Orang lama yang telah tengok TV dalam lewat tahun 60an dan 70an tentu pernah tengok pak lawak di bawah ini kan?
THREE STOOGES |
Three stooges ialah sebuah komidi yang kita label "lawak bodoh."
Anak muda hari ini boleh menyaksikan reruns lawak bodoh ini:
BANYAK DUIT TU UNTUK LAWAN DAP (MALAYSIAKINI) |
Menurut Ketua Umno Sri Gading, penderma itu khuatir pengaruh Yahudi akan meresap di negara ini melalui DAP dan memusnahkan "Kerajaan Islam" yang diketuai pemimpin hebat seperti Najib.
Ini kerana jika kerajaan Islam Malaysia yang didokong oleh "tokoh" 1MDB ini digulingkan, akan musnahlah perjuangan Islam di seluruh dunia.
Mamat pemimpin UMNO ini ada baca surat khabar tak? Biar Yong kabor. Rakyat sudah maklum, sebelum ini kita cuba dibodohkan oleh Ketua UMNO bahagian Kuantan:
KERJA BELUM BUAT, HABUAN DAPAT DULU (TMI) |
Kita ketepikan dulu rasa nak tergelak tu. Rakyat terlebih dahulu tahu, masa duit itu masuk ke akaun Najib, ISIS belum berkeliaran lagi.
Sekarang boleh gelak!
Kerana ada menteri yang memiliki PhD menyambung kenyataan pemimpin Pahang dan Johor tersebut:
SAPA-SAPA PUN BOLEH MENGAKU WAKIL PENDERMA YOB OI! ( MALAYSIAKINI) |
Macam lawak three stooges. Kalau tak setuju kena katuk.
YANG MULA-MULA KENA KATUK ORANG SENDIRI (ANTARAPOS) |
SINIS YANG MAKAN DIRI (ANTARA POS) |
Wartawan tanya, jawablah. Menyindir orang lain mungkin tak cerdik sebab ia boleh melantun pada diri sendiri. Contoh selanjutnya seperti pemimpin ini:
KAMU YANG KATA INI PEMBERSIHAN PARTI (TMI) |
Sebenarnya Yong amat setuju jika sekiranya pemimpin yang tak amanah mengosongkan kerusinya. Tak kira di DUN atau di Parlemen.
Contohnya:
- Pemimpin yang menang kerana sokongan penyokong DAP dan GHB, tapi kemudian membenci DAP/GHB dan menghasut orang supaya benci DAP/GHB
- Pemimpin yang menang kerana sokongan penyokong GHB, sering ponteng sesi penting Parlemen, tetapi boleh berjalan keluar negara.
- Pemimpin yang menang kerana sokongan penyokong GHB, tapi tak pernah bersuara lantang di Parlemen.
Inilah yang dinamakan Kepimpinan melalui teladan.
Kalau pemimpin cerdik, penyokong akan jadi cerdik.
Kalau sebaliknya?
Salam Yong
ReplyDeleteKat kampong saya ada satu susuk tubuh yang dipanggil Pak Long Nan. Dah melepasi usia pencen wajib insan ini. Dari mula saya mengenali dunia, beliau adalah ahli PAS. Mungkin sebelum saya lahir lagi beliau sudah menjadi ahli PAS. Suatu ketika semasa PAS tidak didekati anak muda, Pak Long Nan adalah orang kuat cawangan. Malahan pernah berjawatan dalam PAS Bahagian. Beliau dilantik kerana beliau tidak pernah berkira dalam melakukan kerja parti. Pernah menghabiskan duit hasil padi dan duit hasil jagung dalam musim tu untuk kerja parti. Setakat panjat pokok kat tepi-tepi jalan untuk pacak bendera, Pak Long Nan memang tiada tandingan.
Tapi Pak Long Nan bukanlah lulusan Timur tengah. Setakat LCE saja sebab terpaksa menyara adik-adik setelah arwah ayahnya meninggal dunia. Namun, Pak Long Nan sentiasa positif. "Suatu hari PAS akan memerintah". itulah semangatnya. Apabila PAS memenangi piliharaya tahun 2008 dan memerintah Kedah, Pak Long Nan lah orang yang paling gembira. Tapi kegembiraan beliau digantikan dengan kehilangan semua jawatan dalam parti sebab ramai ustaz-ustaz dan haji-haji dah mengambil tempat dalam PAS. Saya pernah bertanya kepadanya kenapa tak pertahankan jawatannya. Jawab Pak Long Nan,"Biarlah. Mereka lagi bagus."
Tapi ada beberapa individu dalam parti tersebut di tempat saya yang hal duit ringgit dia tak kira halal haram. Macam mana insan seperti ini boleh jadi orang kuat parti Islam, hati saya berdetik. Satu perkara lagi yang saya perasan ialah, ustaz-ustaz muda ini tidak boleh ditegur. Perkara ini jugalah yang menjadi isu perbalahan pentadbiran Kerajaan Kedah sebelum PRU ke 13. Setahu saya, masalah ini jugalah yang melanda kerajaan Terengganu semasa di bawah pemerintahan PAS.
Inilah kelemahan yang nyata yang banyak terdapat pada ilmuan-ilmuan agama. Walaupun mereka bukan pengamal sesuatu bidang pekerjaan dan lebih kepada mendakwah, tetapi apabila ditegur oleh golongan pengamal berkaitan bidang tersebut, para ilmuan ini suka bersikap defensif yang merosakan.
Pada masa sekarang, kedai makan Pak Long Nan menjadi meriah semula. Lagaknya seperti 'parlimen' untuk golongan ini berbicara mengenai politik negara. Mungkin kerana nikmat bersembang di hotel-hotel mewah di Alor Setar telah tiada. Itu belum lagi melayan ayat-ayat sinis mat lepak yang sudah pandai bertanya maksud amanah yang amat menusuk kalbu...
Wallahualam
Salam Yong
ReplyDeleteSungguh malang mendapat pemimpin yg tak pernah mahu mencerminkan dirinya sendiri, Bagaimana MP Temerloh??bagaimana MP Bukit gantang??bagaimana DUN Cempaka? selalunya PAS bertanding sendiri di tempat2 ini hilang deposit!!!saya rasa kalau nak playing level field yg sama eloklah sapa2 yg bertanding atas ticket PR dulu kana letak jawatan. Ada Berani??
Yong,
ReplyDeleteAdalah amat sedih sebab makin hari makin kelihatan MalaysiaKu terdapat ramai pemimpin yang BODOH-BODOH dan BANGANG belaka. Depa BODOH tak apalah. Yang geram ialah depa ni nak memperBODOHkan kita.
Sedarlah Rakyat Malaysia apa takrif sekarang bagi BODOH. BODOH pada hari ditakrif sebagai orang yang tahu akan PEMBOHONGAN seseorang dan masih memilih untuk memPERCAYAinya malahan mengiYAkanya pulak.
Dari TPM (baru dilantik) dah berBOHONG. Sedangkan mantan Timbalan Presiden pun tak tahu dari mana datangnya derma itu dan dengan tiba-tiba Naib Presiden mengaku yang dia pernah berjumpa dengan Pendermanya. Hairan ya.
Yang paling bangang ialah Derma digunakan untuk melawan DAP yang dibantu oleh YAHUDI. Cuba tuan-tuan berfikir, kalaulah BENAR DAP mendapat bantuan daripada DAP, sudah lama dah pemimpin2nya diISAkan. Mungkinkah pemimpin BN begitu BAIK HATI?
Letih melihat Melayu Kita diperBODOHkan sebegitu rupa.
Pemimpin2 GHB gagal meletak jawatan sbg AP atau ADUN... Di sini kita dah nampak belum pun tertubuh parti baru sudahpun terdedah tiadanya integriti sbg pemimpin.. yg bestnye selama ni pandai kondem kepimpinan sekarang.. Cuba bayangkan sikap ini berterusan sehingga tertubuh parti baru nanti iaitu bermulanya parti baru TANPA integriti..
ReplyDeleteBagaimanapun, jika disorot kembali kesah mereka2 sebelum ini, sekiranya mereka berintegiriti selama ni pun pastilah mereka telah mempertahankankan pemimpin sendiri dari mempertahankan pemimpin yg menghalalkan babi dan arak.
Poodahhh! Presiden PAS selalu ponteng sidang Parlimen ada integrity ka? Tu bukan saja tak bertanggungjawab tapi TEDARAH GAJI BUTA! Sebelum berhujah gunakanlah akal fikiran yang sedikit tu Wan Rosli....
DeleteNak suruh orang letak jawatan...kau buatlah cadangan yang sama kepada ADUN/MP PAS yang memenangi kerusi di kawasan campuran. Kau fikir orang China/India yang memberi undi kepada mereka rela apabila PAS mengkhianati PR? Mengong punya olang!
Dalam hal yang tidak berkaitan dengan agama dan masa depan akhirat kita boleh bersepakat dan bersetuju tetapi bagi urusan dunia berkaitan akhirat kita perlu pertahankan. Wahai orang beriman berpegang teguhlah kamu dengan ayat Allah Surah AlBaqarah:120.
ReplyDeleteBerkawan boleh, bermuamalat boleh berjiran boleh bertahluf boleh tapi jagan jadilan wali. Bahaya nanti.
Islam memimpin bukan dipimpin. Waalahualam
Three stooges original menggelikan hati.
ReplyDeleteThree stooges umno menyakitkan hati