Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday, 8 May 2015

PAKATAN RAKYAT MENANG DI PERMATANG PAUH, TAHNIAH PAS!

Parti yang menang PKR, kenapa tahniah kepada PAS?

PKR ATAU PAKATAN RAKYAT YANG MENANG?

Jika kita lihat data di atas, mana ada tulis PAS? Pakatan Rakyat pun tiada.

Habis? Kenapa beri tahniah kepada PAS?

Cuba lihat gambar-gambar di bawah:

WAN AZIZAH DIAPIT PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT. ADA ORANG HILANG KE?

AKTIVIS PAS INI DARI SELANGOR. JAUH TUU..!

TIMBALAN PRESIDEN PAS PUN TURUN PADANG

NAIB PRESIDEN PAS JUGA SPORTING MENYOKONG PAKATAN RAKYAT DI PERMATANG PAUH

KETUA PEMUDA PAS BERKEMPEN DI PERMATANG PAUH, TAPI APA DIA DAPAT?

EKELEH, ORANG SIBUK BANTAH GST, APA DIORANG BUAT?

SOKONG JANGAN HUKUM SECARA TERBURU-BURU, TAPI YANG HUKUM DUA ADUN SELANGOR TU MACAM MANA PULAK?

Begitu banyak ragam yang kontra supaya tidak memberi kerjasama kepada PKR - tidak berusaha memenangkan Pakatan Rakyat; tetapi pemimpin PAS terus istiqomah, turun membantu. Begitu juga jentera "human capital" PAS yang ramai berganding bahu dengan rakan tahaluf siyasi, PKR dan DAP - tidak dapat diperincikan seorang demi seorang.

Sebab itu Yong ucap tahniah kepada PAS. Kerana PAS tidak mendengar hasutan puak-puak tertentu yang sedang berebut jawatan di dalam parti. 

HOKKALOH!

Ya! Yang kalah sebenarnya bukan UMNO. Parti itu tetap berkuasa di Malaysia. Tetap sedap mengambil duit KWSP dan Tabung Haji. Yang kalah ialah pihak yang berusaha keras untuk mengkucar-kacirkan Pakatan Rakyat dari dalam. Yang kalah ialah pihak yang cuba menyelamatkan UMNO dalam saat ia semakin nazak.

TAKKAN KAMU TAK TAHU MANA ADA YANG CERDIK LAGI DALAM UMNO, WEH?

SUDAH LAMA RAKYAT HILANG KEPERCAYAAN, CUMA TINGGAL YANG KELABU ASAP JER

PRK Permatang Pauh menyingkap wajah sebenar mereka yang mengaku "Pejuang-Pejuang Islam" dalam PAS.

TAHNIAH PAS!

TAHNIAH PKR!

TAHNIAH DAP!

TAHNIAH PSM!

TAHNIAH DATO' SERI WAN AZIZAH WAN ISMAIL - BAKAL KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA!

Jangan peduli kepada orang yang suka memperlekeh tahap kemampuan/kebolehan seorang perempuan!



12 comments:

  1. Salam yong,
    Demer akn ttp brusaha utk pecah belah kn pr yong..Ahli majlis sorga la kata kn..bebas utk buat ape saje. Kalo org lain dh jd barua tu yong..ahli neraka la jwb nyerr..getik teman nengok nyerr..hisshhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sam Sung

      Oleh kerana itu Yong tetap akan menentang demer. Tak kira dia ulama brand donia ke apa.

      Delete
  2. benar ke layak ni, kalu sebab bini nuar je tk payah lah yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya kalau bini Najib jadi Ketua Pembangkang kamu tentu suka yer. Tunggu PRU14. InsyaAllah terjadi.

      Delete
    2. Layaklah sbb dia ahli parlimen... ngko meroyan kenapa?

      Delete
  3. Rakyat semakin menyampah dengan Umno, jadi sesiapa yang bersama-sama dengan Umno InsyaAllah rakyat akan tolak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuburkan sahaja geng-geng pro UG yang masih hidup dalam PAS.

      Delete
  4. heran aku ug ni tak wujud dlm perjuangan pas tapikenapa puak pkr dan dap label pd golongan ulama pas.oh ye khalid berahim pun hangpa fitnah apa pulak tghh.sebijik perangai umno

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ajak aku nk Ajak ko minum air zam zam

      Supaya badan ko bebas dari minuman ketum tempohari

      Di Perak bukan UG?,,, takkan ustaz Ahmad Awang nak bohong?

      Di Selangor bukan UG?
      Takkan hassang mangkuk ali kena pecat?

      Ajak Razak pajak bajak... Apa apa la nama mak ko bagi... Mai bawak mengucap ... Jgn istiqomah mcm Haji Najib jer... Habis duit tabung Haji dah kena saji serigala

      Delete
  5. ulamak yg ku hormati TGNA.......

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.