Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday, 19 January 2015

SARAWAK BANJIR MENGKOMER TAHU TAK? (GAMBAR)

Semua orang maklum Sarawak adalah fixed deposit BN. Jadi, tak mungkin boleh kena bala kan? Lagipun bekas KMnya (kini Governor) pernah berkata bahawa Sarawak adalah wilayah yang hebat.

Hebat apa?:

PENGEXPORT BALAK TERBESAR DI DUNIA (SR)

Dengan itu jangan risau. Sarawak takkan tenggelam:

FENOMENA AIR PASANG SAHAJA (SUMBER BH)

Takkan Berita Harian salah petik kenyataan pihak Bomba, kan?

Tetapi apa hakikatnya?

AIR PARAS DADA (FB)

Nak tunggu air paras bumbung baru kata bah besar?

ADA KAWASAN YANG SUDAH TERPUTUS HUBUNGAN (FB)

Layari FB dalam link di atas dan mengkomer akan dapat beritanya yang mungkin tiada di media perdana.

Rakyat undi BN untuk apa?

Ini pula berita TV:

SUDAH RIBUAN PENDUDUK YANG TERPAKSA DIPINDAHKAN

Dalam mencari kekayaan, Allah sudah turunkan panduan yang amat lengkap. Carilah kebahagiaan dunia dan jangan lupa kepada akhirat. Perkongsian harta yang Allah beri bukan untuk diri sendiri sahaja, tetapi untuk keturunan yang akan datang juga dengan tidak melakukan kerosakan di dunia.

Firman Allah SWT:

KEBENARAN DAN AMARAN

Maksudnya dalam Bahasa Melayu:

"Dan carilah apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan." (Surah al Qasas 28: 77).

Jangan kata bencana alam ini tiada kaitan dengan penggondolan hutan.


No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.