Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday 17 January 2015

AHLI BIASA, AHLI TAK BIASA, AHLI LUAR BIASA (UPDATE)

Kenyataan ini amat menyingung perasaan tukang tampar poster, tukang pasang bendera, tukan basuh pinggan, dreba foc dan aktivis-aktivis yang tidak memegang apa-apa jawatan dalam PAS:

ADA AHLI LUAR BIASA?

Apakah yang menjadi punca PJ Terengganu meroyan?

Bagi yang tak sempat baca atau tiada facebook, Yong perturunkan puncanya. Ini tulisan peguam Zulhazmi Shariff:

Pemilihan PAS 2015-2017

Jun 2015 akan berlangsung Muktamar Tahunan Pas Pusat yg akan sama memilih barisan kepimpinan utk sesi 2015-2017.

Proses demokrasi Pas sama spt proses demokrasi negara dlm memilih kepimpinan. Negara memilih kepimpinan melalui Pilihanraya Umum dlm tempoh lima (5) tahun manakala Pas melalui Muktamar Tahunan dua (2) tahun sekali.

Dlm Pas, yg akan memilih ialah para perwakilan yg mewakili Pas-Pas Kawasan tetapi kepimpinan negara dipilih oleh pengundi berdaftar.

Sesiapa saja ada hak utk mencadangkan kepimpinan yg disukai. Dlm memilih kepimpinan negara, ramai mencadangkan supaya kepimpinan drpd Umno/BN ditolak tetapi bila diadakan pilihanraya, masih dipilih kepimpinan Umno/BN.

Bg menghadapi pilihanraya, kita berkempen riuh rendah dgn pelbagai strategi utk mengubah kepimpinan tetapi pengundi yg berkuasa memilih. Sama dlm pemilihan parti, yg berkuasa adalah perwakilan. Kita hanya blh mencadang, memberi pandangan tetapi perwakilan yg memilih.

Justeru aku mencadangkan semua ahli Majlis Syura Ulamak tidak bertanding jawatan-jawatan di bawah utk mengelakkan pertindihan kepentingan malah lbh dr itu utk membuktikan Pas mengamalkan apa yg dikata iaitu melaksanakan konsep pemisahan kuasa. 

Jika yg menjadi ahli Majlis Syura dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat adalah org yg sama, maka pertindihan kuasa berlaku & konsep pemisahan kuasa yg diperjuangkan hanya retorik.

Bila cadangan dibuat, cempera seMalaysia mengatakan kepimpinan ulamak hendak ditolak atau dihapuskan. Dangkal dan bodoh sungguh hujah tu. 

Ada ka aku kata nak mansuhkan Majlis Syura Ulamak? Kepimpinan Ulamak itu kekal dgn kewujudan Majlis Syura Ulamak yg dianggotai oleh semua ulamak hebat dlm Pas. Bukan calang-calang manusia yg menjadi ahli Majlis Syura Ulamak. Malah kepimpinan ulamak akan lebih HEBAT jika para ulamak fokus dgn tugas haraki ulamak memandu, memantau & menggariskan kehendak syarak drpd mereka mencemar duli dlm karenah perencanaan politik.

Tidak sesekali ulamak & kepimpinan ulamak ditolak atau diketepi tetapi akan terus dipertahan dan ditinggikan.

Jika Presiden sedia ada dipilih para ahli Majlis Syura menjadi Mursyidul Am, maka ianya lebih afdhal. Bagaimana beliau hendak dipilih menjadi Mursyidul Am jika beliau masih Presiden? Tentulah tidak elok begitu, maka beliau wajar tidak bertanding jawatan Presiden & menolak jika dicalonkan.

Adakah jawatan Presiden itu akan digantikan oleh Timbalan Presiden sekarang? Itu hak kawasan mencalonkan & hak perwakilan memilih. Org kata aku nak naikkan Timbalan itu sbg Presiden. Hahhhhh jauh panggang. Kalau ikut aku, Timbalan sekarang tak perlu bertanding Presiden malah tak perlu pertahan jawatan Timbalan Presiden. Tapi sekali lagi, Itu hak kawasan & perwakilan mencalonkan & memilih, bukan aku.

Aku hanya membuat cadangan supaya ketinggian martabat Majlis Syura Ulamak dijaga dan terus dihormati.

Tak setuju??? Hak masing-masing... Tak perlu nak label, maki hamun, doa laknat aku. 

Sekian.

ZULHAZMI SHARIFF
15/01/2015

Kedua kenyataan telah menjadi viral di media sosial dengan komen-komen pro dan kontra.

Apa yang menjadi kemarahan penyokong Pakatan Rakyat ialah kenyataan PJ Terengganu itu seolah-olah memperlekeh sumbangan ahli-ahli PAS yang tidak memegang jawatan dalam parti yang disebutnya sebagai "ahli biasa"!

Tak perlu layan?

Adakah pemimpin parti dapat berfikir sendiri dan bergerak sendiri tanpa cadangan, maklumbalas dan sokongan ahli jemaahnya?

Pada pandangan Yong, terdapat 3 jenis keahlian tidak rasmi dalam sesebuah organisai:
  • Ahli biasa
  • Ahli tak biasa
  • Ahli luar biasa.
Ahli biasa adalah orang yang sudah biasa yakni jelas dengan peraturan, undang-undang dan kehidupan berparti politik. Pendiknya ahli biasa adalah golongan yang tegar dan cekal ibarat pepatah Melayu:

Alah bisa tegal biasa.

Ahli biasa adalah akar umbi yang mencari sumber nutrien untuk sesebuah organisasi. 

Ahli tak biasa pula ialah orang yang tak biasa dengan peraturan, undang-undang dan kehidupan berparti politik. Oleh kerana itu ahli tak biasa sentiasa janggal dalam berhujah, kurang cerdik dalam mengambil keputusan, sering bertindak melulu dan takut kepada persaingan.

Sementara itu ahli luar biasa pula adalah golongan yang bersikap di luar tabii organisasi yang bergelar parti politik itu.

Teruklah sebuah parti politik itu kalau ada ahli tak biasa. Lebih teruk lagi kalau ahli tak biasa ini menguasai parti.

Tidak dapat dibayangkan jika dalam parti politik itu ada ahli luar biasa. Lebih-lebih lagi jika ahli luar biasa ini menjadi maharaja dan sida-sida di dalam parti.

Maka Yong minta pemimpin-pemimpin tertentu dalam PAS sebelum buka mulut kepada media, fikir dulu implikasinya. Mengkomer tentu sudah maklum, bahawa mengkomer pun bukan ada autoriti untuk bercakap bagi pihak parti.

3 comments:

  1. Sekarang ini telah ada puak sereban senget. Sama macam geng songkok tinggi senget.

    ReplyDelete
  2. DeeDee Yong...

    Mamat nih gua tatau camana boleh tercalon jadi PJ PAS Terengganu... Banyak statement dier nampak melucukan dan lawak... Hahaha

    Agaknyer itulah stendet pemikiran puak PAS Terengganu

    Hahahaha...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  3. Lupakah si anak Mamat ini sekiranya tiada para ahli "BIASA", mampu kah para ahli "ISTIMEWA" melakukan kerja kerja yang perlu, terutama di masa masa PRU dan PRK? Malah untuk menyiap kan tapak ceramah pun kelam kabut dan jangan lupa bahawa dari poket poket para ahli "BIASA" lah yang mampu mengemok kan kantung PAS.

    Dalam section mana pula ada menyebut bahawa para ahli "BIASA" tidak boleh meneggur atau mengeluarkan pendapat. Jangan lah berperanggai macam parti yang menjadi musuh kita, keberatan untuk meneria para ahli yang berpendidikan serta mempunyai buah fikiran yang bernas. Mungkin dek kerana berkaedaan demikian maka anak si Mamat ini "TERPILIH" sebagai PJ PAS Terengganu. Bukan kah para pemimpin di dalam PAS sendiri yang pernah menyebut ungkapan Saidina Ali, "Jangan di lihat kepada yang berkata kata, tetapi nilai lah apa yang di perkatakan" atau terjemahan dari kata kata Mao Tze Tong,"Jangan di lukis gambar hantu di tembok, takut kalau kalau satu hari nanti ia nya akan menjelma dalam bentuk nya yang asal".

    Sebagai ahli "BIASA" aku menyokong cadangan Zulhazmi Shariff.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.