Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday 15 August 2015

SIAPA KATA HARAPAN BARU PINGGIRKAN ULAMA? (GAMBAR).

Gerakan Harapan Baru (GHB), kumpulan yang lahir daripada perpecahan PAS telah menganjurkan himpunan ulama mereka sendiri pada hari ini bagi mencari formula pendekatan Islam dalam bernegara dan melahirkan 'fikah Malaysia'. Himpunan yang dinamakan Nadwah Ulama Nadwah Jadidah 2015 atau Nunji'15 menghimpunkan para ulama dan asatizah (pemberi kuliah agama) untuk mengkaji pendekatan fikah kenegaraan untuk Malaysia. Pada hari ini 15 Ogos di auditorium Perpustakaan Awam Selangor, Shah Alam, GHB menyambung perjalanan di mana 10 pembentang sedang memberikan pandangan masing-masing termasuk ulama dari luar negara (nunji.org). 

Dewan hanya untuk 300 peserta. Tetapi seramai lebih 500 peserta telah hadir sehingga memenuhi ruang di luar dewan. Lebih separuh (lebih kurang 300 orang) adalah ulama.

Ini bukan bermakna selebihnya itu si tongong tak tahu agama. Ini kerana yang hadir juga pemimpin-pemimpin GHB yang telah lama ditarbiyyah dan memiliki pengisian Islam oleh Almarhum, Tuan Guru Yusuf Rawa, Tuan Guru Fadzil Noor dan Tuan Guru Nik Aziz.

NUNJI juga disertai oleh aktivis NGO Islam seperti IKRAM, ABIM dan lain-lain. Mungkin ada yang hadir sebagai individu, bukan mewakili NGO.

Ramai juga yang hadir itu orang biasa yang ingin mengenal kembali Islam yang syumul.  







Ok. Kehadiran bukan puluhan ribu atau ratusan ribu. Tidak seperti Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah yang dibuat di Terengganu. 

Tapi ini seminarlah. Bukan perhimpunan. 

Tahniah GHB. Satu initiatif yang amat baik demi melangkah terus untuk menubuhkan sebuah parti Islam yang membawa Rahmat Untuk Semua.

Ya, masih banyak liku-liku jalan, gunung dan jeram yang harus dilalui.

Tetapi...

Jangan toleh ke belakang lagi.
Jangan u-turn.

Tahniah juga kepada peserta yang sabar.

Terima kasih kepada dpedas fm, kerana yang tidak hadir pun dapat mendengar dengan jelas.



25 comments:

  1. Abim jim ikram bukan ulamak ker???

    Takkan pas sahaja ularrrrmak ???

    Ke camne Yong? Ape kate demer ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Malaysiabaru

      Maaf, Yong sudah update.

      Malahan Ustaz Hasanuddin (Timbalan Presiden IKRAM) salah seorang pembentang kertas kerja.

      Delete
    2. Krn nak sgt tonjol kononnya terlbh parti habis semuabyg hadir dikira sbg ulamak...adehhhh
      Pastu nk laksana hudud byj alasan...padahal utk kelantan jer...kot semua dh setuju terjerat umno...tp dah sama sendiri bercakaran...gelak umno...terima kasih kpd ulamak2 yg membantu umno xnk laksanakan hudud...

      Btw...umno blh bwk lbh ramai lg ulamak klu dia nk...so adakah umno lbh terislam...haru biru cara kau org takrif islam

      Delete
    3. bab hudud ni mainan hadi utk raih sokongan. bila dah menang, hudud pun hilang. pernah dgr hadi hentam umno krn tak bentang hudud di parlimen?

      masa hadi perintah tganu, tak laksana hudud. pas perintah Kedah tak laksana hudud juga.

      Lim kit siang sendiri pergi timur tengah dan dialog dgn pelajar2 agama. katanya di Jordan 99% orang Islam, hudud tak ada. di Mesir, pusat al-Azhar, 95% Islam, hudud pun tak ada. knp di malayia yg Islam 55% sibuk nak laksana hudud? adakah Malaysia lebih Islam dari negara2 yg ulama Malaysia pergi mengaji?

      Syeikh Yusof al-Qardhawi sendiri kata kena laksanakan ekonomi Islam aqidah dulu baru ler hudud. dlm al-Quran ayat hudud diturunkan pada bahagian akhir kenabian.

      selepas dua kali kena kencing dgn umno, si amar kata nak perang besar kalau hudud tak dibentang di parlimen pada oktober ini. Kita lihat senjata apa yg si amar nak bawa pergi perang dgn umno nanti.

      Delete
    4. Mr xyz
      Pemikiran anda sgt cetek. Tidak usah berbicara krn nampak semakin cetek. Byk fitnak perkataan anda dr sumber sebenar. Maaf.

      Delete
    5. Raja sarimah

      Betul per kata abc xyz.
      Terimalah kenyataan
      Ayoh Ping Marang dah tersesat tersasar terbolaah kata oghe pangai timur

      P.s forget about lakonan hudud oleh ayoh Ping Marang... Esok u.s Dollar rm4.88 (rekod 7jan1998) baru tahu value sebenar rakyat Malaysia tidak lebih dari harga seorang (maaf) pelacur Vietnam... Puan raja ko tanya berapa harga anak tan Sri yg dah bankrap dek harga saham jatuh dan harga ringgit jatuh ? Beli anak dpt ferari percuma... Nk bayar margin call mingu depan. !!!

      Delete
  2. Jenuh aku besorkan gambarnya tercari-cari ulamaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu cari ostad Mokhtar Senik mana nak jumpa. Harapan Baru tak iktiraf Mokhtar Senik sebagai ulama pun.

      Delete
    2. Semua yg dtg tu ulamak kapak oooiii sbb nk gah kami pun byk ulamak....pada otak mereka ramai ulamak hebatla islam kami nk bwk...nnt esok lusa kjaam bn buat ijtimak dan jemput tamai lagibulamak....ahh sudah...sape lagi islamik klu gitu...hahahahahahaha

      Delete
  3. Maaf yong, mokhtar senik dia mimpi dia ulamak.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhvyea ikut ghb kaubpun ulamak auta tatboos...handal kau...

      Delete
  4. Pudin nasution x join jd pserta ke???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yong tak kenal Pudin nasution. Tapi kalau ikut nama Nasution itu adalah marga dari suku kaum Mandailing. Kebetulan ipar Yong dari marga itu.

      Tapi kalau Saifudin Nasution, setahu Yong dia pemimpin PKR. So, jangan tanya Yong dia ada di NUNJI 15 atau tidak.

      Delete
    2. Klu pudin dtg dia pun ulamak...tgkla member irc ke...ikram ke...xpun mmt kita daftarla nama dia dlm ngo mana2...ulamak jgk...klu pas ek jgk...pasma pun kami kira ulamak jgk...amacam...best xXjoin ghb byk ulamak

      Delete
  5. Apa kata dap yong? Depa benarkan ulamak dlm ghb ke?ulamak terompah kayu senang je dibeli..janji wang besar (amno stail)..ghb perosak dicucuk (fund injection by dap)..setia bersama pas, tolak liberal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. penyakit PAS amat parah, org lain semua tak betul. budaya PAS sebiji macam syiah. bye bye PAS. org kedah dah tak caya PAS, dah talak 3. bye bye

      Delete
  6. SOP baru PAS.....hujah tarak....cam budak kecik masok kencing merata blog...tapi sayang....low class.
    Kalu setakat 4 thanawi byk lg kena blajo ya akhi....antum smua ni masih baby baghal.lg....
    errr....tau Arsb...anta ana dah cukup syarat masok syurgs ke

    ReplyDelete
  7. Tak pe lah yong.. semoga ulamak2 GHB akan dpt mengangkat islam lebih tinggi di tempat yg sepatutnya.. spt hukuman hudud misalnya.. tapi jgn lupa.. bab ni kena mintak kebenaran LGE dan LKS dulu..

    ReplyDelete
  8. salam yong,, alhamdulilllah Nunji berjaya.. kenapa puak pascai walaun hadi al-kazzab meroyan komen kat sini? Dato saifuddin yg takda kena mengena pun dgn nunji dilibatkan.. tak sedar ke diorg yg dlm kes hadi al-kazzab di mahkamah, hakim mmg kata yg apa yg dituturkan oleh hadi al-kazzab itu berunsur fitnah..walaun jenis lembu kenyang ni... ker guaner ding..?

    ReplyDelete
  9. Biarlah depa memang suka kencing merata2 asalkan depa puas hati nanti kalau dok tahan2 tskut meracau dan meroyan lagi teruk biarlah depa nak lepas tension

    ReplyDelete
  10. En Wan Rosli ngaji kitab kat Rudila kan....brapa ayat Quran bab hudud????...Bab lain dr hudud Quran tak sentuh ke? Hadith Rasul pon bbab hudud saja? Udah le ....grow up......hikmah tu jgn dok sempitkan......jgn dok jadi keldsi Hadi....tempik sana sini ngan tak tau bende...korang nsk nsik bahtera Hadi pi selatan lsutan hinfi lantak korang le....jgn dok sempitkan pandangsn kafir terhadap Islam......dgn kata lain...jgn jadi barua din ayam din helfire din takiri din SUA ....fisoeg dah dspat habuan dunia....ko dpt pe rakat nih?

    ReplyDelete
  11. Naik keldai LGE kau bangga je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semakin hari semakin terserlah kehuduhan kamu Wan Rosli.

      Delete
    2. wan rosli yg mungkin berotak keldai@baghal

      Delete
  12. Bukan Wan.....Din aysm dpt 40k sebulan...tantawi bawak velfire....takiri duta mlm.....nik zawawi bawa merc.....abduh minicooper.....ko dapat pe depa bg...tu je. Yg dok zuhud berkorban ni ahli bawah je....ulamak korang idop bergaya.....
    Pilih2 le imam amir korang tu dikit.....jgn dok takbir bodo je...

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.