Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 28 March 2015

JANGAN MAKAN DULU SEBELUM MENONTON VIDEO INI (PT 2)



Sekarang sakitnya di telinga,
Bila besok sakitnya di hati;
Barang mula naik harga,
Biar busuk jangan dibeli.

Pasaraya gila-gila buat promosi,
Kononnya diskaun kepada ahli;
Jika ada sedikit ruang rumah disisi,
Tanam sendiri sayuran serba-serbi.

Bertani bagus untuk bina keluarga,
Bimbing diri dan anak-anak berdikari;
Gadget2 kena GST abaikan saja,
Tak perlu keluar rumah untuk minum kopi.


Buat pelakon yang gembira berlagu-lagu
Kononnya kongsi "kemajuan" bersama GST 
Anak di rumah menangis dahaga susu 
Kerana ibu-bapa nak beli tak cukup gaji,

Orang kaya naik kereta mewah atau jet baru,
Orang miskin tanggunglah dengan GST;
Kalau tadi makan sebelum dengar lagu,
Boleh keluar balik semua isi.




4 comments:

  1. A'kum Yong

    Eloklah tu yang nyanyi pun geng kastam. Silap-silap anak sendiri di rumah tak makan..........jangan diberikan makan anak bini/laki dengan habuan haram sudah!

    ReplyDelete
  2. baguslah para pengundi yang pilih BN UMNO inilah Hadiah yang paling besar buat para pengundi BN

    ReplyDelete
  3. Jom buat konsert GST...

    ReplyDelete
  4. Kalau ler demer boleh buat kempen, iklan, seruan "moh ler sokong GST" seluruh negara jadi paham kewujudan, 'keindahan keadilan & kestabilan GST" untuk dapat menambah hasil negara (alas ONLY untuk diraut oleh penyamun ) ... MENGAPA tidak demer so the same for HUDUD, apa jua hal ISLAM supaya ramai paham agama, jadi a better man ?

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.