Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday 16 August 2015

SEBUAH PERTEMUAN TANPA TERIAKAN "MUNAFIK HARAKI," GELARAN "SYAITAN," ATAU AMARAN "DITELAN BABI"

Bagi yang mencemuh program NUNJI '15 yang baru berlalu, sila baca dengan fikiran yang terbuka catatan seorang anak muda yang juga peserta dari Kelantan ini:

Selepas Nunji di Shah Alam 

Selepas Ustaz Ridzwan mengumumkan Nunji'15 telah pun berlabuh tirai aku terkenang peristiwa 2 tahun dahulu. Peristiwa mikrofon dirampas dan pelbagai peristiwa yang memalukan. Hari ini Ustaz Ridzwan Abu Bakar dapat berucap dengan tenang dan penuh hikmah. 

Terasa damai berada dalam program Nadwah Ulamak Nahdhah Jadiah. Tidak terasa 10 jam kami berada dalam majlis ilmu itu. 

Ketika kaki ini sedang meninggalkan PPAS Shah Alam, para pimpinan Harapan Baru beratur dan berdiri berdekatan dengan pintu dan bersalam dengan setiap peserta. Ada yang memeluk, terasa ukwah ini terbina atas nama islam. Tidak ada prasangka, tidak ada dendam, tidak ada prejudis, yang ada silaturrahim ini benar-benar tercipta keranaaNYA. 

Kami keluar dengan hati gembira dan damai. Terasa tugas besar diluar harus kami pikul yakni memastikan imej islam itu indah dan tema " Islam Rahmatan Lil Alamin " itu dapat diterjemahkan dalam membimbing perjalanan politik Malaysia. 

Tidak seperti program sebelum ini. Apabila keluar dewan atau sesudah mendengar ucapan penceramah, aku terasa susah untuk bernafas dek kerana memikul persepsi, fitnah adu domba dan prejudis antara satu sama lain. 

Sidang hari ini juga menampilkan banyak ulama yang jarang ditonjolkan mana-mana parti. Dato' Dr Siddiq Fadhil, Dato' Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad dan beberapa tokoh lagi ditonjolkan dalam Nunji. 

Mereka membentang kertas kerja secara bijaksana dan segala percanggahan dalam islam ditangani dengan kebijaksanaan siyasah syariah. 

Kertas kerja para pembentang juga tidak terhad kepada isu populis semata-mata tetapi turut memperjuangkan bahawa syariat islam perlu dipersembahkan dalam mafhum menyeluruh dan tidak terikat dengan hudud semata-mata. 

Diantara kertas yang paling menarik ialah kertas kerja Dato' Dr Siddiq Fadhil yang mengajak para asatizah merenung kembali idea Fiqh Malayzi atau Fiqh Malaysia. Dengan harapan Fiqh Malayzi ini menjadi panduan rakyat Malaysia. 

Ucapan tahniah kepada Yb Dato' DrMujahid Yusof Rawa II selaku Pengarah Nunji15 dan seluruh jawatankuasa yang bertukus lumuh dan berjaya menjayakan majlis sinergi ini dan dapat membina politik baru di Malaysia. 

Diharap majlis seperti ini akan diteruskan diseluruh Malaysia. Sesungguh rakyat Malaysia memerlukan pendekatan dakwah sebegini. 

Islam Rahmatan Lil Alamin 

Hazmi Hassan 
Ketua Anak Muda Harapan Baru Kelantan 
15 Ogos 2015 

Tak percaya dengar sendirilah:

LINK: GREENBOC atau FACEBOOK

Tetapi, kalau hati itu sudah hitam, walaupun nama dan wajah cantik, yang terserlah dari bibir, atau lahir dari papankunci kompuer, tetap hitam juga.

BERSABARLAH WAHAI PEJUANG.

Sesungguhnya Allah (SWT) telah mengingatkan kita melalui FirmanNya di dalam Al-Quran:

Surah A-li'Imran 3:159:


Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. (A-li'Imraan 3:159).

Surah Al-Nahl 16:125:


Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk (Al-Nahl 16:125).

Wallahuaklam.

3 comments:

  1. Masyallah Yong

    Indah sungguh suasana majlis ilmu nunji 15.

    Tokoh hebat dan pembentang kertas kerja yg luhur..

    Tukar pendapat dgn sopan....

    Tiada ularrrmak.politik... Tiada politik ularrrmak... Tiada ayoh Ping untuk baruahkan peserta... Betul betul fisabililah...

    P.s esok u.s Dollar naik rm4.88 rekod 7jan 1998., Najib dah bawak rakyat markean 17tahun kebelakang... Apa pun dalam jahanam mai kita pakat buat untung...

    ReplyDelete
  2. tunggulah pemilihan nanti kalau kalah.maka keluarlah maki hamun dari geng haprak baru....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, cubalah berbaik sangka, kita ni kan org islam...

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.