Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday 2 April 2015

DEMI MAQASID SYARIAH DAN WASATIYYAH, TETAMU ROSMAH PUN DERHAKA...WAKAKA!

Bila tengok gambar ni memang meluat. Meluat dan malu. Cakap berdengar-dengar, ikut maqasid syariah lah konon. Wasatiyyah lah konon! Tapi bila kenduri, kalah kenduri kahwin anak Sultan Brunei.

Walaupun sudah ada arahan supaya jangan terbitkan gambar perkahwinan anak PM, tetapi pada hari berkenaan gambar kahwin mewah melampau ini sudah keluar dalam laman-laman peribadi.

Yong tak perdulikan gambar-gambar itu.

Tetapi hari kedua GST dilancarkan ini Yong tak boleh diam saja. Kerana kalau diam maknanya Yong setuju.

YANG TINGGI TU KEK KAHWIN ATAU TIANG?

Cuba bandingkan dengan kek perkahwinan anak Sultan Brunei ni. 

ANAK SULTAN BRUNEI MEMOTONG KEK KAHWIN

Nampaknya tetamu Rosmahpun derhaka. 

Tahniah kepada yang berani mendedahkan gambar-gambar perkahwinan mewah anak PM yang wasatiyyah dan mengikut konsep maqasid syariah dalam tadbir-urus negara.

Tetapi Pak-pak mufti, Ulama UMNO, Ulama PAS, Mursyidul Am PAS, Majlis Syura Ulama semuanya bisu seribu bahasa.

Bila lagi nak bersuara? 

BILA AAAH?

P.S. Maaf, mengkomer cari sendiri mana lagi gambor kahwin demer. Yong tak sior nak siarkan banyak-banyak gambor tu di sini.

3 comments:

  1. Salam.

    "What goes around comes around" .. dah mak bapaknya 'berjaya mendidik, bagi contoh cara bijak' mengurus ekonomi negara sampai boleh scandal pojek berbilion RM & maknya shopping overseas taim orang susah kena bah ! They 'pelapis pemimpin negara' just follow suit .. phew !!

    ReplyDelete
  2. Ulama2 UMNO,Presiden,Mursyidul Am & Ustz2 PAS dah jd bisu....ntahlh kenapa mereka boleh jd camtu.....

    ReplyDelete
  3. Kita tak suka orang jaga tepi kain kita...tapi kita pula suka jaga tepi kain orang....Machamana pula jadi macam tu? Mushkil jugak. ..ish ish

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.