Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday, 15 January 2015

KEBANYAKAN BUDAK NON-MUSLIM PAKAI BAJU KURUNG TAK PAKAI SINGLET?

Walaupun kenyataan rasmi sekolah dan pihak kementerian belum dikeluarkan, telah ada cikgu yang mempertahankan tindakan sekolah berkenaan yang menyuruh pelajar yang bernama Britney Nicole itu pulang gara-gara memakai baju kurung. 

Oleh kerana ada yang komen marah-marah kepada Yong, kerana menyiarkan berita ini, maka Yong siarkan juga kenyataan seorang cikgu disiplin mengenai perkara yang sama.

Guru ini membuat "general statement" katanya:

SUMBER MYNEWSHUB

Sebagai orang Melayu, Yong berasa bangga apabila bangsa lain memakai baju Melayu. Semasa bertugas di Sabah, baju kurung tidak asing bagi masyarakat Bumiputera Sabah. Baju kurung dipakai ke sekolah dan untuk bekerja. Melalui baju, langsung kita tidak dapat mengenali identiti kaum, sama ada Dusun, Kadazan, Melayu atau Murut. 

Yong difahamkan begitu juga di Sarawak.

Jika budak itu dari suku Lun Bawang, maka baju kurung tentu tidak asing baginya.

Secara peribadi Yong berpendapat memakai baju kurung lebih sopan dari memakai skirt pinafore yang menampakkan betis/kaki. Apabila duduk akan menampakkan lutut/paha.

Entahlah sama ada budak itu pakai singlet atau tidak. Gambar dari Malay Mail tidak nampak seperti budak itu memakai baju yang sangat jarang atau menjolok mata.

Tetapi yang jelas keluarga budak itu tidak puas hati terhadap tindakan sekolah. 

Keluarga ini telah mengeluarkan perbelanjaan membeli baju kurung. Tentu tidak adil kalau dipaksa membeli pinafore. Harga sepasang baju sekolah bukannya murah.

Jika isunya sehelai baju singlet, rasanya keluarga ini boleh membelinya. Tetapi menurut berita tersebut keluarga ini tidak mampu membeli pinafore sekarang, kata Jayaraj, dipetik oleh Malay Mail:

“They suggested that if I needed money, I should go to her previous school and get BR1M money to pay for her pinafore.”

Sekali lagi Yong tekankan Kementerian hendaklah menyiasat perkara ini dengan telus dan adil. 

Yong cadangkan lepas ini syarikat yang menjual baju kurung untuk budak sekolah harus menjual sekali sepasang singlet (2 in 1).

1 comment:

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.