Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 29 March 2014

APA LAGI SELEPAS BELASAH DR MAHATHIR? (VIDEO)

Sebelum ini macam-macam Dr Mahathir dan blogger koncunya mengkritik Najib dan kepimpinannya. Tapi Najib tak dapat jawab. Tak ada cara lain yang boleh dilakukan lagi untuk pertahankan diri. Burukkan saja Dr Mahathir. Kalau ada peminat-peminat mantan PM itu dalam MT UMNO, demer terpaksa fikir 100x sebelum cuba menjatuhkan Najib.

Dedahkan kesesatan dan kezaliman Dr Mahathir.

Sesat, kerana Dr Mahathir menyokong Kassim Ahmad.

SUMBER ASTRO AWANI

Tangkap pelopor anti Hadith Kassim Ahmad, kawan baik Dr Mahathir! 

Malang bagi Najib, penahanan Kassim Ahmad langsung tidak menarik perhatian media sosial pro-Pakatan Rakyat. Bagi kami, JAKIM memang patut tahan Kassim Ahmad sejak lama dulu...Cuma JAKIM lembab, seperti selalu...

Nampaknya skrip memburukkan Mahathir melalui Kassim Ahmad kurang berkesan. Maka perlu ditambah lagi sub-plot...

Kali ini Dr Mahathir dituduh menipu semasa pembunuhan 14 orang aktivis PAS di Memali. Dia mengaku berada di China, sedangkan dia di Kuala Lumpur, Kata Musa Hitam. Lihat video di bawah:

 

Golongan pro-Mahathir dengan cepat menuduh Musa Hitam berbohong kerana Dr Mahathir dikatatan berucap di Qing Hua University, Beijing pada 22 November 1985:

BUKTI MAHATHIR BERADA DI CHINA

Peristiwa Memali berlaku pada 18 -19 November 1985.

Berapa lama masa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing? Dalam 6 jam. Dr Mahathir dikatakan berada di China pada 20 November 1985. Sebelum itu Dr Mahathir dikatakan berada di Jepun.

Setelah 30 tahun mengapa sekarang baru Musa Hitam bersuara? Ceritanya dah jadi century eggs.

By the way, kalau Musa Hitam tak bohong, siapa yang bercakap dengan dia di Kuala Lumpur kalau Dr Mahathir di luar negara? Hantu raya?

Tolong ye...Yong bukan sokong Dr Mahathir. Yong tidak kata Dr Mahathir tidak perlu bertanggung jawab terhadap peristiwa berdarah Memali. Yong tetap sokong kebenaran.

Setakat ini kebenaran dakwaan Musa Hitam Yong tidak nampak...

Pakatan Rakyat tak payah lah nak teruja sangat mendengar dakwaan Musa Hitam ini. Itu perang dalam UMNO. Bior demer bergasak.

Kita jangan nak sama mabuk ketum dengan gerombolan...

Fokus pada sekarang!

Kenyataan Najib penerbangan pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi terlalu banyak lubang dan sukar dipercayai. Pembangkang bising di Parlemen. Media sosial gelakkan bomoh 1Malaysia. Waris juga marah. China nak boikot Malaysia. 

Pendeknya Najib diasak dari segenap sudut.

Maka pandangan rakyat perlu dialihkan... Alih dari MH370 ke Kassim Ahmad - ke Memali... dan...entah ke mana lagi lepas ini...

Yong bukan tidak simpati dengan waris aktivis Memali yang telah pergi...Tapi, mendakwa Dr Mahathir tidak ke China tidak akan membawa kita ke mana-mana kecuali kita menang dalam PRU.

Sejarah yang benar tidak akan dapat ditulis selagi BN berkuasa.

Kalau pemimpin PKR dan PAS asyik tikam-menikan antara satu sama lain, asyik berebut kedudukan sedang diri sebenarnya tidak layak, bilakah kita boleh menulis sejarah yang benar itu?

Fokus pada sekarang!

Regressi hanya membawa kesedihan. Regressi tidak akan membawa kita ke hadapan.

LAWAN TETAP LAWAN!

5 comments:

  1. Salam...tak padan dengan POMPUAN lah YONG nih...BETUL BETUL BETUL..Abang Tok Janggut SETUJU...jangan kita mengHILIR SEJARAH...tetapi kitalah mengHULUkan Sejarah...OK abang Tok ...gi dulu yerk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tok Janggut

      Ikutkan penjajah, Maharajalela Perak dan Pitung itu pembunuh. Tapi kita tulis sejarah sendiri kerana kita kata demer hero. Sejarah wajar dibetulkan, walaupun pahit. Noktah.

      Delete
  2. apa yg dikata ada kebenarannya tapi apa yg nak diperkatakan olih tun musa adala bahawasanya yg si mulut longkang kandang babiey paya mengkuang mamak madey ini adala sepecies yg paling merbahaya , licik , kaki belit hinggakan anakonda pon mati dibelitnya, brape ramai org melayu secara tak sedar terbatal pegangan akidah mereka, berape ramai umat melayu yg dah jadi anti hadis, berape ramai org melayu merempat tak dapat beli rumah berapra byk ic dah di berikan pada kaum sejenisnya..jika difikir halus si mamak madey ini sangat membenci bangsa melayu secara kita tak sedari betapa ramai alim ulama yg lebih takutkan dia dr allah swt..nauzubillahminzalik semoga allah lindungi kita daripada sepecis2 dajjal ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam opisboi

      Walaupun Yong sangat tak gemor mamak Mahathir dan tahu dia amat licik, tapi bukti fisikal tidak memihak kepada Musa Hitam.

      Walau bagaimanapun Yong setuju ramai tok "alim" yang terpedaya dengannya. Malahan DSAI sendiri pun pernah terjatuh ke dalam longkang taiknya.

      Apapun, cerita Mahathir tidak pergi ke China semasa peristiwa Memali ini sebenarnya sudah lama menjadi "open secret" kerana ramai yang bersosek-sosek mengenainya. Musa Hitam hanya buka sebahagian lagi dimensi dalam open secret ini.

      Tapi kalau kita sendiri terpedaya dengan tipu helah UMNO sehingga timbul cerita pil kuda, islam liberal dan sebagainya, dapatkah kita mengalahkan dajjal ini?

      Delete
  3. Tun dgn Tun punya fasal, kita pula dikatunkan. Sebaiknya satu Tun itu saman je Tun yg lagi satu. Ini yg kita hendak tonton.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.