Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 23 June 2015

DR ASRI - SALAHGUNA HADIS UNTUK HUKUM ORANG DI LUAR PARTINYA (VIDEO)


Bagi yang masih blur tentang isu kafir-mengkafi ini, sila dengar apa kata Ustaz Dr Asri dengan tenang:




Kalau ada yang mengeluarkan kenyataan seperti yang disebut oleh Dr Asri itu (mengkafirkan golongan yang keluar dari jemaah PAS), maka bukan saja yang keluar dari PAS itu jatuh kafir, malahan seluruh umat Islam yang kini berada di luar PAS itu juga turut dikafirkan.

نعوذ بالله من ذلك 

Kalau masih percaya kepada individu (ustaz/penceramah, etc) sedemikian (yang ringan mulutnya mengkafirkan dan memunafikkan orang), tak dapat Yong nak kata apa lagi. Ikut suka mengkomer ler.

Tak guna Yong serang UMNO kalau perangai mengkomer lebih teruk lagi dari UMNO. 

Ada orang UMNO bising kerana tidak puas hati dengan Najib. Tapi demer tidak melabel pesaing dalam UMNO dengan label yang buruk-buruk. Jauh sekali demer nak panggil rakan se jamaah "anjing," jebon atau nama-nama haiwan yang lain.

Bukan kita tidak pernah diberi ingatan.

Hadis Rasulullah (SAW):

سيخرج في آخر الزمان قوم أحدث الأسنان سفهاء الأحلام

“Akan keluar di akhir zaman suatu kaum yang usia mereka masih muda, dan bodoh, mereka mengatakan sebaik‑baiknya perkataan manusia, membaca Al Qur’an tidak sampai kecuali pada kerongkongan mereka. Mereka keluar dari din (agama Islam) sebagaimana anak panah keluar dan busurnya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

يخرج قوم من أمتي يقرئون القرآن يحسبون لهم وهو عليهم لاتجاوز صلاتهم تراقيهم

“Suatu kaum dari umatku akan keluar membaca Al Qur’an, mereka mengira bacaan Al-Qur’an itu menolong dirinya padahal justru membahayakan dirinya. Solat mereka tidak sampai kecuali pada kerongkongan mereka.” (HR. Muslim).

يحسنون القيل ويسيئون الفعل يدعون إلى كتاب الله وليسوا منه في شيء

“Mereka baik dalam berkata tapi jelek dalam berbuat, mengajak untuk mengamalkan kitab Allah padahal mereka tidak menjalankannya sedikitpun.” (HR. Al-Hakim)





4 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Ente bukan balik Mesir, Jordan macam ana. Ana belajar di Universiti Al Azhar dulu. Sekarang ana dah balik. Contohilah ana.

    Cuma jangan tanya apa cabang ilmu yang ana belajar disana dan apa tahap kelulusan yang ana dapat. Ente bukan tahu baca tulisan Arab la.

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Ana belajar Kesusasteraan Arab. Ana juga belajar Sejarah. Ana bloeh letak Ustazah tak depan nama?

      Delete
  2. Salam yong,
    Itu azliun talibanun belajar lagu keroncong untuk ANA lah..itu psal hadis sekerat sekerat..nengok kn rope nyer je dh tau bdk nye perangei x semenggah..itu pn demer ngangkat jd pemimpin..udah cacor PAS ni yong..elok lerr kemer lari yong..

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.