Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 30 December 2014

PENEMUAN KORBAN QZ8501: APAKAH YANG ALLAH SWT MAHU BERITAHU KITA?

Hampa, sedih dan pilu waris-waris menerima berita pesawat QZ8501 telah ditemui. Maknanya benar  pesawat itu jatuh di laut.

Takziah kepada mangsa tragedi ini dan alfatihah bagi korban yang beragama Islam.

MAYAT TIMBUL, TIDAK TENGGELAM

Tentera Indonesia mula mengutip 40 mayat yang timbul bersama-sama debris pesawat yang jatuh itu. Pesawat yang jatuh itu berkecai. Tidak jatuh dan terendam utuh di dasar laut.

Tetapi anehnya penerbangan MH370 yang terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing, dalam cuaca yang bagus, tiba-tiba berakhir di selatan Lautan Hindi Selatan dan ia ghaib begitu saja. Kita diberitahu ia terbang melintasi ruang udara Indonesia tanpa dikesan.

Tiada serpihan. Tiada mayat ditemui.

Lebih sebulan yang lalu pencari memberitahu kita akan terdampar serpihan MH370 di perairan Sumatera (baca di sini dan di sini).

Kita menunggu serpihan tak kunjung tiba.

Rakyat Malaysia! Apakah yang Allah SWT mahu beritahu kita melalui tragedi yang menyedihkan ini?

Penemuan serpihan pesawat AirAsia dan mayat penumpang membawa mesej - sebuah "clue" yang penting.

Apa sebenarnya berlaku kepada MH370?

Di mana sebenarnya MH370 dan 227 penumpang serta 12 krewnya?

5 comments:

  1. Mayat 2 hari dah timbul... mangsa MH370 dah berbulan...tak timbul-timbul! Aku yakin bahawa MH370 ini tidak terhempas pun...

    ReplyDelete
  2. DIA nak kasi tau kat kita Don;t play play with Uncle SAM..

    ReplyDelete
  3. Pemimpin bermasalah akan sanggup jadikan nyawa rakyat sebagai ganti bagi menutup kebejatan diri sendiri dengan menjadi alat @ barua kepada kuasa dunia... malang sungguh negaraku kerana punyai pemimpin yang sarat dan terkait dengan banyak skandal kontroversi..memang suweylah!!

    ReplyDelete
  4. DeeDee Yong....

    Hehehe..... jawapannyer aderlah...........................................

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.