.

Faekah dan Arfa'eza tidak menjawab sebarang panggilan atau mesej sistem pesanan ringkas daripada The Malaysian Insider, sementara Khalid menafikan sebarang salah laku, mengatakan beliau mengikut prosedur yang betul.

Akhbar harian berbahasa Inggeris The Star melaporkan Khalid sebagai berkata, bayaran tersebut dibuat mengikut Skim Pemisahan Sukarela (VSS) yang ditawarkan kepada pembantu apabila beliau meletakkan jawatan.

Dalam menjawab persoalan mengenai rasional pembayaran tersebut, Khalid berkata, bayaran VSS tersebut hanya kurang 2% daripada rizab MBI yang berjumlah RM112 juta.

Beliau berkata, bayaran tersebut diluluskan ahli lembaga pengarah MBI, termasuk setiausaha kerajaan negeri dan pegawai kewangan negeri, serta exco kerajaan negeri.

Pengganti Khalid, Mohamed Azmin Ali mengakui semalam terdapat elemen salah laku dalam isu itu dan mengatakan MBI akan membincangkan perkara tersebut minggu ini untuk langkah seterusnya yang akan diambil.

Satu sumber memberitahu The Malaysian Insider, penyiasatan awal Jabatan Audit Kerajaan Negeri Selangor mendapati prosedur yang betul tidak diikuti dan bayaran tersebut dibuat dalam keadaan tergesa-gesa.

Jabatan tersebut masih lagi melihat aspek lain seperti terma pampasan dan sekiranya ahli lembaga pengarah MBI sedar bayaran yang begitu besar dilakukan.

"Mereka bukannya dipecat, mereka meletakkan jawatan, jadi siapa yang meluluskan jumlah yang begitu besar? Atas dasar apa mereka diberikan pampasan begitu besar dan apakah ianya mengikut prosedur? “Ini antara perkara yang kami sedang lihat dan laporan penuh tentang ini akan dikeluarkan segera," kata sumber tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Andalas Dr Xavier Jayakumar menulis di Twitter tentang perkara ini dan menyatakan kebimbangan beliau atas "jumlah yang besar" tersebut dan sama ada prosedur betul diikuti.

"Ini bukan soal betul atau salah, ini soal moral. Ini melibatkan wang rakyat dan persoalan timbul di minda rakyat pada masa itu," katanya dan menambah, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri sepatutnya menyiasat perkara tersebut.

Beliau berkata, tiada sebab bagi pembantu Khalid untuk meletakkan jawatan, kerana mereka boleh saja meneruskan tanggungjawab sehingga menteri besar yang baharu membuat keputusan.

PKR memecat Khalid pada Ogos apabila gagal menghadirkan diri ke pendengaran jawatankuasa disiplin tentang perjanjian penstrukturan semula air di Selangor, penyelesaian hutangnya dengan Bank Islam dan Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).

Semua ini berlaku semasa kemelut jawatan menteri besar Selangor bermula awal tahun ini, apabila kepimpinan PKR mahukan beliau meletakkan jawatan untuk memberlaluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Kemelut itu berakhir apabila timbalan presiden PKR, Azmin dilantik sebagai menteri besar yang baharu pada September lalu. – 17 November, 2014. (TMI)

********************

Ooooh! Rupanya VSS!

Apa VSS tu?

VSS ialah VOLUNTARY SEPARATION SCHEME. Apabila sesebuah syarikat hendak dikecilkan, atau disusun semula (restructuring), maka staff boleh diberi option VSS. Nak tahu lebih lanjut, bacalah di sini

MBI ini juga termasuk sebagai sebuah syarikat yang MB menjadi Pengerusi Lembaga Pengarahnya (sumber MBI).


Berbeza dengan syarikat swasta sepenuhnya, contohnya Sony, Nestle, Hock Seng Lee dan lain-lain, yang melantik pegawainya berdasarkan kelayakan atau merit (ilmu, kemahiran, profesionalism dan pengalaman), MBI melantik pegawai executive dari kalangan ahli parti politik yang dipilih oleh MB. Perlantikan bukan atas merit tetapi sebagai political appointees (lantikan politik). Dasar perlantikan political appointees oleh Malaysia (Sama ada kerajaan PR atau BN) bukanlah sesuatu yang aneh kerana US dan negara-negara EU juga melaksanakan dasar yang sama.

Political appointees memegang jawatan itu selagi pihak yang melantik itu kerajaan yang masih berkuasa. Logiknya political appointees akan ditukar jika kerajaan bertukar.

Dalam kes MBI kerajaan tidak bertukar. Hanya MB bertukar. Pegawai-pegawai itu berhenti ikut suka sendiri, bukan dipecat (Menurut sumber TMI).

Setakat ini apa yang nampak menjadi persoalan ialah 4 perkara: 
  1. Mengapa amaun pampasan keterlaluan banyaknya? 
  2. Adakah political appointees juga layak mendapat pampasan di bawah skim VSS?
  3. Jika ada peruntukan bahawa political appointees layak mendapat VSS, adakah kalau berhenti kerana MB (kemungkinan besar CEO) bertukar melayakkan penjawat-penjawat ini mendapat VSS?
  4. Adakah pemberian pampasan di bawah skim VSS ini mengikut prosedur yang betul?
Di harap ada yang akan memberi pencerahan.

N3 sebelum ini :

khalid-ibrahim-flip-flop-isu-pampasan

2 comments:

  1. VSS mesti dapat kelulusan Labour Office. Ada approval labor office ke?

    ReplyDelete
  2. sbrg skim vss mesti mendapatkan kelulusan pejabat buruh. bukan suka2 je kata vss. lagipun dlm vss, tiada pampasan 3 bulan gaji sbb pampasan termasuk dlm formula vss. kalau dpt 3 bulan gaji bermakna majikan terminate tanpa notis.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.