Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday 11 July 2015

MAJLIS SYURA ULAMA INGAT PAKATAN RAKYAT ITU MACAM SEBUAH RUMAH TANGGA SEORANG SUAMI DENGAN 2 ORANG ISTERI KE?



Akhirnya MSU pun cukup keahliannya dan bermesyuaratlah.

Keputusannya?

Tesis:

Dalam sebuah rumah tangga, suami yang ada 2 isteri boleh menceraikan seorang isterinya dan mengekalkan perkahwinannya dengan seorang yang lain. Rumah tangganya tetap wujud, walaupun sudah kurang 1 isteri. Jika ada anak dengan isteri yang diceraikan itu, mereka tetap anak dalam keluarga dia. Anak tersebut, wajar mendapat nafkah dan harta pewarisan keluarga tersebut.

Praktis:

PAS putus hubungan dengan DAP (isteri pertama), tapi kekal dengan PKR (isteri kedua). Perhubungan dalam Pakatan Rakyat (rumah tangga) masih wujud walaupun dah cerai dengan DAP. Semua lantikan politik dalam kerajaan Pulau Pinang macam anak dalam keluarga itu. Jadi mereka tak boleh dibuang oleh DAP. PKR (isteri kedua) masih boleh sama-sama tolong pelihara anak-anak tersebut.

Wakaka!

Bijak! Bijak!

Inilah hasil terbaik berfikir melalui siku dan lutut serta bertindak menggunakan cakar harimau.

Tak ke ada rasa malu?


Apa lagi penghinaan yang pemimpin PAS tak sebut tentang PKR?

Rujukan:

13 comments:

  1. Salam lailatulqadar

    Tepat sekali tekaan kak Yong

    4bulan lepas kami pun anggap pas main cinta 3segi...

    Itupun selepas menyelidik perangai hadi Awang... Rupernyer kehidupan peribadi beliau telah di terjemahkan dlm kehidupan politik..

    Ana risau kalau kedua dua bini politik hadi ni di lacurkan...

    Nauzubillah

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Yong

    Nampak amat ketara tindakan MSU juga tidak profesional seperti mana tindakan walaun semasa muktamar tempoh hari. Dipandang dari sudut mana sekali pun, PAS yang masih hendak bertahaluf siasi dengan PKR sedangkan PKR pula bekerjasama dengan DAP yang dimusuhinya itu tidak kelihatan kewajarannya, kecuali PAS memang berniat untuk menjahanamkan DAP dan juga PKR. Dan dalam masa yang sama, kepentingan mereka di Selangor terjamin sebagai muslihat di sebaliknya.

    ReplyDelete
  3. Maaf la Yong. Saya nak komen sikit pasai ustad-ustad dalam PAS sekarang ni terutamanya AJK-AJK Pusat, AJK-AJK Sayap dan juga AJK-AJK Majlis Syura. Nama jawatankuasa punya la banyak tapi saya rasa majoriti yg duduk dalam kesemua jawatankuasa tu, adalah muka-muka yg sama. Takpa la, itu cara demokrasi depa...

    Tapi ni cerita bab keputusan Majlis Syura berkaitan keputusan (usul yg diterima tanpa bahas) di Muktamar yg dirujuk kepadanya.
    Setahu saya ikut Perlembagaan PAS, Majlis Syura hanyalah suatu badan rujukan sahaja bagi melaksanakan Fasal 7(1) Perlembagaan PAS. Majlis Syura bukan badan eksekutif yg boleh mengeluarkan sesuatu arahan eksekutifnya sendiri. Majlis Syura hanya boleh mengarahkan suatu dasar itu dipatuhi oleh semua ahli PAS setelah dasar tersebut dirujuk kepadanya adalah tidak bertentang dgn hukum Al-Quran, hadis, Ijmak dan Qias.

    Tiba-tiba Setiausaha Majlis Syura boleh keluarkan kenyataan macam Setiausaha Agung PAS, apa citer? Org cuma nak tau usul talak dgn DAP tu haram ka makruh? Kalau lain pada itu, usul yg diterima tanpa bahas itu adalah keputusan tertinggi badan pembuat dasar PAS, iaitu Muktamar.

    Kalau camni ler citer nyer, DAP lagi paham Perlembagaan PAS. ish.. ish ..ish

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mohd Daud Sulaiman

      Demer buat Perlembagaan, demer sendiri langgar. Lepas itu minta ahli walak jer. Nak kata demokrasi bukan. Nak kata Islam? Wekk!

      Delete
  4. Mat Bengong dikelilingi pakcik-pakcik BANGANG !

    ReplyDelete
  5. ada ke PR macam rumahtangga ...perumpamaan menggunakan kepala lutut.........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke, bukan guna lutut dan siku dalam jubah.... Ketua Pengawal Jin awak lagi tak betul, mengumpamakan akli-ahli Pas macam sekawan kambing.....

      Delete
  6. Biasalah depa ni apa yg PAS nak buat atau cakap semua x betul.. tp apa yg DAP telah buat atau cakap semua logik dan masuk akal.. tp bila kita kata hidung depa dah kena tarik dgn DAP mati2 x nak ngaku..!! Hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wan Rosli

      Kamu sedar tak ayat kamu "kita kata hidung depa dah kena tarik dgn DAP" itu satu fitnah kerana kamu tak bawa bukti?

      Kamu juga memfitnah apabila kamu kata "apa yg DAP telah buat atau cakap semua logik dan masuk akal" kerana Yong tak pernah pun kata apa yang DAP buat dan cakap semua masuk akal.

      Bacalah N3 dalam Blog Yong yang lepas.

      Delete
  7. Kalau dah bercerai dengan DAP tapi masih dengan PKR ,kalau kat penang tu ok lah,tapi kat Selangor ni bagaiman kedudukanya,Pas dengan DAP tu berzina ke atau Pas jadi pelacur kelas atasan ke,mana pergi maruah yang dikatakn ulamak,? macam2 lasan bila dah terhantuk dengan gaji dan elaun.maruah dibawah tapi terompah kayu.

    ReplyDelete
  8. saya konpius. minta pencerahan ..jadi...hiaraki PAS ialah...DUPP kluar usul...muktamar buat keputusan....MSU sahkan. Gitu ke?
    Tapi...ahli DUPP semua ulama.....ahli MSU semua ulamak dgn overlapping keahlian. Ada ke kes MSU veto DUPP? Tang mana pulak posisi Presideng dan Mursyidul Am? errrr......kena telan pil kuda baru clear otak nih....ishkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam otoote

      Mama ada konsep pemisahan kuasa dalam PAS?

      Delete
    2. Salam Otoote

      Mudah jer... hiaraki tertinggi dalam PAS adalah Muktamar (Fasal 7(2) - merujuk kepada Perlembagaan PAS). Tetapi keputusan Muktamar mestilah berdasarkan hukum Islam dari sumber yang 4 tadi (Fasal 7(1). Maka disinilah peranan Majlis Syura (Fasal 8(1).

      Selain itu, tugas Majlis Syura adalah untuk mengeluarkan arahan supaya semua keputusan dan dasar PAS dipatuhi oleh semua ahli. Tetapi keputusan dan dasar ini bukanlah dikeluarkan oleh Majlis Syura tetapi keputusan dan dasar yang dirujuk kepadanya. (Fasal 8(1)(b). Dengan erti kata lain, Majlis Syura hanyalah badan rujukan sahaja dan bukannya satu badan eksekutif dalam hiaraki PAS.

      Kuasa semi-eksekutif Majlis Syura hanyalah sebagai badan rayuan terhadap kes tatatertib yang diputuskan mengikut Fasal 83. Rujuk Fasal 8(1)(c). Peruntukan ini dengan sendirinya akan menyebabkan sebarang AJK PAS Pusat atau AJK Dewan Ulamak atau AJK Dewan Pemuda hatta AJK Dewan Muslimat tidak boleh menduduki Majlis Syura bagi mengelakan "conflict of interest". Fasal 8(3) sebenarnya memberi kuasa kepada jawatankuasa-jawatankuasa tadi melantik sesiapa saja untuk memduduki Majlis Syura. Tapi daripada segi "good governance", yang dilantik itu perlulah bukan daripada kalangan mereka dengan mengambilkira tugas dan peranan Majlis Syura...

      Bagi melaksanakan pentadbiran harian parti, maka disinilah peranan dan tanggungjawab Presiden, Setiausaha Agung dan AJK-AJK yang lain. Perlu diingat juga, kuasa eksekutif adalah terletak pada Jawatankuasa Pusat ataupun Jawatankuasa Dewan dan bukannya Presiden atau Ketua-ketua Dewan.

      Tapi itu demokrasi cara depa ... nak buat camna ...

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.