Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 4 March 2015

GEMPAR! KAZIM ELIAS DITENDANG DI PERLIS GARA-GARA MEMBACA RIWAYAT PALSU! (VIDEO).

Rupanya mendapat gelaran Datuk dan ustaz selebriti tidak menjadikan Kazim Elias lebih murah rezeki. Baru-baru ini tersebar di laman-laman sosial surat yang tidak membenarkan Kazim Elias menjadi ahli penal Forum Perdana Ehwal Islam di Perlis kerana didakwa terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu.

Surat itu ditandatangani oleh Dr Mohd Asri, Mufti Perlis.


Adeh...

Sudah berapa lama Kazim Elias terlibat dengan pembacaan riwayat palsu ini? 

Soalan ini Yong ajukan kepada pengunjung, sebab Yong tidak mengikuti ceramah Kazim Elias. Bukan dia sahaja Yong tak ikuti, kerana pada asasnya Yong tak suka ustaz sampul. Tak kira dia ustaz PAS atau ustaz UMNO.

Di bawah ini sebuah video yang membuktikan Kazim Elias membaca riwayat palsu:


Dalam video itu Kazim Elias menyebut Nabi Muhammad kenduri goreng buah kurma cicah tepung dan roti jala cicah dengan kuah kari.

Petikan halaman yang dipertikai:

SUMBER: DR MAZA

Kazim Elias telah mempertahankan ceramahnya di sini.

Tapi nampaknya metafora roti jala Kazim Elias telah memakan tuan.

P.S. Untuk makluman peminat-peminat Kazim Elias, dia bukan di "ban" terus dari berceramah di Perlis.  Walau bagaimanapun fikir-fikirlah sendiri sebelum menjemput dia.

7 comments:

  1. Bolehlah aku buat bisnes Roti Jala Sunnah! Ha!3....ada siapa nak order.....kuah kari khatam 30 juzu' al-Quran....meh cepat!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dato mufti telah bertegas dlm soal agama. Apacita mufti2 lain hanyut ke?

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum Yong,
    Dalam hal ini saya berpendapat sama dengan Yong. Yang mengharapkan "SAMPUL TEBAL" itu sebenar nya tidak ikhlas semasa memberi kuliah/ceramah "AGAMA". Mereka ini boleh di katakan menjual agama untuk kelangsungan hidup yang "MEWAH".
    Selain dari suka mengemuka kan riwayat palsu, si Kazim ni suka mencarut. Orang saperti ini lah yang di suka oleh Astro konon untuk mencapai hit setelah ramai mereka yang kurang arif membuka channel tersebut. Sebelum ini beliau pernah menyuarakan hasrat nya untuk menumpukan perhatian sekolah "TAPIS" nya setelah menerima ancaman bunuh konon. Komen itu rupa rupa nya untuk menarik simpati orang ramai juga untuk melariskan "AIR SEJUK" yang di bawa bersama setiap kali di adakan ceramah. Yang pelik nya ramai pula orang orang ME-layu yang membeli nya. Ini terbukti semasa beliau "MENGELENTONG" orang orang ME-layu di Segamat.
    Terima kasih Sahibulsamah Dato' Mufti Perlis kerana perihatin dan "MENAPIS". Di harapkan para Mufti di Negeri Negeri lain dan stesen stesen T.V turut mengikuti langkah yang telah di ambil oleh Dr. Maza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang melayu memang suka kena klentong

      Delete
  4. Pengajaran buat Ust Kazim.....janganlah terlalu glamour sangat.....kejayaan dan kehebatan sesebuah ceramah atau penyampaian bukan diukur daripada gelak ketawa hadirin...makcik2 khususnya.

    ReplyDelete
  5. kazim dh jatuh populariti dulu..kemudian media kerajaan naikkan imej dia semula, hampir setiap hari kluar muka dia d tv, d banner, ceramah sana ceramah sini....kerajaan juga bertanggungjawab dlm hal fitnah pd hadis rasulullah ni...

    ReplyDelete
  6. Haa ..tahu pulak dia defend himself dengan perumpamaan metafora mengenai Nabi s.a.w. dia tu!
    Hari tu TGNA bagi kiasan Nabi macam budak biasa saja sebelum jadi Nabi dulu tu, uihhh lambat siang usung kitab-kitab menyanggah cakap TGNA ( cuma perumpamaan nak bagi orang umum senang paham) .

    Tu ler jangan cepat nak terjah oragn aje ! Kan dah kena !

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.