Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 29 April 2015

WAHAI USTAZ, ADAKAH KAMU TAHU BILA, BAGAIMANA DAN DI MANA KAMU AKAN DIPANGGIL ALLAH MENGADAPNYA?

Beginikah cara ustaz berdakwah?

 INI USTAZ ATAU TUKANG TILIK?

Nampaknya konflik dalam PAS sudah sampai pada tahap tidak masuk akal.

Jika kita teliti maksud kenyataan ustaz di atas, jelas dia telah mengkafirkan rakan sejemaahnya. Walaupun perkataan "kafir" itu tidak disebutnya, tetapi dengan mengkuburkan rakan sejemaahnya dalam perkuburan DAP menjurus kepada maksud yang sama.

Adakah ustaz ini masih lagi sihat dari segi akal fikirannya?

Hanya Allah SWT yang tahu di mana, bagaimana dan bila kita akan dipanggil mengadapnya. 

Janganlah terlalu sombong!

نعوذ بالله من ذلك

Allah SWT berfirman dalam Surah An-Najm, ayat 31


Dan Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; (diciptakan semuanya itu) untuk membalas orang-orang yang berbuat jahat menurut apa yang mereka lakukan, dan membalas orang-orang yang berbuat baik dengan balasan yang sebaik-baiknya.

Wahai sahabatku yang masih istiqomah dalam perjuangan,

Janganlah kamu membalas kata nista orang yang sombong itu dengan perbuatan yang sama, kerana hanya Allah SWT TAHU siapa yang lebih bertaqwa.

Waulahuaklam.

PAS FOR ALL

9 comments:

  1. Salam ustazah yong'

    Patutkah ahli politik pas layak di panggil ustaz..

    Sejak akhir ni golongan ostad ini telah memalukan sinar islam itu sendiri

    Pas di perkuda umno untuk 'draft' enakmen syariah yg longgar...sedangkan jamil joget khirzakstan sibuk di pentas..

    Adakah kesudahannya part 'islam' ini akn dikenali masyarakat sebagai 'parti ajaran songsang' dsb?

    Jika masyarakat tidak menghalang 'ustad muda ini menyimpang dari lunas islam azali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Malaysiabaru

      Alhamdulillah kerana memanggil Yong dengan panggilan ustazah.

      Tidak luak iman kita kalau kita panggil diorang ustaz.

      Masih ramai lagi yang faqeh dalam PAS itu yang tidak setuju dengan ustaz ini.

      Yang songsang itu orang. Bukan parti.

      Delete
  2. Dia tahu tulis tapi dia tak faham isinya.kesian gerombolan ni.nak kata mereng tak mereng,nak kata sewel tak sewel mungkin nak gila kot.

    ReplyDelete
  3. salam Yong
    nampaknya ramai dikalangan para ilmuan PAS dijangkiti kuman infulusuenza R1M1

    ReplyDelete
  4. Salam yong
    Busuk hati btl hustaz2 ug ni..hustaz2 yg mngejar fulus ramai dh dlm PAS..PAS FOR FULUS

    ReplyDelete
  5. Salam Yong,

    Hati-hati sikit dengan Ustaz Mokhtar Arsenik ni....dia ni jenis suruh ana-anak murid solat hajat dan baca doa laknat terhadap pengkritik beliau. Entah ajaran sesat mana digunapakai. Bahaya orang berilmu separuh tiang ni mahu menjadi pendidik. Riak dan takbur membuatkan beliau mudah menjatuhkan hukum tentang akidah dan keimanan orang lain.......

    ReplyDelete
  6. Aku heran Hadi Awang x bersuara lansung menegur ustaz2 macam Moktar Senik ni macam dia setuju dgn mereka.

    ReplyDelete
  7. Kan ustaz tu kata tynggu sebln lebih je lg. Sabar ler..

    ReplyDelete
  8. kalau dah org PAS tkde masa mati tu, kenalah org islam PKR mandikan jenazah. Ust Badrul Amin kan ada, klu nk yg ustaz la.

    bab kubur DAP ni pelik la sikit. mana DAP ada tanah perkuburan sendiri. umno pun tkde jg. kecuali ada org DAP yg islam yg wakaf tanah kubur.

    sebulan lagi? biasanya org nak mati dia mcm dapat rasa dirinya nk mati.

    so kita sama2 tobat lah ust oii.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.