Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday, 16 February 2015

PROJEK YANG BIKIN LIM GUAN ENG HANGIN SATU BADAN AKHIRNYA BATAL

Setelah berhari-hari dirundung kesedihan kerana pemergian Tuan Guru Nik Aziz yang dihormati, hari ini keluar berita yang buat Yong senyum.


BERITA GEMBIRA (THE STAR)

Akhirnya projek yang buat DAP marah sangat kepada Khalid Ibrahim dibatalkan.

Ingat lagi tak? Ustaz Nasarudin Hassan pernah membandingkan projek ini dengan projek laluan bawah laut Lim Guan Eng di Pulau Pinang dalam usahanya membela Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Kata Ustaz Nasaruddin, projek KIDEX itu bukan di bawah kuasa Khalid Ibrahim. Baca kenyataan (b) dan kenyataan (4) dalam petikan di bawah:

APA BEZA DENGAN PENANG TUNNEL? (SINAR HARIAN)

Lim Guan Eng kemudiannya naik angin dengan tulisan Ustaz Nasaruddin Hassan.

Semua itu dah jadi sejarah.

Tapi sekarang Azmin Ali batalkan projek itu.

Err...adakah ini maknanya projek itu sebenarnya di bawah kuasa Azmin Ali walaupun yang jadi Menteri Besar ketika itu ialah Khalid Ibrahim? 

Kahkahkah...!

KIDEX ni sebenarnya projek siapa? Baca di sini kalau masih belum tahu.

Hari ini juga, gerombolan yang terlibat memberi projek kata Selangor tiada hak batalkan projek. Alasannya bidang kuasa Kerajaan Selangor hanyalah meluluskan tanah untuk projek pembangunan. 

TIADA HAK? (THE STAR)

Tuan tanah tiada hak batalkan projek? Tuan tanah tiada hak buat keputusan itu walaupuan pihak yang diberi projek gagal dalam melaksanakan syarat-syarat yang ditetapkan? Ini undang-undang rimba mana?

Wey, kalau tuan tanah tak bagi tanah, projek KIDEX nak lalu ikut mana?

I rest my case, my lord.

5 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Whoa... sudah pandai guna ayat "loyar" tue... Hahaha.... Terbaek...

    I rest my case my lord...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  2. Next door to Alice,24yrs..... living next door to Alice

    ReplyDelete
  3. Mak datuk aih, patutlah nak luluskan sangat sampaikan tak nyempat-nyempat lagi. Nama dia pun turut ada bersama. Banyak lagi nama lain tu, semuanya hendak meraikan kek yg besar lagi enak pula.

    Satu untuk kau satu untuk aku, dua untuk kau dua untuk aku, tiga untuk kau tiga untuk aku... hei! macam ni bila mahu habis daaa.

    ReplyDelete
  4. pendedahan yg baik.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.