Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday, 2 March 2015

BUDAK-BUDAK PULA SEKOLAHKAN HAJI RAZMAN DAN DR ZUHDI.

...Sambungan dari N3 kelmarin...(Yang belum baca boleh akses di sini).

KENYATAAN YANG DIPERTIKAI

Berikut kenyataan dari anak muda PAS yang sudah tersebar luas di dunia siber. Anak muda itu ialah Pengarah Pendidikan Politik, Dewan Pemuda PAS Pusat. Isinya amat bagus. Haji Razman dan Dr Zuhdi patut baca. Yong perturunkan di sini buat pengunjung yang tiada Facebook.

KENYATAAN MEDIA

Jabatan Pendidikan Politik, Pemuda PAS Malaysia berbeza pandangan dengan Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, dan Pesuruhjaya PAS Perak, Haji Razman Zakaria, di dalam isu seruan kepada ahli-ahli PAS yang tidak bersetuju dengan pemimpin tertinggi parti supaya keluar parti untuk menyelesaikan konflik dalaman parti.

Seruan meminta ahli-ahli PAS keluar parti adalah suatu tindakan yang tidak bijak, apatah lagi jika ia dibuat oleh pemimpin tinggi parti. Seruan ini tidak selari dengan prinsip demokrasi di dalam parti di samping bercanggah dengan perlembagaan parti dan sangat bertentangan dengan usaha para pemimpin terdahulu yang bekerja dengan penuh jerih mengajak rakyat Malaysia menyertai PAS.

Selaku sebuah parti yang memperjuangkan hak asasi rakyat, di dalam lingkungan yang dibenarkan oleh syariat, kita di dalam PAS sepatutnya menghormati hak asasi ahli PAS untuk kekal menjadi ahli PAS, apa lagi hak untuk memilih dan dipilih untuk memegang mana-mana jawatan dalam parti, di samping hak untuk memberikan pendapat dan pandangan kepada parti.

Fasal 15(1) Perlembagaan PAS menyebut “keberhentian ahli ialah disebabkan (a) permintaan sendiri (b) dipecat (c) mengisytihar diri keluar PAS atau menyertai parti politik lain.” Peruntukan di bawah Fasal 15(1)(a) dan (c) jelas menyentuh hak asasi ahli yang tidak boleh diusik oleh sesiapa, waima oleh pemimpin tertinggi parti sekalipun, kerana ia membabitkan kerelaan ahli.

Sebaliknya, jika mana-mana pihak merasakan bahawa kewujudan ahli-ahli tertentu parti menimbulkan kemudaratan, apa yang boleh mereka lakukan ialah bukan membuat seruan terbuka tetapi mengemukakan cadangan bertulis kepada Setiausaha Agung bagi dipertimbangkan dan diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib PAS supaya ahli-ahli tersebut dipecat dari parti.

Asal saja bukti ada; selaras Fasal 15(3)(a) Perlembagaan PAS yang menyebut “pemecatan seseorang ahli itu bolehlah dilakukan apabila terbukti ianya telah melanggar Perlembagaan PAS, Aturan dan Peraturan serta arahan-arahan dan keputusan-keputusan parti, atau telah melakukan sebarang perbuatan yang berlawanan dengan kepentingan parti atau menyalahi tatatertib parti”.

Sedarkah Dr Mohd Zuhdi dan Haji Razman apakah yang akan berlaku jika seruan mereka supaya ahli-ahli PAS yang tidak bersetuju dengan pemimpin tertinggi parti keluar parti disahut oleh ahli-ahli tersebut? Tahukah Dr Mohd Zuhdi dan Haji Razman berapakah bilangan ahli dan cawangan PAS yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia dan berstatus aktif pada masa ini?

Jika Dr Mohd Zuhdi dan Haji Razman melihat semula Laporan Tahunan PAS Sesi 2013/2014 yang dibentangkan di dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-60 di Batu Pahat, pada September lalu, mereka patut tahu bahawa bilangan ahli dan cawangan PAS yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia dan berstatus aktif hanyalah sebanyak 763,849 dan 6,894 sahaja.

Tahukah Dr Mohd Zuhdi dan Haji Razman betapa susahnya para pemimpin terdahulu bekerja untuk mengumpul ahli hingga menjadi seramai ini? Di dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-37 di Taman Melewar pada Jun 1991, Almarhum Datuk Fadzil Noor telah mensasarkan untuk mendapatkan 180,000 ahli baru bagi mencukupkan ahli PAS menjadi 500,000 pada tahun 1995.

Tetapi berapa orang sahajakah ahli yang mampu ditambah oleh jawatankuasa khas yang diketuai oleh Dr Daeng Sanusi Mariok di dalam tempoh empat tahun ini? Hanya 48.5% dari jumlah yang disasarkan sahaja, iaitu 87,328 orang, dengan 21,123 orang pada sesi 1991/1992, 17,550 orang pada sesi 1992/1993, 21,547 orang pada sesi 1993/1994 dan 27,108 orang pada sesi 1994/1995.

Bayangkanlah betapa gembiranya Almarhum Datuk Fadzil di dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-45 di Taman Melewar pada Mei 1999 apabila mengumumkan di dalam ucapan dasar beliau bahawa, hasil dari gelombang perubahan yang berlaku di dalam negara beberapa bulan sebelum itu, “Alhamdulillah rancangan kita telah pun berjaya. Hari ini bilangan ahli PAS telah melebihi setengah juta.” Jelas Almarhum Datuk Fadzil, “Saya cukup terharu dengan penyertaan ahli baru yang mencecah lebih 100,000 orang dalam masa beberapa bulan terakhir ini”.

Dengan bangganya Almarhum Datuk Fadzil menyebut, “Kita seringkali mendengar rungutan dan kritikan bahawa PAS begitu sekali ketandusan sumber tenaga manusia terutama dari golongan profesional. Bagaimana mungkin untuk PAS mentadbir negara sedangkan mereka tidak mempunyai tenaga profesional? Sekarang kita mempunyai ribuan ahli di kalangan profesional. Apakah kita masih tidak mampu mentadbir negara dan menjadi kerajaan alternatif?”

Jabatan Pendidikan Politik, Pemuda PAS Malaysia menyeru semua pemimpin PAS supaya berlapang dada memikirkan di manakah silapnya apabila ahli-ahli yang sebelum ini pernah menjadi lambang kebanggaan kita kini cuba dihambat keluar dari parti pula. Gesaan menghambat ahli-ahli keluar dari parti perlulah dihentikan serta-merta kerana gesaan ini sangat memalukan. Ia seolah-olah membuat pengakuan terbuka bahawa Lajnah Dakwah dan Lajnah Tarbiyyah kita gagal dalam melaksanakan tugas mendakwah dan mentarbiyyah ahli-ahli parti.

Jabatan Pendidikan Politik, Pemuda PAS Malaysia ingin mengingatkan semua pemimpin PAS bahawa sebagai sebuah parti politik, kita memerlukan kedua-dua kualiti dan kuantiti pada ahli-ahli kita. Gesaan menghambat ahli-ahli keluar dari parti adalah berlawanan dengan matlamat kita berpolitik, iaitu untuk mencapai kemenangan di dalam pilihan raya demi mencapai redha Ilahi. Meruntuhkan apa yang telah dibina dengan bersusah-payah oleh para pemimpin terdahulu bukanlah kerja yang susah, tetapi membinanya semula sudah tentu akan memakan masa.

Dengan penuh hormat, saya berharap agar gesaan sedemikian tidak berulang lagi.

MOHD HASBIE MUDA
Pengarah Pendidikan Politik
Facebook Hasbie Muda

Di bawah ini pula petikan kenyataan Pemuda PAS Kota Bharu. Isinya berbeza. Yang ini, selain Haji Razman dan Dr Zuhdi, Nik Abduh pun patut baca supaya lain kali berfikir sebelum bercakap.

Apa dikecoh gesa presiden PAS undur?

Pemuda PAS Kota Bharu ingin melahirkan rasa dukacita ke atas kemelut yang berlaku di dalam PAS menjelang pemilihan kepimpinan parti Jun ini.

Cara kita menangani kritikan memperlihatkan seolah-olah PAS adalah sebuah parti yang tertutup, mana-mana ahli yang menegur pimpinan dianggap telah melakukan kesalahan.

Jika ada ahli yang menyarankan mana-mana pimpinan parti mengundurkan diri maka ahli ini dikatakan telah melakukan dosa besar, tidak wala' kepada pimpinan.

Dalam soal ini, Pemuda PAS Kota Bharu ingin mengimbau kembali tindakan yang telah dibuat oleh almarhum Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz (kiri), ketika PAS berkemelut pada tahun 1982 dahulu.

Dalam laporan bertajuk "Nik Aziz akui krisis dengan Asri: Masalah dalam pilihan raya umum lalu", Tuan Guru Nik Aziz mempertikaikan tindakan Datuk Asri melantik dirinya sendiri sebagai pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Calon PAS Kelantan dan cara pemilihan calon PAS dalam pilihan raya umum 1982.

Tuan Guru Nik Aziz secara terbuka mengkritik presiden PAS pada waktu itu, Datuk Asri, dalam akhbar Berita Harian pada 6 Julai 1982.

Kata Tuan Guru Nik Aziz, sepatutnya beliau yang menjadi pesuruhjaya PAS Kelantan dilantik mengetuai jawatankuasa tersebut, bukan Datuk Asri.

Beliau malah menyebut dalam laporan tersebut betapa beliau telah diperalatkan oleh Datuk Asri. Apa tindakan Datuk Asri terhadap Tuan Guru Datuk Nik Aziz pada waktu itu?

Tiada apa tindakan pun. Begitulah terbukanya PAS pada waktu itu.


Dalam tahun 90an, agaknya Haji Razman dan Dr Zuhdi masing-masing sibuk membina kerjaya.  Dalam tahun 80an mungkin masih belajar. Mohd Hasbie Muda dan Pemuda PAS Kota Bharu pula tentu masih sangat budak dan tak tahu apa-apa. 

Tetapi hari ini budak-budak itu mampu buat kajian dan analisis.

Haji Razman dan Dr Zuhdi tak tahu buat apa, sebab sepertinya mereka jahil tentang sejarah PAS. 

Tak mengapalah. Budak-budak tu dah sekolahkan keduanya dan sesiapa saja yang bersama mereka berdua dalam isu berbangkit mengenai pemilihan dalam Muktamar 2015 ini.

Ini pula kenyataan Nik Abduh berkaitan dengan isu yang sama:

SIAPAKAH PARASIT YANG FASIK ITU?

Beranikah Nik Abduh mempertikai ayahandanya sendiri yang pernah menentang Dr Asri?

Nak sekolah dengan budak-budak tentu segan. Oleh itu, amat sesuai kalau Hj Razman, Dr Zuhdi dan Nik Abduh sekolah dengan Dr Dzulkifly Ahmad.


19 comments:

  1. Biar Muktamar PAS selesaikan permasaalahan ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ras abu

      Sepatutnya begitu. Tapi dalam politik memang ada lobbyyists, tak kira apa jenama parti itu.

      Delete
  2. aku tergelak tengok gambar attakiri pegang sepanduk gambar hadi kena pangkah cam gambar dr hatta tu dgn ungkapan 'RESIGN HADI RESIGN!!!"

    dulu suruh hadi resign. skrg ampu pulak. alahai....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam MrXYZ

      Hahaha...rupanya Khairuddin ada sejarah silam yang suram!

      Delete
  3. Saya setuju dengan pencerahan yang dibuat. Moga PAS dibebaskan dari anasir yang ingin memecah belahkan parti berselindung topeng ulama tapi suka melabel ahli jemaah lain.

    ReplyDelete
  4. Yong,
    Saya perturunkan intikata dalam buku Prof Dr Yusuf al Qaradawi bertajuk Danger of extremism yang saya petik dari blok DAKJ.

    1. Obsessed and too rigid with their opinion;
    2. They like to do things the hard way and force others to do so;
    3. Being extreme at the wrong place;
    4. Harsh and voilent, thinking bad about others;
    5. The tendency to brand others as disbelievers.

    Ciri lima sifat di atas, saya dapati mirip kepada geng muda ulama yang tak henti-henti menghentam rakan jemaah yang berbeza pandangan dan pembawaan politik dengan mereka.

    1. Kepalanya ialah SMSU Nik Zawawi, ulama yang bongkak, sombong yang memberi kenyataan atas nama MSU tapi tiada mesyuarat MSU.

    2. MP Pasir Mas, Nik Abduh. Menumpang populariti ayah tapi sayangnya iman itu tidak diwarisi. Lantang melabel jemaah yang melawan TGHH, khususnya dalam AJK PAS Pusat.

    3. Dr. Zuhdi yang kononnya cendikiawan Islam tetapi berhujah dengan tiada home work khusus sejarah PAS dengan menuduh gerakan menjatuhkan TGHH bermula 1998.

    4. Mokhtar Senik sepertimana tuduhan jahat dalam tulisannya yang telah dipatahkan oleh hujah bernas oleh YB Khalid Samad.

    5. Ketua DPP Kuantan yang berdemontrasi di Pejabat Agung PAS pada hari Mesyuarat JK Pusat PAS dan Mesyuarat Majlis Presiden PR.

    Itu sekadar beberapa kerat yang saya terngiang-ngiang kelaku dan tindakan tidak cerdik kepada Jemaah.

    Saya dengan ini mengutarakan perkara ini.

    1. Jawatan Presiden dipertandingkan. TGHH melawan Ustaz Haji Ahmad Awang, bekas Naib Presiden dan Yang Di Pertua PUM.
    Takdirnya TGHH kalah, lantik beliau jadi Mursyidul Am PAS.

    2. Serangan bertalu kepada Panglima Pas Haji Mohamad Sabu. Saya cadangkan beliau tidak bertanding Timbalan. Abg Mat tidak boleh dimatikan kariernya. Dia bukan gila jawatan tetapi telah lama berjuang dan ada aura tersendiri. Abg Mat boleh bertanding Naib.

    3. Dato Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding Timbalan Presiden. Tokoh ini adalah anak didik TGNA dan kecenderungan sahsiah adalah sama dengan TGNA. Ulama yang rasional.

    4. Naib Presiden kekalkan status quo pemilihan 2013, cuma Abg. Mat Sabu gantikan Tuan Ibrahim.

    5. AJK Pusat Pas juga perlu status quo. Mengekalkan pemilihan 2013 kecuali jika ada muka baru yang lebih berkaliber dan tidak songsang sahsiahnya berkaitan Jemaah.

    Jika ini berlaku, Insya Allah PAS semakin kuat dan gabungan PR saya percaya ada peluang terbaik menuju Putrajaya.
    Wallahuaklam.

    Soalan cepu mas, adakah perwakilan ke Muktamar Jun ini berani membuat perubahan? Tepuk hati tanya Iman. Wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. But I still think one of the top 2 posts must be held by a professional.

      Delete
    2. Kita tidak berdebat isu kem golongan ulama lawan geng golongan professional. Kita berbicara tentang perpaduan jemaah. Saya percaya Dato Fadzil telah berjaya membuat transformasi menjadikan professional menjadi ulama. Ada juga ulama menjadi professional khususnya sahsiahnya. Sebab itu saya cadangkan Dato Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau klon TGNA.

      Delete
    3. Salam.

      Teman setuju sangat dgn noordin ahmad...eh, silap! sorry encik noordin mohamood !! Very insightful indeed ! Encik apa tak jadi Perwakilan kali ni? hehe

      Teman pun ahli PAS ker idak lagi entah ler sebab tak bayor yuran dah brp tahun dah? hehe... Ok sebagai penyokong gerakan Islam teman harap & berdoa perwakilan yg akan hadir nanti tak ler senget otak demer & bengong bacaan politik demer DAN undi ler betui-betui.

      TGHH eloknya sedor ker diri & letak jawatan aje after all "shooting himself in the foot" debacles & ambik aje tempat penasihat @ Mursyidul Am PAS, udah ler ! Dia kan ker hebat, ilmu tinggi ?

      Presiden bagi orang yang boleh buat kerja 'perang saraf' macam Ir. Md. Nizar. ker sapa ker Ustaz Ahmad Awang ker sape ler yg "berpandangan jauh". Timbalan sah sah ler bagi kat TG Tuan Ibrahim !

      Setiausaha & lain tu kite lantik baru aje yg "revolutionary" ... no more same old same old tyrannies, dummies & for sure no more in sight that chap Mu-stop-a & all the UG soar grapes (banyak belah Ganu kite) & speculator like Us. Nik Abduh ! Some look like proper preacher when they just smile & say nowt about politics ! Arghh !

      here hoping that fitting well for better future.

      Delete
    4. Dah tahu yong kat mana. Faham dah..Dah terang lagi bersuluh. Maaf yong.

      Delete
  5. Akar umbi PAS memang berlambak yang tidak berdaftar. Angka-angka ini tiada rekod tapi bila musim mengundi berlambak. Tapi percayalah, akar umbi mahukan ulama. Biar pelbagai pihak mahu sebaliknya.Apa pun ulama lah yang memenangkan islam dizaman berzaman.Setuju atau tidak terpulanglah.Atau isu ini tidak perlu digemburkan untuk apa pun tujuan. Baik atau buruk Ulama pilihan akar umbi PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Md.Azman

      Setuju akar umbi mahukan ulama.

      Tapi akar umbi mahu ulama yang tak selalu u-turn, tak melabel ahli jemaah dengan gelaran yang buruk, mulutnya tak cirit-birit, bukan asyik pentingkan anak-menantu, tidak assobiyah dan tubuh badan sihat wal-afiat.

      Tiada soal baik atau buruk. Akar umbi hanya mahu yang terbaik.

      Ada faham?

      Delete
    2. Terbaik Yong Intan Noor,
      Apa yang berlaku sekarang, mereka dakwa dari ulama tapi melabel jemaah sendiri dgn pelbagai gelaran yg jahat. Dasar berlindung disebalik gelaran. Rakyat diakar umbi hanya percaya tajuk ulama vs prof. Padahal jika dikaji isinya merupakan persepsi semata.

      Delete
    3. yes, aku pun sokong ulamak tetapi bukan ulam dalam semak yg ada sekarang....

      Delete
  6. Saya sangat2 mengharapkan dan mendoakan moga PAS berjaya serta selamat dari ujian yang sedang berjalan ini. Marilah kita berjuang demi ALLAH.

    ReplyDelete
  7. Siapa yang bagi depa2 ni gelaran ulamak? kalau takat pakai jubah dan berserban tu abu jahal pon berjubah dan berserban, kalu setakat mengaji kat timur tengah aje terus qualify jadi ulamak ke? Ke sendiri2 syok lantik diri sendiri jadi ulamak??

    Dalam PAS sekarang kalu jadi ulamak tu dah macam taraf dewake? taraf dah maksum ke?

    kalu nak jadi guru agama tak yah masuk politik la. faham la masuk politik tu apa matlamatnya

    ReplyDelete
  8. Salam. Mohon izin blog ini dipautkan ke http://spotthebloggers.blogspot.com Sila email ke spotthebloggers@gmail.com sekiranya tn membantah. TK

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.