Mungkin ramai tak tahu di mana Chenderong Balai ni. Nama pun pelik kan? Di sini terletaknya sekolah rendah Yong sebelum kami pindah. Yang nak tahu pergi tanya Uncle Google.
Oleh kerana Yong dah janji hendak upload gambar-gambar wira-wira yang tidak didendangkan, Yong promosi sikit kumpulan yang berada di dapur ini.
Setengah daripada wira-wira ini Yong tak kenal. Jadi, Yong minta maaf sebab tak sebut nama masing-masing.
Mula-mula ini gambar tukang masak yang tak mengenal penat lelah dari Kampung Gajah:
PAK LONG TUKANG MASAK KAMPUNG GAJAH YANG DEDIKASI |
Yang ini baru wira-wira di Chenderung Balai:
DAGING AYAM PUN ADA |
KERJASAMA TAK KIRA USIA MEMBUNGKUS |
KIRA BAGI CUKUP |
KUAH DAN NASI DIBUNGKUS BERASINGAN |
KETUAPUN DUDUK SEKALI BUAT KERJA |
Ternyata kumpulan dari Pakatan Rakyat ini pandai diversify makanan dan lauk-pauk. Siapa kata mangsa banjir Kampung Gajah diberi makan sardin hari-hari?
Terima kasih kepada semua wira-wira yang tidak didendangkan dan semua penderma tanpa nama yang baik hati. Semoga Allah murahkan rezeki mengkomer. Amin!
Untuk makluman juga, wira-wira ini bukan datang dari sekitar kawasan Pasir Salak (Sungai Manik dan Kampung Gajah) sahaja ye...Ada yang datang dari Ipoh, Kampar, Teluk Intan, Gopeng, Tapah, Air Kuning dan lain-lain daerah. Maaf, kalau ada daerah yang tidak disebut.
Diorang tak perlu Tajuddin Abdul Rahman datang untuk berlakon mengacau gulai.
Mohon maaf juga kalau ada tercampur gambar Kampung Gajah dan Chenderung Balai. Ada kalanya orang yang sama membantu di pusat bantuan banjir yang terletak di dua tiga lokasi.
Mohon maaf juga kalau ada tercampur gambar Kampung Gajah dan Chenderung Balai. Ada kalanya orang yang sama membantu di pusat bantuan banjir yang terletak di dua tiga lokasi.
Yob dan Yong berlumbe-lumbe membuat kerja kebajikan, amalan murni suruhan tuhan semuga menjadi tauladan yang baik kepada golongan muda.
ReplyDeleteYong ..tahniah kerana buat n3 dari K. Gajah. Rempah kari dr Cenderong Balai sedap tau..!
ReplyDelete