Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday 22 June 2015

BOLEH KU PERCAYA LAGIKAH PARTI YANG KU SAYANGI INI?

Hari itu Kakak Ipar Yong menangis. Dia bukan meraung, tapi memalingkan mukanya bila Yong tanya:

“Lepas ini kak nak buat macam mana?”

Kakak Ipar Yong telah menjadi aktivis parti sejak Yong kenal dia. Pernah jadi Ketua Muslimat di satu kawasan yang menjadi kubu kuat UMNO. Pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Pemerkasaan Parti di kawasannya. Jawatan yang tidak popular kerana terpaksa meng “audit” aktiviti cawangan. Sekarang memegang jawatan Timbalan Ketua Muslimat, demi mengimbangkan tanggungjawab kepada keluarganya yang selama ini sedikit terabai kerana dia sering bergerak ke sana sini. Mujur abang Yong understanding, walaupun bukan aktivis.

Beberapa kali Yong balik kampung, didapati hanya ada lauk beli dari kedai buat abang.

Kalau boleh Kakak Ipar mahu segalanya kembali seperti dahulu. Sebelum orang berebut jawatan. Sebelum orang guna facebook untuk memfitnah. Pemilihan berlaku dengan tenang dan adil.

“Tapi, kenapa jadi begini?” Yong tanya.

“Sebab sekarang sudah ada peluang besar untuk menang. Jadi, masing-masing nak jadi calon pilihanraya. Dulu masing-masing menolak nak jadi calon.”

Itulah dia! 

Puncanya nak jadi YB. 

“Tapi Bolehkah jadi YB kalau tiada sokongan dari bukan Islam? Bolehkah bentuk Kerajaan kalau tiada sokongan dari bukan Islam? Sedangkan UMNO pun mencari undi bukan Islam melalui BN untuk berkuasa?” Tanya Yong.

"Hancur." Sepatah sahaja jawapannya.

Kakak Ipar tahu jawapannya. Di tempatnya sendiri, kaum Cina yang 20% itu memegang kunci kemenangan kerana Melayu menyokong UMNO. 

Bolehkah PAS kembali seperti sebelum Muktamar ke 61?

KENAPA MENCARI MAT SABU?

Setelah difitnah, dicerca, dilabel dengan berbagai-bagai gelaran, kini diundang untuk memperkukuhkan parti.

Tak payah cari Mat Sabu. Guna saja Facebook hantu yang banyak berkeliaran itu untuk kukuhkan parti. 

Boleh?

LANTIK TANPA PERSETUJUAN

Salahuddin dan Mahfuz dilihat paling kurang vokal menyerang kepimpinan PAS. Paling "safe" sebab selalu "play safe."

"Play safe" pun kena terajang jugak.

Kata diri sangat hebat dan istiqomah. Diwar-warkan dengan bangganya team sekarang berkelayakan tinggi (dewanulamakpas). Kenapa cari Mat Sabu, Salahuddin dan Mahfuz? Adakah pemimpin PAS ingat melalui kemasukan Salahuddin dan Mahfuz ke dalam saf AJK PAS PUSAT, aktivis dan tukang pacak bendera, akan berbondong-bondong kembali menyokong PAS? 

Taktik melantik, "Umum dahulu baru beritahu" sama macam ketika Najib melantik ustaz Kazim jadi ahli MT UMNO:

"Terus terang, saya sangat terkejut apabila nama saya diumumkan sedangkan saya belum isi borang lagi (menjadi ahli) (sinarharian).

Apa jaminannya pemilihan Kepimpinan PAS tahun 2017 nanti tidak berulang lagi episod label melabel, fitnah, caci-maki dan adu-domba ini?

Yang pasti bukan hanya Kakak Ipar saja yang menangis.



22 comments:

  1. Wahai Mat Sabu n Salahudin Ayub : " Jangan kena peluku a.k.a. sekeh kepada berkali-kali. Keluarlah kamu dari situ nescaya orang itu akan menyekeh kepalanya sendiri. Sebab apa? SEBAB dia GILA MENYEKEH KEPALA"..ha ha ha. Kamu faham maksudku?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Si Delima Merah

      Kalau 2 orang tu masuk balik, alamat samalah macam yang lain. Suka kena patuk ular.

      Delete
  2. Kalau ahklak macam tu, boleh ke kita terima sebagai ulamak. Mungkin mereka ini akan menjuruskan Malaysia ke status negara2 timur tengah........habis dikuasai oleh syiah dan wahabi! Fitnah adalah sikap dan senjata puak syiah dan wahabi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Boley Jalan

      Islam is Islam. Tiada moderate, tiada konservatif, tiada extremis.

      Kalau ada label2 dalam Islamist maka sudah tidak ori lagi.

      Delete
  3. DeeDee Yong...

    Hahaha.... itu jer la komen gua...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  4. Terlalu jujur dalam perjuangan kecewa dihujung jalan sabarlah duhai hati.

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Yong al Muslimah

    Kami phon dari sudut sedih kecewa tapi ikhlas dan terguris hati kami....

    Agar g-18 kembali kepada perjuangan progrrssive islam... Gerak maju ke hadapan... Kemakmuran islam...

    Kami perlu mahfuz (Kedah) mat sabu (Penang) nizar(perak) dr rani(Selangor) salahuddin alayubi(Johor) bersama 35years of their experience in ex-pas to be with Us...

    PASMA parti progrrsive islam Malaysia...

    Anggap lah 35tahun dlm ex pas sebagai praktikal training untuk lebih maju ke hadapan melalui PASMA ... 8million voters in 5states are waiting for you!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Malaysiabaru

      Setuju. Anggaplah 35 tahun itu sebagai on the job training. Ia menjadikan kita lebih matang!

      Delete
  6. Salam Yong,

    Mak saya dah dekat 80 umurnya...menjadi penyokong PAS pada umur 14 tahun lagi apabila berkahwin dengan ayah saya seorang pejuang tegar yang tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti. Walaupun susah sentiasa menyumbang untuk parti. Berkali-kali terbabit dalam pertengkaran dan kadangkala terpaksa menggunakan kekerasan apabila terserempak dengan gerombolan HAMNO yang sedang mengoyak poster PAS. Pernah satu lawan enam orang namun tak pernah gentar. Sudah pasti anak-anak mereka yakni kami semua menjadi penyokong tegar PAS. Oleh kerana saya berkhidmat dalam PTD saya berjuang secara senyap-senyap tetapi adek-adek saya menjadi aktivis parti dan aktif dalam Pemuda.

    Kini semuanya sudah letak parang cangkul perjuangan kerana terlalu kecewa dengan Presiden PAS dan golongan pro-ulamak yang keterlanjuran nafsu dalam merebut jawatan. Ibu saya yang tua pun mengeluh...apa nak jadi dengan mereka yang menggelarkan diri sebagai ulamak ini.....

    Bapa saya sudah meninggal 3 tahun lalu. Jika masih hidup dia pasti kecewa dengan perkembangan terkini dalam parti kesayangannya. Kata-kata ayah yang saya ingat sampai bila-bila tentang PAS...

    "...JIKA DITAKDIRKAN SEMUA ORANG MENINGGALKAN PARTI PAS, TINGGAL AKU SEBATANG KARA, AKU RELA LARI KE DALAM HUTAN DAN SANGGUP MAKAN DAUN KAYU UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN..."...

    Now I am not so sure if he would have done the same thing, as PAS today has changed course from the foundation and struggles laid by the late ustaz Fadzil Nor.

    Ayah saya bukan ulamak tapi menjadi imam kampung dan tidak pernah meninggalkan solat dalam apa keadaan sekalipun, tidak merokok, tidak pernah menonton wayang walau sekali dalam hidupnya, tidak makan di restoran atau gerai kerana ragu-ragu tentang kebersihan. Dia sanggup mati kerana mempertahankan PAS. Suatu ketika dulu Pemuda Tahan Lasak UMNO mahu menceroboh Markas PAS yang didirikan oleh Ustaz Fadzil Noor. Ayah saya keluar denagn parang panjang berjaga malam mengawal markas...

    Setakat Ustaz Mercun dan Lebai Taliban mahu bermegah-megah tentang perjuangan mereka, saya boleh carutkan saja berbanding pengorbanan ayah saya terhadap parti.....

    Kini kami seisi keluarga sudah bersedia meninggalkan PAS jika pemimpin-pemimpin progresif yang tewas menubuhkan parti baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Asrul

      Mereka telah patahkan hati2 yang berjuang dalam PAS selama berpuluh tahun.

      Tahniah ulama muda. Sesungguhnya kamu amat berjasa kepada UMNO.

      Delete
  7. Salam kak yong !

    Kite ni dreading the near future of PAS. Kita nak sangat PAS menang dengan cara berhikmah bertoleransi dengan semua orang & beramanah & jujur dengan jawatan + cekap berkerja & berpandangan kritis ! Sekarang dah menang byk tmpt eh byk pulak songeh ustaz nak pangkah orang, kawan dalam PAS sendiri? Tak khianat ker namanya tu? TGHH tu punya byk kelemahan, silap pun kita boleh sabor lagi & tegur untuk dia berubah atau diubah...CUMA kita sokong kalu ada orang boleh ke depan jadi imam (presiden), layak, ganti aje ler.

    Selama hari ni kita bagi sokongan sebab demer ustaz ulamak ni bagi harapan as if afoot for a better Malaysia, more conducive for Islam ! Many didn't think they might be trying to trick us looking their face (values).

    Rupanya demer lagi teruk lagi perangai daripada UmNo ...ramai holier-than-thou, impostors, akhlak & etika kerja bajet bagus... berlagak aje lebih & tamak jawatan & unremittingly berating others, koje kondem orang bagi kat demer. Utter dross !

    Yer kite boleh sabor aje ler walaupun tak suka dugaan, masalah, dakwaan orang yang which we side with all this whilst! Takpe ler kite maapkan demer khilaf, silap, buat perangai buruk kat kite .... no chance in hell teman akan boleh redho sesuatu Allah pun tak suka perangai macam sebahagian ustaz, ulamak, perwakilan PAS tu semua !

    Na'uzubillahi min'zalik !

    "Simpang malaikat 44" orang Melayu kata kan?? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      Bukan ustaz jer. Ustazah pun sama perangai - buruk dan busuk.

      Semoga Allah tunjukkan kepada mereka akibat dari kebejatan hati2 mereka yang meruntuhkan apa yang dibina oleh generasi dahulu dengan segala kepayahan yang tidak pernah dilalui oleh ustaz/ustazah muda dalam PAS.

      Delete
  8. Pada saya TITM seorang yg sederhana dan tak ketara menyebelahi mana-mana pihak. Harap beliau dpt menyatukan ahli pas suatu hari nanti.
    Sebagaimana sukarnya nak menggantikan pemerintah negara ni, begitualah agaknya sukar nak menggantikan presiden pas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ibnu ismail

      Dulu Yong ingat dia sederhana. Sekarang tidak lagi.

      Nko buat lawak apa kat sini?

      Delete
  9. Harap kak yong x kupas lg ttg pas dap bagai... kalo d kupas seolah kak yong sayang gile dgn dorg.. tolong fokus kn kpd kebobrokan amngok be end.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Yong

    Jika mereka dll itu menerima lantikan seperti yg dimaksudkan oleh TITM, itu bermakna mereka itu perlu bersedia menjadi kuda tunggangan pro-ulama. Pro-ulama sekarang ini nampaknya tidak memiliki kuda untuk ditunggang, yg ada hanyalah pil kuda.

    Senyum.....

    ReplyDelete
  11. Kecewa dengan perkembangan terkini ini semua...

    Saf sudah terputus-putus; bantuan Allah tidak akan sampai...

    ReplyDelete
  12. pas dah jauh tersasar,ustaz2 ni klu berubah pun org2 bukan islam dah takkan percaya kat mereka sampai mereka2 ini mampos,org2 cina klu sekali mereka kena tipu sampai bila2 pun mereka takkan percaya lagi,sebab mereka selama ini amat yakin ngan ulamak2 ni,pada mereka ulamak takkan mengkhianati janji.....tapi kini........

    ReplyDelete
  13. Tak ada jalan lain Haji Hadi dan Haron Din meletakkan jawatan dengan serta merta bagi menyelamatkan keadaan PAS yang huruhara ini. Be gentlemen bro.

    ReplyDelete
  14. Salam Yong.. sy nak tanya yong setuju ke dgn penubuhan parti baru utk gantikan dgn pas??
    Kalau setuju eloklah bincang2kan kaedah terbaek agar parti yg bakal ditubuhkan boleh bertahan lama di persada politik tanah air..

    Biasanya kalau asyik menyebut2 kesah dalaman parti lama atau sediada bermaksud kita masih sayangkan parti lama.. seandainya benar sedemikian eloklah bincang2kan kaedah utk memperkukuhkan parti dgn barisan pimpinan yg baru dilantik.. cukup2lah mengadu domba kerana ia hanya membuang masa..

    Kalau kita asyik dok persalahkan TGHH kita jg perlu sedar bhw suara kita hanya diwakili oleh 20% perwakilan.. kalau salah pendapat sy ini mintak jgn disiarkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko suke ke kalo ade ulamak pggl ko barua tolol dn sbgai nyerr..ada kah ptt kita berguru kn ulamak mcm tu yg rendah akhlak nye..sila bg pencerahan wan rosli..

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.