Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday 11 September 2015

MOHON JANGAN SENTAP!!! .... BEGINILAH SAMBUTAN DIBERIKAN OLEH ANAK-ANAK MUDA DI HIMPUNAN ANAK MUDA ISTIQAMAH (HAMASAH 2015) DI PASIR PUTEH KELANTAN

Mohon lapor berita yang benar.

GAMBAR DIAMBIL OLEH DRONE (1)

GAMBAR DIAMBIL OLEH DRONE (2)

Berita Asal:

Puluhan ribu sertai Himpunan Anak Muda Istiqamah 
ASLANI M | 11 September 2015.

GAMBAR HARAKAH

PASIR PUTEH: Puluhan ribu anak muda menyertai Himpunan Anak Muda Istiqamah (Hamasah) 2015 di padang Majlis Daerah Pasir Puteh petang ini. 

Padang sendat dengan kehadiran anak-anak muda dari seluruh Kelantan. 

Ramai yang datang berkonvoi motosikal. Himpunan anak muda bermula jam 8 pagi dengan acara pertama himpunan pendekar muda. 

Program petang ini yang bermula jam 5.00 petang tambah meriah dengan kehadiran Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. 

Hadir sama Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, timbalannya, Muhammad Khalil Abdul Hadi, naib Khairil Nizam Khirudin dan Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari serta anggota exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood. 

Pagi tadi turut diadakan program himpunan guru-guru Pasti, pembahagian beras al-itaam, persembahan motosikal kuasa besar, pertunjukan autoshow dan pelancaran ARC Kelantan oleh Abdul Fattah. - HARAKAHDAILY 11/9/2015 

Penulis Harakah ni wartawan. Tentu ada etika kewartawan - melapor fakta. Lainle macai atau bekerja dengan Utusan Meloya atau Berita Hairan

Mohon jangan sentap. Lapor saja berita yang benar.

********************

UPDATE

Ikut suka la...nak percaya atau tidak. Ini Yong sedekahkan lagi 1 gambar:

PANDANGAN PADANG YANG SENDAT?

Siapa yang sedang berucap tu erk?

Ribuan dan puluhan ribu itu tak sama taw.

21 comments:

  1. Yong

    Termasuklah blogger PKR penyokong totok Khalid sekarang nampak kutuk PAN dan menggambarkan pula PAS sebagai amat perkasa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mountdweller,

      Hahaha...Tentu miker perasan tajuk N9 ini pun Yong ciluk dari dia, sebagai "penghargaan."

      Delete
  2. Pkl 5 program petang majlis baru bermula lepas solat asar.. pasti ramai yg masih dlm perjalanan.. ingat yong.. kalau betul2 tak ramai.. selamat.. kalau sebaliknyer jwb ye kat sana nun nanti!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wang besar wang besar wan rosela

      2.6b kongsi dgn pas.nak tak?

      Delete
  3. Sudahlah kau Wan Rosli sebenarnya program tu belum berjalan sepenuhnya.yang masih dalam perjalanan dari Kual Lumpur masih belum smapai .baru bertolak lepas zohor nanti sampai disana waktu isyak .lepas isyak baru orang ramai dan dah gelap .nak ambil gambar tak terang ,betul tak Wan Rosli.kita tipu sikit bukan Yong tahu pun ,yang tahu kau aje,

    ReplyDelete
  4. Wan Rosli, ko tak baca ke ayat pertama laporan harakah tu iaitu "puluhan ribu anak muda menyertai Himpunan anak muda Istiqamah (Hamasah) 2015 di padang majlis daerah pasir puteh PETANG INI". Key word nya adalah "petang". Bermakna wartawan Harakah kata petang tu je sudah ada "berpuluh ribu" tapi tengok dari gambar hanya ribu shj (ribu dalam erti kata lebih dari seribu tapi kurang dari 2 ribu). Ini secara langsung menunjukkan bahawa wartawan Harakah sudah tidak melaporkan kebenaran. Err...tipu lah tu.

    Kau pulak berhujah yang program tu baru je bermula lepas Asar so ramai belum datang dan on the way. Betul ke atau nak tipu je? Kalau nak tipu pun, kau seolah2 telah mendedahkan bahawa perangai ahli2 PAS ni memang tak reti menepati masa. Program start lepas Asar tapi "puluhan ribu" masih dalam perjalanan? Menepati masa dan istiqamah ni bukan actually akhlak ahli2 PAS? Sentiasa lewat menghadiri majlis parti dan kurang istiqamah sebab tak terlior nak datang awal2 ke majlis? Seorang dua mungkin boleh terima lah alasan lewat dan on the way tapi puluhan ribu?

    Terus terang je la..bahawa waktu Hj Hadi tengah berucap pun, anak2 muda yang ada cuma seribu lebih kurang je.... Tak payah lah nak julang Hj Hadi dengan mengeluarkan cerita yang tak betul. Gambar drone no 1 tu jelas menunjukkan jumlah sebenar kehadiran anak muda sewaktu Hj Hadi sedang berucap. Takkanlah anak2 muda yang menyanjung dan memuja Hj Hadi datang lewat dan on the way sewaktu "Ulamak ulung" sedang berucap? Takkan kot? Atau dalam fikiran puak2 walaun je yang masih berangan2 yang Hj Hadi dan PAS ni mendapat tempat di hati anak muda, realitinya tidak?

    Ulamak2 PAS ni sedar ke idak yang anak2 muda sekarang bukan sahaja minat kepada Islam tapi mereka juga mempunyai kefahaman dan pengetahuan yang tinggi ttg Islam...islam yang sebenar dan bukan Islam "ketuanan melayu=ketuanan islam" yang cuba dibawa oleh UMNO ataupun islam "aku ulamak besor maka fahaman islam aku je yang betul" bawaan PAS. Sedar le !

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  5. Hudud tolak tepi sokong...baiah langgar sokong...berdada dgn amoi sokong...boleh amik persaksian ke?

    ReplyDelete
  6. Cadangan..untuk Yong..lain kali minta dri blogger lain yang mesra PAN..ambik awal lagi gambar seperti di atas... tu pun kira dah ramai sangat tu Yong... buat jangan x buat Yong...

    ReplyDelete
  7. Ikutmu la Yong...hamba nasihatkan aje..... mu nak porpa..ikutmu la Yong...

    ReplyDelete
  8. Hmm..
    Harakah pun dah jd mcm utusan ke?
    Subky latif pun dah jadi mcm awang selamat aku tengok..

    ReplyDelete
  9. OPOCOT!!!

    terkezut den. ingat ini blog abahku sbb cerita ni aku tgk ada dlm blog dia.

    sesaat aku ingat yong ni admin blog abahku. mana ler tau? punya byk blog yg nak update boleh sampai tersilap update cerita lain kat blog lain.

    skrg ni blogger buka byk blog. blog A dia sokong. bila kat blog B dia hentam. pukul keliling.

    bacalah luahan hati seorg ahli akademik.:

    Tetapi apabila saya menegur sedikit sebahagian ustaz-ustaz PAS atas satu isu akademik. Maka saya terima labelan: Agen umno, ilmuwan cari makan, ilmuwan jaga periuk nasi, agen Ulama Muda Umno, ilmuwan tidak adil. Yang paling memeranjatkan ialah saya dituduh agen IKRAM sedangkan demi Allah saya bukan ahli IKRAM apatah lagi masuk usrah mereka.

    Saya menung seketika.

    Jika inilah sikap orang yang mendabik dada sebagai pejuang Islam maka saya rasa teramat dukacita. Saya bimbang jika anda memerintah negara maka tiada ruang untuk ahli akademik seperti saya menasihat anda. Saya bimbang bila anda berkuasa saya akan dihalang dari mengutarakan pendapat ATAS NAMA AGAMA. Saya terbuka untuk kita berbeza secara ilmiah. Tapi bukan dengan sangkaan buruk dan persepsi negatif begini.

    Maka saya menjemput mana-mana pimpinan PAS terutama Ust Zaharudin Muhammad atau Ust Ahmad Hakimi dari Kuala Selangor untuk kita berwacana membincangkan isu makna Jamaah Muslimin yang menjadi polemik antara saya dan anda.

    Akhukum fillah

    Dr. Rozaimi Ramle

    ReplyDelete
  10. Anak-anak muda Melayu Islam nampak saja macam kuat Islam dan tinggi pengetahuannya tetapi iman dan kefahaman mereka cetek!!! Vision dan t kebolehan membaca dan menilai tingkah laku langsung nadak!!! Hancus!!!

    ReplyDelete
  11. Salam Yong..

    Nak confirm.. gambar drpd Harakah yang Yong tunjukan ni drpd Harakah betul ka? Sebab tak nak fitnah....
    Sebabnya, kalau Yong tengok betul-betul, bahagian penonton yg belakang-belakang tu telah diedit. Pixel dah lain berbanding daripada pixel gambar penonton di hadapan...
    Depa saja nak dengki ngan Yong kot .... (ambil positive)

    ReplyDelete

  12. Apa yang di sibukkan.

    Suka hati saya lah nak datang ke tak nak datang.....

    ReplyDelete
  13. Yg hadir pun budak2 sekolah kena paksa hadir oleh ketua pemuda pas kelantan...sanggup keluarkan surat arahan kpd sekolah2 dah jadi mcm umno sebijik.

    ReplyDelete
  14. Blogger ni penyokong 'berlaga dada dengan amoi', hahaha.. Dengan PAN, semuanya ditanggung halal!

    ReplyDelete
  15. ha..ha..ha..northern lion ka, anon ka, wan rosli ka..semua takde hujah dan takde modal nak balun orang2 yang sokong kepada Amanah dan kebenaran melainkan cerita pasal "berlaga dada dengan amoi", babi DAP, tolak hudud dan yang paling korok bai'ah talak 3 (kalau masuk amanah jatuh talak tp kalau masuk PKR...elok sebab takut jawatan hilang kat selangor)... nampak beno PAS dah jadi macam UMNO sebab macai PAS pun dah seropa je dengan macai UMNO, semua takde hujah asyik spin benda yang karut/lucah pastu berlagak alim2 kucing gitu... Kalau korang masih nak ikut formula yang dipakai oleh macai2 UMNO, korang pun akan ditolak oleh rakyat... Korang nak ikut gelagat parpukari atau mamat bekas sarjan yang kena saman (pastu kalah) sebab buat cerita lucah...yang jijik den nak sebut nama dia?...hishhh....

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  16. Nampak macam ramai je yg kutuk TGHA kat atas.. segala hujah2 yg dibawa nampak macam "betul" aje lalu kelihatanlah seolah2 mereka mewakili majoriti org melayu tak suka PAS dan tak sayangkan TGHA!!.

    Tapi hakikatnya bila TGHA kata jgn kerah org PAS turun Bersih 4, hanya 10% atau kurang org melayu yg turun. Itu belum lagi TGHA bertindak mengharamkan org PAS turun Bersih 4.. aku rasa hanya tinggal 1% shj org melayu sertai Bersih 4.

    So tak de makna lah kat atas tu nampak macam ramai tak syg TGHA tapi hakikatnya mereka hanya mewakili suara 1% melayu shj.. simpati buat Parti Kuali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu kira dlm gmbr tu 99% org melayu la ekkk..kikikiki..ulamak carut2 yg ko ikut..kahkahkah

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.