Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 14 July 2015

BERAPA KERUSI PAS DI SELANGOR SAMPAI NAK TERAJANG DAP?

Soalan mudah.

Jawabnya: 

PAS: 15
PKR: 13
DAP: 15

Jangan kira orang yang tiada parti.

Siapa pula yang nak terajang DAP dari Kerajaan Selangar?

USTAZ MINTA JAWATAN KAH? (TMI)

Oi YB! PAS ada 15 kerusi itu sebelum krisis MB Selangor. Bolehle kamu nak gang dengan PKR (13) dan Khalid Ibrahim (1) untuk terajang DAP. Majoriti mudah 15+13+1 = 29. Juga sebelum mamat ini keluar kenyataan berikut:

PECAT, JANGAN TAK PECAT (TMI)

Sekarang kad bukan di tangan kamu lagi. Kamu nampak siapa yang ikut dalam Harapan Baru ini?:

MAMAT YANG TERSENGIH NI KAMU DAH PECAT

Berdasarkan kenyataan Setiausaha PAS Selangor itu, kamu sudah kehilangan YB Saari Sungip dan YB Hasnul Burhanuddin yang bersekongkol dengan G18 membentuk Gerakan Harapan Baru.

Apa lagi yang kamu nak harap daripada "pengkhianat" tak gitu?

SIMPAN BUAT APA, KAN? (TMI)

Realitinya PAS hanya ada 13 kerusi DUN sahaja. 

Adakah semua ADUN daripada selebihinya 13 kerusi ini diyakini walak kepada Iskandar Abdul Samad? Belum tentu lagi.

Sekarang PAS nak buat apa? U-turn lagi?

Inilah akibatnya apabila guna hadis sebab takut dicabar dalam pemilihan:


 عَنْ عَبْدُ الْرَحْمَنِ بْنِ سَمُرَةِ رضي الله عنه أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ: يَا عَبْدَالْرَحْمَنِ بْنِ سَمُرَةَ ! لاَ تَسْأَلِ الْإِمَارَةَ , فَإِنَّكَ إِنْ أُوْتِيْتَهَا عَنْ مَسْأَلَةٍ وُكِلَتْ إِلَيْهَا وَإِنْ أُوْتِيْتَهَا مِنْ غَيْرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ إِلَيْهَا 

Terjemahan Hadis Daripada Abdul Rahman bin Samurah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadanya: "Wahai Abdul Rahman bin Samurah Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sebab jika ia diserahkan kepadamu kerana permintaanmu maka ia akan diserahkan bulat –bulat kepadamu. Sebaliknya jika ia diserahkan kepadamu tanpa permintaanmu maka engkau akan diberikan pertolongan dalam melaksanakan tugasmu" (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Yong tak nak cakap banyak pasal hadis ini. Cuma Yong nak ingatkan, Jawatan itu adalah amanah, bukannya kemegahan untuk beli motor besar atau kereta besar. Kalau layak, peganglah jawatan itu. Kalau setakat pandai cakap jer, bolehlah serah jawatan itu kepada orang jual ubat kat pasar minggu. Mungkin demer boleh buat kerja sebab demer ada "marketing strategy" dan tahu bagaimana hendak mengambil hati pelanggan.

Tak faham sudah.

14 comments:

  1. Salam:

    Orang-orng macamni mengangap mereka orng yg suci mulia,sehingga apa yg mereka cakapkan tidak berpijak di bumi yg nyata.Umpama Nasaruddin Hassan kemenangannya di Temerloh semata-mata datang dari pengaruh DAP untuk pengundi orang cina.Mengikut theory mereka DAP telah cuba mengangu akedah ahli-ahli PAS, Tapi yg peliknya dalam masa yg sama menerima jawatan MPnya dari mereka2 yg dibenci dari DAP.Kalau dia orng yg berpinsip/BERMARUAH, dialah orng yg pertama akan meletakkan jawatan MPnya, kerana mendapat undi dari orng2 cina dgn pengaruh DAP.TAPI PELIK BIN AJAIB,Mereka-mereka inlah yg akan menjual agama semata-mata kuasa,ganjaran dan duit.

    ReplyDelete
  2. Assalam yong..

    Saya tak sabar nak tunggu kemunculan Parti Harapan Barua di persada politik tanahair tercinta ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam penyokong pakatan 2.0

      Saya tak sabar nak lihat parti ajaran sesat tsrsungkur di persada politk tanahir

      P.s moga ayoh Ping tak sakit jantung lagi di istanbul...boleh Najib jenguk setiap mlm di ijn

      Delete
  3. Yong....Depa temgah pening sekarang. Racangan hlf cooked mereka dah xikut macmana mereka rancang secara half past six dulu. Perkara2 yang terang macam matahari pukoi 1 tenghari mereka xterpikir pun dulu. Ini adalah salah satu drpnya.

    Masa depa dok berpakat nak halau puak2 jebon ini merea xterfikir baawa ada jebon ini berjawatan Adun dan MP. Bila dah halau tiba2 bary sedaq depa dah tersilap halau. buta-buta GHB dapatAdun dan MP free. Depa juga terlupa nak pikir bahawa selain Adun dan MP jebon yg dikenali kemungkinan ada Adun dan MP yang bukan jebon dienali juga akan juga meninggalkan PAS.

    Depa dok confident dengan baaih jatuh talak 3 isteri jika ada Adun dan MP lompat/keluar parti. Situasi Saya rasa baaih ini hanya di Kelantan sahaja semasa TGNA masih hidup dan Pas masih berjalan atas dasar perjuangan PAS brand TGNA. Sekarang situasi tak seideal semasa baaih tersebut dibuat. Banyak penyelewengan dasar PAS dan perlembagaan PAS tela dikianati olh pemimpin PasChai yang meguasi kepimpinan PAS hai ni yg kita tahu secara kotor. Jadi dengan situasi sekarang saya rasa tiada pengkhianatan kepada baaih tersebut dibuat oleh Adun dan MP yang akan melompat ke GHB kerana pengkhiantan kepada perjuangan PAS terlebih dahulu dibuat oleh puak ulamak PasChai. Pasti ada kelonggaran syariat dalam kes ini keranaIslam adlah ugama kesejahteraan bukan rigid.

    Merujuk kepada kenyataan SU PAS Selangor - mamat ni memang kaki temberang dan jelas buta perlembagaan parti sendiri. Pasal perlembagan dia guna untuk pecat pun salah. Pasl 13(1) tu mengenai cara orang yang hendak menyertai PAS bukan untuk pecat orang.

    Mamat ni pun xpaham prosedur pemecatan dan kuasa siapa hendak memecat ahli. Yang pasti ia bukan bidang kuasa PAS Selangor. Tu kata mamat ni kaki temberang...nak tudukata kaki bohong rasanya xsampa hati....kasaq sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kumpulan Islam Progresif ikut (telunjuk) Democratic Action Party = KIPiDAP !!

      Delete
  4. PAS sudah memakan MUNTAHNYA sendiri..nak jadi BADANG konon!

    ReplyDelete
  5. ualamak2 pas akan terkulat krn beratus2 ribu ahli pas akan keluar dari pas tanpa payah di pecat,bila harun din dgn hj hadi tu istyihar sokong najib maka ahli2 pas akan marah krn munafikun2 ini telah mengkhianati perjuangan mereka,sebab kenapa mereka jadi ahli pas dah tak pilih masuk umno.....kerana mereka memang tahu umno tu tak betul sebab tu metreka masuk pas.....tiba2 barua23 pimpinan pas ni belot dan khianati perjuangan merteka dgn menyokong najib....kini mereka dah sedar......selamat tinggal le pas dgn di pimpin oleh ulamak2 munafik dan ahli2 pas yg wala2 dgn penuh kedunguan....bye bye pas

    ReplyDelete
  6. PAS tak perlu gentar - pemilihan saf kepimpinan baru membayangkan apa yg rakyat mahu - PAS tidak perlukan pemimpin yg kejar jawatan dan bersekongkol dengan orang kafir menghina orang atau parti Islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saf Kepimpinan pilehan rakyat? Pakai cai, fitnah maki hamun, boooo sana sini........rakyat lebih cerdik Ras hoi! Pas jadi sekupang tembaga ja selepas ini.

      Delete
  7. Salam yong
    Idak le teman pnh dengor cina dap mnggelor kn org pas tu extremist atau terrorist..tp sllu teman dengor demer gelor kn cina dap tu kapir harbi..kutuk keji dh jd mainan pas dh..
    akhlak dap lg elok dr akhlak ulamak2 ni..cmne ni skrg

    ReplyDelete
  8. As Salam! Belajarlah dari sejarah Turki, kaji 2 watak utama Erbakan & Erdogan baru ahli PAS tahu, nak memerintah kena ada Kuasa baru boleh makmur macam Turki skrg.m Erdogen pernah digelar PRO LIBERAL

    ReplyDelete
  9. "Seruan ana kepada wakil rakyat di Parlimen dan ADUN secara jujur dan ikhlas supaya sahabat-sahabat meletak jawatan kerana tuan-puan adalah wakil rakyat bukan wakil DAP mahupun Gerakan Harapan Rakyat,” kata Ketua Dewan Ulamak PAS dalam isu penubuhan parti baru.. Ada bran ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdra jangan ambil bahagian2 yang sesuai sahaja untuk mengukuhkan hujah sdra dan melupakan keseluruhan ceritanya.

      Adun-Adun dan MP-MP dari PAS ini menang diatas Platform PR kerana pengundi-p3ngundi memilih mereka berdasarkan manefesto PR. Salah kalau nak kata mereka menang atas nama PAS. PAS masa itu adalah sebahagian dari PR.

      Sekarang PAS telah menarik diri dari PR apabila k3putusan muktamar menerima usul DUPP untuk m3mutuskan hubungan dgn DAP. Keputusan ini bukan sekadar memutuskan hubungan d3ngan DAP secara literal tetapi juga telah membatalkan tahaluf siyasi PAS dalam PR yang telah diputuskan oleh muktamar dan MSU sebelum ini.

      Akibat keputusan itu, PR telah tidak wujud lagi kerana PAS telah membatalkan tahaluf siyasi ters3but. Jadi Adun2 dan MP dari PAS yang terpilih diatas tawaran manifesto PR seb3narnya adalah ADUN -ADUN dan MP-MP bebas ex - PR....bukan PAS! kerana PAS sekarang sudah menarik diri dari PR.Mereka ini dulu menang atas platform PR!

      Lain ceriita kita mereka ini menang solely diatas manifesto PAS semata-mata seperti masa PAS bersendirian dulu.

      Delete
  10. APA hukum mp pas ponteng sidang parlimen?

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.