Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 7 February 2015

TUN MAHATHIR MOHAMAD, UMNO TUNGGU ADA ORANG DIBAKAR HIDUP-HIDUP BARU ADA AKAL

Mula-mula Yong nak ingatkan Dr Mahathir Mohamad. Yong nak ingatkan bukan apa-apa. Dia sendiri pernah kata "Melayu mudah lupa." Jadi kena bagi ingat kat Mahathir sebab diapun mengaku Melayu dan dia dah lupa pernah sebut begini:

MAKNANYA YANG MASUK UMNO TU BODOH?

Berikut pula petikan berita TMI:

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengecam Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob kerana membuat kenyataan berbaur perkauman mengenai perniagaan kaum Cina, mengatakan harga barangan yang naik tiada kaitan dengan kumpulan etnik peniaga.

Bekas perdana menteri itu berkata, daripada memainkan isu perkauman, Menteri Perniagaan dan Industri Asas Tani itu sepatutnya mencari punca sebenar masalah yang dihadapi.

"Itu cara yang negatif menyelesaikan masalah. Cari puncanya," katanya pada satu sidang media di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

"Mungkin dia tak fikir apa dia cakap, kalau dia fikir baik-baik, dia tak akan kata boikot barang jualan orang Cina," katanya.

Dr Mahathir berkata, isunya bukan tentang Cina atau Melayu, kerana terdapat peniaga Melayu dan India juga yang tidak menurunkan harga barang jualan mereka.

"Ini bukan tentang Cina, Melayu atau sesiapa saja, ini tentang barangan, bukan sahaja yang dijual oleh orang Cina... India, Melayu juga menaikkan harga barang, mereka tak turunkan harga barang.

"Ini bukan tentang Cina atau Melayu, ini tentang harga minyak yang turun tetapi harga barang tidak turun."

SUMBER: TMI

Agaknya orang yang tak fikir sebelum bercakap tu jenis apa ya?

Mungkin jenis ini:

NAK TUNGGU ADA YANG DIBAKAR HIDUP-HIDUP KAH?

Pelik betul menteri UMNO/BN ni. Masuk akalkah kekejaman ISIS itu dibuat perbandingan? Tolong cerdik sikit, boleh tak? Malulah. Bukan rakyat Malaysia sahaja yang baca kenyataan Menteri UMNO?BN tau. Seluruh Dunia baca. Alahai....

Sebut tentang business Cina ni teringat pulak Yong satu projek penswastaan. Nak tanya la...Bila Tan Kay Hock ni jadi Melayu?

BOIKOT APA? 

Tak habis-habis bersandiwara. Bila nak buat kerja?




1 comment:

  1. Assalam Yong, sandiwara itulah kerja hakiki mereka. Mana pula ada kerja lain lagi?

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.