Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday 4 May 2015

NUKILAN HATI: TIADA LAGIKAH CINTA DI SUDUT HATIMU?

Si dia yang kacak. Punya satu teman lama. Pernah bersama, tapi terputus hubungan kerana tidak sekata lagi. Kini punya satu teman baru, yang comel dan cerdik tetapi tegas – tegas yang kadangkala boleh berbalah juga.

Dalam keadaan hubungan yang berbeza pendapat itu, si dia dan teman barunya masih dapat menyelesaikan masalah bersama – dan bahagia.

Tapi semua kebahagian itu dinikmati sebelum teman lama muncul kembali.

Dan teman lama bermadah, “Aduhai sayang, aku sebenarnya tidak pernah melupaimu. Aku masih ingat saat manis kita bersama. Kita hadapi susah dan senang bersama.” 

Kata teman baru, “Berhati-hatilah! Jangan dengar bisikan teman lama itu.”

“Aduhai sayang, lupakanlah amarahmu. Yang lepas jangan dikenang. Marilah kita kembali bersatu.” Madah teman lama begitu mendayu-dayu.

“Cukuplah sekali. Jangan terpedaya lagi.” Nasihat teman baru yang cantik jelita.

“Aduhai sayang, kalau kita bersama, aku akan sentiasa menemanimu dalam bahteramu. Cita-citamu adalah cita-citaku.” Madah teman lama terus mendayu-dayu. 

“Jangan percaya! Itu hanya bisikan syaitan yang menggoda.” Teman baru mengingatkan.

“Aduhai sayang, percayalah! Hari ini kau kembali padaku, esok kuserahkan segala milikku buatmu.” Madah teman lama begitu mendayu-dayu, bagai menikam kalbu.

“Aku dapat melihat kemunafikannya. Kenapa kau buta?” Teman baru masih belum putus harapan.

“Aduhai sayangku, apalah yang ada pada teman barumu? Hanya wajah yang cantik. Tetapi tidak memiliki apa-apa. Tidak dapat memberi apa-apa.” Madah teman lama mula bercampur hasutan batu api.

Dan si dia seperti mahu melangkah pergi..

"Lupakah wahai teman, perubahan yang kita kecapi hari ini adalah kerana usaha kita bersama? Adakah kau mahu kembali seperti dulu? Ketika itu kau di mana?" Teman baru cuba mengusik ingatan si dia yang semakin luntur.

Namun langkah si dia semakin lama semakin jauh.

"Aduhai temanku, mengapa kau bagai memaksa aku meninggalkanmu? Tiada lagilkah cinta di sudut hatimu?"

MASIHKAH KAU INGAT?


14 comments:

  1. Biarlah serban panjang sedepa tetapi hatinya masih buta!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Wan Rosli,

      Yong ingat awak ni cerdik. Sebab orang yang cerdik jer baca blog Yong. Yang tak cerdik jadi pengikut blog UMNO dan macai.

      Patutkah Yong review pandangan Yong tentang awak?

      Siapa kata idea UG tidak pernah disebut oleh Presiden PAS?

      http://yongsukakuning.blogspot.com

      Delete
  2. Salam yong
    Cinta itu buta di tutup dgn jubah dan serban..geng wala x kisah janji boleh pakai merc bmw vellfire demi perjuangan melayu..rasuah zalim penyelewengan salah guna kuasa tolak tepi..idup TGHH idup geng UG

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sam Sung

      Berat cinta buta ni. Boleh jadi Cina Buta gak satu hari nanti.

      Delete
  3. DeeDee Yong...

    Fuhh... Ingatkan tibai gua tadi... Mula-mula baca sebijik macam tertempek kat muka gua.... Tapi sekali lagi baca... Huh... Metaphor .... Hahahaa.... Terbaek lar.... Hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Yong tak tibai individu. Kalau Yong tibaipun, bukan individu, tapi pegangan politiknya.

      Delete
  4. Alamak…..
    Tulisan Yong kali ni macam skrip "Zhestoky Raman" la pulak (Cruel Romance hasil karya a famous Russian play-write A.I Ostrovsky). Harap-harapnya kesudahan kisah UG's romance ni tak berakhir dengan tragedy dah la macam citer Russian tu...Takkan Tok Guru Presideng nak pegang watak badut sarkas yang bangang kut....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Asrul Sani

      Huhuhu...Teringin pulak jadi penulis begitu.

      Delete
  5. Assalamualaikum,

    Inilah yang dikatakan cinta buta di mana first cut is the deepest and they know that, but this time punya cut akan putus terus! Malangnya mereka tidak pula sedar perkara itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W_Salam Ahmad

      Kalau sedar apa yang berlaku sekarang tidak berlaku.

      Delete
  6. "Bermula daripada pilihanraya 2008, saya (Nasaruddin Mat Isa) usahakan atas keputusan Majlis Syura Ulama PAS Pusat yang bermesyuarat pada 28b April 2008, yang memutuskan selepas satu kajian dibuat tentang lanskap politik , selepas daripada 2008 satu bulan satu kajian dibuat, keperluan kepada PAS ketika itu, untuk mengadakan perbincangan dan sesi dialog dengan mana-mana parti politik , usaha dalam usaha untuk memperkukuh kedudukan Islam dan Melayu dalam Negara kita"

    X de satu pun perkataan perpaduan.. dia ni je yg memandai tambah2 termasuk perkataan UG.. mmg tepat pas tendang dia ke tepi.. hassan ali sampai ditendang ke luar.. Kini pas sudah pun kembali kuat dan akan bertambah kuat x lama lg bila pas dpt tendang plk puak2 pasma..
    Kami golongan majoriti sentiasa bersamamu TGHH !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Bhai...

      Agak-agak la citer tue... macam la kitorang sumer tak tahu citer sebenar... idea gagasan tue macam mana... dan saper yang "coined that idea" .....

      PAS kembali kuat? Kalu begitu patut PAS dapat rampas kembali Terengganu dengan mudah sebab kat Terengganu tue orang kafir seciput ja.... Persal tak boleh kawtim ngan UMNO kat Terengganu supaya bagi PAS jer perintah Terengganu....

      Sama jer PAS dan UMNO dari orang Islam....

      Heheheh...

      C++
      CipanTapirTenuk.Blogspot

      Delete
  7. Are we having nightmares@ daydreaming of UG all this whilst? NO.

    Kami percaya memang TGHH baik orangnya.. warak, berilmu, lemah lembut santun orangnya.... TAPI dia tak ler astute enough to be the man ! Tu pasal orang keliling dia even many in MSU PAS tu ada soft spot nak berdamai@bermadu kasih dengan kepimpinan UmNo (IF needed) ! Kongsi kuasa.

    Well, kalau yer pun kabo aje ler terus terang kat kami, kami tak marah eih !! Kami pun Islam !

    hehe

    ReplyDelete
  8. Saje je nk cocok korang sume termasuk yong.. nk tgk korang ni alert ke x.. ok since korang masih nk guna perkataan UG.. ok aku nk tanya UG ni bermaksud pas nk bergabung dgn umno ke atau semua parti bergabung membentuk kerajaan tanpa pembangkang??
    Sila jwb.. senang je soklan tu kan?.
    Atau korang nk jwb bergabung tu kena bubar parti masing2 dan wat satu parti je.. kalau ni jwp korang.. mmg betullah korang layak masuk blog yong ni.. bukan barua tp bangang.. aku masuk blog ni pun sbb nk betulkn persepsi korang yg kurang cerdik..

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.