Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday, 5 March 2015

SIAKAP SENOHONG PUYU IKAN DURI...

Pagi ini tersebar berita yang mengejutkan ramai penyokong Dr Dzulkifly:

HIT AND RUN

Sebelum ini golongan yang takut dicabar kedudukannya berbohong mengenai status presiden PAS. Kononnya Presiden PAS telah diputuskan mesti seorang ulama, sebagaimana dipetik oleh Sinar Harian (sinarharian.com.my):

Pemangku Naib Ketuanya, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh mendakwa, individu terbabit adalah mereka yang tidak jujur dan ikhlas dalam perjuangan Islam malah tidak boleh bertahan lama hingga terpaksa mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan Perlembagaan parti.

“Saya merasakan bahawa kenyataan yang dibuat semata-mata untuk mengeruhkan suasana, bukan dia serius hendak bertanding, saya rasa tidak.

"Setakat ini, saya tidak nampak orang yang hendak bertanding melawan jawatan presiden dan saya sifatkan mereka yang mengeluarkan kenyataan supaya orang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) berundur ini sebagai ‘tidak senonoh’ dalam perjuangan Islam,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau berkata demikian mempertahankan kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali semalam yang yakin Abdul Hadi akan kekal sebagai Presiden Pas tanpa bertanding pada pemilihan parti itu, Jun ini.

Mustafa berkata setakat ini, tidak ada mana-mana pemimpin dalam parti itu yang akan mencabar Abdul Hadi.

Ketika ditanya mengenai penerimaan ulama terhadap bakal presiden Pas yang baharu dari golongan bukan ulama, beliau bagaimanapun menegaskan jawatan itu perlu diisi oleh ulama sahaja dan ia menjadi polisi parti itu sejak 1983.

“Perkara ini (presiden mesti ulama) telah diputuskan dalam muktamar sebelum ini, zaman Datuk Mustafa Ali sebagai ketua pemuda Pas pusat, dia mencadangkan satu gagasan kepimpinan ulama.

“Jadi perkara itu dipersetujui sebulat suara dan kekal sehingga ke hari ini, itu adalah keputusan muktamar yang menjadi keputusan paling penting,” ujarnya.

Mengikut Perlembagaan PAS Fasal 16 (1) Hak-hak ahli ialah:

(a) Setiap ahli PAS berhak memilih dan dipilih untuk memegang mana=mana jawatan dalam parti dan boleh dicadang untuk mewakili parti. (Perlembagaan PAS).

Tiada pindaan kepada hak ahli dalam Fasal 16 (1) ini yang menjadikan Presiden PAS mesti dipilih dari kalangan ustaz aka ulama sahaja.

Siakap senohong puyu ikan duri,
Bercakap bohong lepas tu pukul curi.


1 comment:

  1. Imam Ghazali pernah bertanay kepada pelajarnya ;

    "Apa yang paling besar di dunia ini?".

    yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A' Raf 179).

    Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

    Pertanyaan lain adalah ;

    "Apa yang paling berat di dunia ini?".

    Kata Imam Ghazali, yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al Ahzab 72).

    Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak dapat memegang amanahnya.

    Pertanyaan yang lain;

    "Apa yang paling ringan di dunia ini?"

    Imam Ghazali jawab yang paling ringan di dunia ini adalah "MENINGGALKAN SOLAT". Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan solat, gara-gara bermesyuarat kita meninggalkan solat.


    Dan pertanyaan,
    "Apakah yang paling tajam di dunia ini?"

    Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang". Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA"

    Karena melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

    Ulamak ker sape pun kita pun kena jaga peribadi .. pemimpin JANGAN sekali pun menipu, orang tak caya sampai sudah !!

    Kita nak sentiasa sucikan & bersihkan hati & jaga tutur kata (& penulisan) ...jangan tamak kuasa, jawatan, harta benda dunia .. ingat tu sebelum setiap kali tidur + lakukan adab tidor lain.. kita lebih lena ..hehe !!!

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.