Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday 9 September 2015

PAS DAH BAGI JAWAPAN, JANGAN MENGKOMER NAK MEROYAN LAGI

Susah payah ustaz-ustaz dalam PAS ini merancang dan melaksanakan rancangan itu dengan begitu jijik untuk menyingkirkan golongan progresif. Akhirnya ramai-ramai diorang diterajang dalam Muktamar ke-61.

MASIHKAH KAU INGAT? (YSK)

Takkan sekarang nak jadi geng balik semula?

RISIKAN DITOLAK (SINAR HARIAN)

Lupakan saja. Orang dah tak ingin. Jangan PKR dan PPM (AMANAH) yang jadi muka tak malu merayu-rayu kepada PAS pulak.

Dengar cakap akar umbi! Kami yang akan pacak bendera dan merayu undi nanti!

JUMPA PAS BUAT APA? (SINAR HARIAN)

Ok. Komer kata ini strategi politik jer. Ajak-ajak ayam jer. Bukan ajak-ajak panda. Sebab, kalau dari rumah sebelah tu memang ada ajak-ajak panda.

Maklumlah, duit derma RM2.6 billion dalam tangan. Entah tangan siapa. Yang pasti bukan tangan PKR, DAP atau PPM (AMANAH). 

PM 1Malaysia belum bagi tahu tangan siapa pegang duit ini walaupun 1Dunia pun mahu tahu.

SIASAT, JANGAN TAK SIASAT (TI) 

Pemimpin mesti ada harga diri.

Er...harga diri tak sama dengan ego yer....!

ERR...BETUL KER? (TMI)

Siapa le yang jaga RUU (hudud) PAS ni? Lembab sungguh!

Adakah Himpunan Baju Merah ini buat PAS sibuk sampai tak sempat urus usul RUU tersebut?

9 comments:

  1. Bukan ke PAS sendiri bertegas akan masuk bertanding disetiap kerusi yang di tandingi DAP? Bukan ke PAS mempunyai sejarah mengingkari dan melanggar janji dengan meletakkan calon di kerusi2 yang telah diagihkan kepada PKR? Bukan ke PAS yang selalu mungkir janji iaitu bersetuju dalam mesyuarat Presiden PR pastu keluar je dari bilik mesyuarat tak bersetuju dengan apa yang diputuskan dalam mesyuarat sebelumnya? Inikah geng yang nak di jemput masuk ke dalam PR2.0?

    Nak jemput pi tengok bola mesia lawan UAE pun den ragu2 pasal tak pasti dia ni ikut sokong pasukan yang den sokong sebab mana tau tetiba bila pasukan Mesia den kena belasah 0-10 PAS ni jadi penyokong tok arab UAE. Bukan boleh harap diaorang ni....ye la..kan bagi diaorang, suma yang ada kat negara arab tu alim ulamak walaupun pi sana dok amik jurusan sastera ke pentadbiran ke atau perakaunan ke atau pi kerja kat construction site ke... asal balik dari timur tengah je..suma nye ulamak beso!

    Satu lagi, nampak beno yang Tuang Presideng tu benci dan dengki sangat kat DAP. Geram benor dia pasal orang melayu ramai berjinak2 dgn DAP tapi secoet je yang teruja nak duduk dan caya kat cakap2 Tuang Presideng. Patutnye muhasabah diri dan lihat apa kelemahan yang ada kat diri dan parti yang menyebabkan orang melayu tak terlior nak masuk PAS. Jangan kerana benci dan dendam lupa tanggungjawap sebagai pendakwah yang wajib menyeru Islam kepada bukan islam.

    Ni tak asyik2 cerita kafir, sesat dan talak baiah yang ditujukan kat saudara seislam sendiri. Dengan perangai dendam, suka bermusuh dan tiada langsung perasaan ihsan sesama manusia, mahu ke orang2 bukan islam n dengan Islam iaitu islam yang ditunjukkan oleh PAS? Selama berdekad2 PAS ni wujud dah berapa puluh ribu orang masuk Islam kerana terpesona dengan akhlak orang2 PAS? Atau dengan adanya "puak2 progresif" baru le orang2 bukan islam berjinak2 dan rasa tak takut dengan Islam apatah lagi PAS? Agak2nya lepas terajang dan sumpah seranah "pihak progresif yang dituduh munafikdan sekular" makin berduyun2 orang2 bukan islam masuk DPHH sampai tak cukup borang? Iye kot????

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  2. Maaf Yong

    KAMI DARI AGEN PERISIKAN DAH TAHU SIAPA HADI DAN APA AGENDA HADI

    MATLAMAT UTAMA.UNTUK PECAH BELAHKAN PAKATAN

    MATLAMAT KEDUA KERJASAMA DGN UMNO

    MATLAMAT KETIGA UNTUK KUASAI SUMBER KEWANGAN

    MAYLAMAT KEEEMPAT-,KESEMBILAN ADALAH RAHSIA

    MATLAMAT KESEPULOH ADALAH HUDUD.. itupun sudah pasti tak lulus di parlimen...

    Nampak tak agenda HADI

    Kalau azming tak nampak... Tak tahulah

    ReplyDelete
  3. Salam yong:

    Salute susunan cerita menarik dan berfakta,

    wassalam

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Yong

    Nak meghoyan buat meghonjang hape? Biyo dilantaknye le demer nak teghojon dengan labu, kutkut boleh timboi lagi. Cume nak bekabo sikit, 'ajak-ajak panda' tu festime ini le baghu teman dengonye, kah kah kah...

    ReplyDelete
  5. Hairan saya memikirkan hal si Azmin ni yang masih mengharapkan agar PAS-CHAI menyertai PR. Agak nya dia sudah lupa atau buat buat lupa akan kelakuan si presiden PAS-CHAI tu atau ada apa apa perjanjian di antara dia dengan yang suka mengeluarkan kata kata TOLOL, BARUA dan yang seangkatan dengan nya.

    Bukan kah DAP sudah tak ingin kan PAS-CHAI, kerana dia sendiri yang menendang keluar DAP sapertimana di "MENENDANG KELUAR" gang 18 dulu. Mengapa pula pipi si Azmin tersorong sorong atau dia mengharapkan agar PR menjadi porak peranda buat kali kedua lot!!!

    ReplyDelete
  6. Assalam Yong.. dah kaji ke bilangan peratusan melayu Bersih 4? Kalau belum x pe la sy paham kenapa yong tulis cuba memperkecilkan TGHA..

    ReplyDelete
  7. azmin mb lantikan sultan. pkr dan dap tak calonkan. hanya pas saja yg namakan dia dlm cai utk istana.

    sedikit sbyk azming terhutang budi pd hadi. krn itu agaknya dia beriya2 sangat nak bersama pas. tak plik kalau dia sanggup tendang dap.

    hadis berkaitan dgn dipatuk dua kali ini patut jadi sandaran.

    kalau pkr degil masih ingin bersama pas, jgn marah kalau ahli2 pkr berbondong2 pula keluar masuk parti yg lebih Amanah.

    ReplyDelete
  8. Langgar sumpah sebagai langkah pertama kira AMANAH ker ? huhuhuhu..

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.