Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 8 September 2015

PAS NAK SERTAI PERHIMPUNAN APA? (UPDATE)

Boleh sesiapa sahkan berita ini?

PERHIMPUNAN INI HARAM, WEH! (ASTROAWANI)

Biar betul! Presiden PAS ni tahu tak polis sudah membuat kenyataan tidak membenarkan perhimpunan baju merah ini?

TAK BOLEH, KATA POLIS (MALAYSIA CHRONICLE)

Ingat lagi dulu, apa alasan Presiden PAS ketika enggan turut serta Bersih 4. Lupa? Takpe. Ini Yong terbitkan semula video yang pernah Yong terbitkan dulu.


(Ada orang padam video di youtube. Takpe, ada di bawah.)

Apakah alasan Presiden PAS?

Ada 3 alasan utama:

1. Pada perhimpunan Bersih 4, PAS tidak jadi kepala. PAS tak mahu masuk lubang bewak.

Himpunan Melayu Bersatu ni PAS jadi kepala ke? Setahu Yong yang jadi kepala ialah Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar Jamal Md Yunus.

2. Banyak yang dibuat dalam Bersih masa lepas tidak sesuai dengan akhlak Islam. Kalau ikut, maka akan turut berdosa.

Geng Baju Merah ni ikut akhlak Islam erk?

Yang ini contoh aksi geng baju merah, ikut sejarah masa lepas. Wah! sungguh tinggi akhlak demer erk (gambar hiasan):



3. Bersih berlawan dengan kaum bangsa sendiri. Berlawan dengan polis, bukan dengan UMNO.

Habis tu, bila polis sudah buat larangan, tapi nak berhimpun juga, bukan lawan polis ke?

Beberapa hari sudah Nasrudin Hassan telah membuat kenyataan begini:

TAK IKUT DEMO, KATANYA (SINAR HARIAN)

Nasrudin Hassan ni tak walak ke apa?

Kita semua tahu Bersih4 telah berlalu dengan aman. Hanya ada seorang macai UMNO yang cuba menimbulkan provokasi, tetapi gagal.

Video yang dipadam, masih ada:

https://www.youtube.com/watch?v=JMuqWztBPUk

Beginilah akibatnya apabila Presiden parti sudah terputus komunikasi dengan apa yang sedang berlaku di sekeliling dan senario di negara sendiri. 

9 comments:

  1. PAS lagi ker...

    Seriously Yong,,kome dah lupa ada party bernama Pas..

    Sekarang tengah HOT party amanah...

    Pas nak deml ke tak nak demo ker nak terjun bangunan ker itu Pas pis pus punya hal... Pas bukan lagi pakatan ataupun pembangkang..

    Maaf sgt sgt Yong tapi kome tgh 'stim' dengan perkembangan AMANAH !

    ReplyDelete
  2. Geng Wala' pasti ikut saja tanpa banyak soal..yang penting mesti wala' kat presideng.

    ReplyDelete
  3. Mari kita tengok, sapa yg kena pil kuda!!!

    ReplyDelete
  4. cantekkkk sangat le tu....lepas ni lagi ramai akan keluar PAS...

    ReplyDelete
  5. Semua sudah gila.ubat sudah habis di pasar.oksjen tak masuk dalam kepala,semua sudah jadi sasau.

    ReplyDelete
  6. Haru biru puak ni...sorang cakap tak akan sertai, tok ketua pula cakap "gumbira gumbira....tak risau lawan polis, tak risau serta tidak menolak kemungkinan untuk turut serta....bergantung kepada supply pil kuda yang mencukupi...

    Anyway lantak kau orang la nak join geng ikan bakar dalam perhimpunan atau tidak...langsung tak ada sebarang emosi atau membawa sebarang makna kepada diriku. As far as I am concerned, you are long gone and not a single minute I ever regret or missing you.....

    Apa punya bengong sampai perlu buat kajian nak tahu tujuan perhimpunan itu. Meh aku cakap...Perhimpunan tu kan Haji...adalah diusahakan oleh Ketua Bahagian Ikan bakar dengan kerjasama kumpulan Penari Punggung untuk mengampu bapa perasuah bernama Najib...takde kene mengene dengan perpaduan Melayu atau memertabatkan Islam dan sebagainya...Haji mengaji sampai ke Timur Tengah dan dah tua bangka dengan pengalaman tak boleh baca ka???

    ReplyDelete
  7. PAS nak sertai perhimpunan BAIAH ..peserta hanya untuk yg telah buat baiah wala' & cerai bini saja.. . peserta akan melaungkan baiah baiah baiah.. dataran merdeka jadi dataran baiah.. pasarseni pasar baiah.. sogo jadi sogo baiah..
    peserta hanya digalakkan membawa air jampi@air zam2 buah kurma yg boleh dikongsi sama dgn abang2 polis..baiah baiah baiah baaaaaaiiiiaaaaaah

    ReplyDelete
  8. Tuang Presideng cakap tidak menolak kemungkinan, Ketua penerangan cakap tolak pulak! Sama macam BERSIH dulu, Tuang presideng cakap ditegah ahli2 PAS ikut serta sebab ego dia tak bagi tp bila ramai rakyat terutama orang melayu ikut serta ...tepaksalah ketua penerangan buat cerita fiksyen bahawa ahli PAS tak dilarang serta demi untuk menutup kemaluan mereka dan demi menyembunyikan pendirian mereka yang sudah tidak selari dengan kehendak rakyat.

    Apa2 pun, apa yang nyata adalah PAS sebagai parti politik sudah menjadi bahan lawak dan komedi rakyat. Dibawah Diktatorship Hj Hadi dan juak2nya, PAS sudah hilang relevannya kepada rakyat dan yang lebih buruk, PAS sudah hilang kepercayaan dan keyakinan rakyat akibat kelam-kabutnya bacaan politik Presiden mereka yang selalu U-turn, konar baring dan menyalahi persepakatan. Ahli PAS mungkin mendewa dan menyanjung Hj Hadi tapi bagi rakyat Hj Hadi ni bukan PM material and also not even MP material. Sebagai tok guru yang bagi kuliah kat masjid, tiada siapa yang menyangkal ketokohannya tapi sebagai bakal Pm ataupun ahli politik, tiada siapa yang yakin mahupun percaya dia berkemampuan. The truth hurts but then again, I'm not a walaun!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.