Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday 20 November 2015

HARUM MANIS JADI OREN DI POKOK SENA

TAHNIAH!

Walaupun premis berubah, pelancaran PARTI AMANAH NEGARA peringkat Parlimen Pokok Sena berjalan lancar. Sebanyak 391 borang permohonan keahlian telah diterima. Kebanyakannya dari ahli PAS.

Mungkin kehadiran tidak sampai 60,000. Tidak ada permohon menjadi ahli seramai 5,000. Tidak ada pertunjukan ular dan kuda. Tetapi ia sudah cukup meriah bagi sebuah parti yang berusia 2 bulan.

Gambar kredit Ibrahim Mat Isa 






Harum manis ialah gelaran yang diberi kepada ahli PAS yang berkawan dengan Amanah dan Pakatan Harapan, contohnya 3 orang MP PAS yang mengundi menolak Belanjawan 2016:


MP PAS yang hilang dari Parlimen pada hari pengundian itu, wallahua'lam:


Apapun Yong teringat kata-kata Saidinia Umar ra. yang seharusnya menjadi pengajaran buat kita:

Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang boleh menimbulkan persangkaan, maka janganlah menyesal kalau orang bersangka buruk kepadanya" 
-Saidina Umar al-khattab.

Kita tahu masih ada mangsa banjir (rakyat Kelantan) yang berhari raya di dalam khemah. Kita tahu Belanjawan 2016 pada keseluruhannya akan membebankan rakyat. 

Namun kita juga tahu, jika kita menolak belanjawan tersebutpun, BN akan tetap meluluskannya kerana kedudukan mereka yang majoriti di Parlimen. Tetapi sebagai parti politik yang mementingkan keadilan untuk rakyat, maka sikap menegakkan keadilan itu wajar diperlihatkan dengan perbuatan, bukan hanya kata-kata dalam janji politik yang kosong:

Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nisa' ayat 58:

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. [an-Nisa:58]

Siapakah pemegang amanah itu?

Para agamawan@ulama tentu tahu.

Wallahua'lam.

*ISLAM ITU INDAH*




8 comments:

  1. Kalau Omak Kau!!!! tengok ni pasti nangis....

    ReplyDelete
    Replies
    1. idola dia mantan mb Selangor sokong bajet najib... sahlah langkah kajang adalah betul... terima kasihlah pada pas yg tulis surat pd pkr suruh pecat kalhdi.

      klahdi mungkin trojan umno dlm pkr. sbb tu azmin marah sbb kekalkan status quo umno dlm pentadbiran. mungkin klahdi lantik menantu abah din ayam dgn gaji lumayan dan saham esos bernilai hampir RM500000 sbg imbuhan utk sokongan hadi...

      hadi pula mungkin trojan umno dlm pas. dlm ramai2 pemimpin pas yg kena saman, penjara, isa, zalim; hadi tak pernah kena usik wlpn amanat hadi tu pernah memecah belahkan umat Islam...

      Delete
  2. Alhamdulilla..... Semakin berkobar kobar....
    Selamat maju jaya harum manis....

    ReplyDelete
  3. Alhamdullillah.

    Semoga ramai lagi rakyat Malaysia Sabah,Sarawak tidak kira atas pagar,ahli-ahli PAS,UMNO-BN menyertai AMANAH demi, Malaysia sejahtera. menolak politik sempit, menggunakan bangsa dan agama untuk kepentingan diri. In Shaa Allah.

    ReplyDelete
  4. pas ingat tolak belanjawan bermakna semua program yg ada nilai baik dlm belanjawan akan tidak dilaksanakan.

    sebenarnya tolak belanjawan adalah satu simbolik protes menolak PM iaitu najib.

    klu betul pas tkfaham politik memang sgt bodoh dan elok jadi ngo je mcm Rani Kulop

    klu pas sedar itu adalah protes politik tp bagi alasan dungu maka TERBUKTI UG ADALAH REALITI dan org yg menafikan UG adalah penipu besar.



    ReplyDelete
  5. dr mountdweller

    Disahkan rumah ayah Ust Miqdad (Ketua Amanah Kwsn Marang/anak saudara Hadi) diserang di Rusila. Ustaz akan buat repot di Balai Polis Marang. Mohon semua hadir ke Balai Polis Marang pukul 1215 pagi ini 21.11.2015 tanda sokongan AMANAH kepada Ust Miqdad....Info daripada Ketua Pemuda Amanah Terengganu. Berlaku kecederaan kepada mangsa dan berlaku kerusakan harta benda Penyerang ada anak kepada Zakaria Dagang Penolong Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu - Reformis CML via WhatsApp

    ReplyDelete
  6. Taaniah PAN,..dengan ketelusan berusha PAN terus melangkah setapak demi. Setapak terus kehadapan ,..biar lah pihak disana sentiasa mengelar dan mencerca pihak anda namun, diharapkan teruskan perjuangan anda kepada sekelian Rakyat berpandukan AMANAH,..inshaa Allah

    ReplyDelete
  7. PAS, kembalilah ke perjuangan asalmu.....Ingat pesan TGNA.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.