Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday 11 September 2015

INI KES TER-APA PULAK?

Mulanya Yong nak tulis cerita lain. Tetapi cerita ini lebih menarik. Ramai Facebooker dan Blogger berkongsi sekeping kertas - salinan surat yang disebut datang dari Pejabat Perhubungan PAS Perak. Takpelah kalau dah tahu. Yong nak tambah cili padi jer:

JEMPUTAN BERDAMAI

Setakat ini salinan surat tersebut telah dikongsi entah sudah berapa ratus kali di Facebook. Surat itu menjemput Nizar hadir di Pejabat Perhubungan PAS Perak untuk "bertemu hati ke hati" bagi mencari jalan penyelesaian kes berikut:

SALINAN SURAT SAMAN NIZAR KEPADA RAZMAN

Puncanya terdapat pemimpin PAS yang pantang wartawan mensua mikrofon, maka dia terus menjadi orator, kerana terlampau ghairah untuk mencantas pesaingnya.

Ingat lagi? Pra-Muktamar PAS ke-61?

Masa itu pemimpin-pemimpin PAS berperang seperti sudah lupa diri. Fitnah, maki hamun dan label berleluasa bagai tiada sempadan akhlak. 

Kenyataan berunsur fitnah tersebut telah disiarkan melalui akhbar Sinar Harian Edisi Perak bertarikh 2 Jun 2015, bertajuk: 

Pendekatan Nizar mirip DAP. 

Laporan tersebut mengandungi kenyataan berikut :

“PAS mendokong Melayu Islam dan sultan tetapi Nizar seolah-olah memandang enteng dan kekal komited dengan periuangan DAP sebagai parti yang menyokong pendekatan Negara secular.”

“Daripada mencemarkan imej parti adalah lebih baik beliau menyertai DAP, kita tak mahu dalam PAS ini dipenuhi dengan individu-individu yang bersifat oportunis dan membelakangkan perjuangan parti”

Akibatnya Nizar menghantar surat saman sebanyak RM3juta terhadap Razman, Pesuruhjaya PAS Perak. 

Khabarnya Nizar enggan membuat sebarang rundingan dan bersedia untuk menegakkan keadilan di mahkamah. Rata-rata pengkomen facebook menyokong Nizar supaya tidak menyelesaikan kes ini di luar mahkamah.

Sama ada surat jemputan "Bertemu Hati ke Hati" itu betul atau tidak sudah tidak ada makna lagi kepada akar-umbi yang meluat terhadap tindak-tanduk pemimpin PAS. 

Pemimpin harus ingat! Netizens mampu menaikkan pemimpin. Netizens juga mampu menjatuhkan pemimpin. Justeru pemimpin harus sentiasa berhati-hati apabila mengeluarkan tutur kata, walau di mana saja.

"The world without borders has no sympathy towards unscrupulous leaders."

Dunia tanpa sempadan tidak memiliki simpati terhadap pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Inilah ruang dan pilihan yang diberi oleh Allah S.W.T. kepada umat manusia untuk mencari halatuju sama ada hendak menjadi baik atau jahat. 

Sekadar peringatan untuk diri sendiri:

Ibn Umar R.A berkata : Saya telah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Setiap orang adalah pemimpin dan akan diminta bertanggungjawab atas kepemimpinannnya. Seorang kepala negara akan diminta bertanggungjawab perihal rakyat yang dipimpinnya. Seorang suami akan ditanya perihal keluarga yang dipimpinnya. Seorang isteri yang memelihara rumah tangga suaminya akan ditanya perihal tanggungjawab dan tugasnya. Bahkan seorang pembantu/pekerja rumah tangga yang bertugas memelihara barang milik majikannya juga akan ditanya hal yang dipimpinnya. Dan kamu sekalian pemimpin akan ditanya (diminta bertanggungjawab) perihal yang dipimpinnya. (H.R. Bukhari, Muslim)

Wallahuaklam.


9 comments:

  1. Surat ini bukti

    Pengokut ayoh hadi Ping Marang

    Memfitnah .. Melabel .... Menuduh ...mencaci.. Memaki... Merogol ajaran islam.. Terhadap sesama islam lain

    Bila KDN nak haramkan amalan sesat ini?

    Cukup fitnah dalam budaya kita!

    ReplyDelete
  2. bagus juga...satu pengajaran untuk kumpulan yang mengaku `ulama`....orang lain semua salah....

    ReplyDelete
  3. boss mulut longkang anak buah mulut storm drain

    ReplyDelete
  4. Saudara Nizar.janagn ada niat untuk mendapatkan ganjaran tetapi niat saman ini adalah untuk mengajar peminpin yang bersatatus ulamak biar meraka sedar mereka ini masih di alam dunia.kalau tidak mereka makin ego dan sombong bodoh

    ReplyDelete
  5. bukan si Razman ni kastam yg baru masok PAS ke. kelas mainan politik dia sampai jd pj dan ajkpp

    ReplyDelete
  6. Mari kita tengok sapa yang kena!!

    ReplyDelete
  7. TuanGuru Hj Razman PJ PUS Perak mohon maaf klau DS Nizar tersinggung ..Hooii tok guru ! .. tk payah laa mnta maaf..hukum/bagi la fuckwa kaw2 kt DS Nizar tu untuk cari keredoan ..
    tadah songkok cari derma juta2 untuk bayar samaannnn ..

    ReplyDelete
  8. yg hebatnya badan perhubungan PAS tu boleh beri arahan tarikh nak jumpa.....SAPA NAK JUMPA SAPA TU YOP.......kalau kita perlu jumpa orang biarlah orang tentukan masanya....kurang adab tu....

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.