Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday 16 November 2015

"LOVE IN PARIS" PULAK DAH

Dulu ada drama Korea "Love in Paris." Lepas tu ada versi Indonesia dengan tajuk yang sama.

Sekarang ini tak sangka Malaysia pun sama naik...

SUMBER MALAYSIAKINI 



Di Malaysia ni banyak kes buang bayi. Sebab apa? Sebab si ibu dan bapa bayi tak nikah. Entah kenapa tak nikah. Mungkin takde kursus perkahwinan yang glamer untuk demer.

Yang sibuk buat kursus kahwin kat Perancis tu apakejadahnya?

Tak patut sungguh DAP ni. 

Patutnya DAP jangan campur tangan urusan kahwin orang Islam. DAP tumpukan perhatian ke pembangunan judi kat Genting Highland dan Pulau Pinang tu ajer.


Jadi, Yong sokong sangat kalau saman jer budak ni yang menyibuk dedah cerita orang nak kahwin di Perancis.

Biarlah demer nak kahwin di Amerika ker, di Paris ker.

Ulama PAS pun tak bising. Takat marah DAP sebab nak halalkan arak dan judi kepada orang Islam tu ada ler.


Laa...bukan DAP rupanya yang buat pusat judi dan casino?

JADI KE? (SINAR)


7 comments:

  1. Assalamualaikum Yong

    DAP tidak buat pusat judi dan casino sebabnya agak lama juga boleh dapat untung, masa itu emas kan.....

    Yang DAP telah lakukan untuk cepat dapat untung tahap mega gandaannya adalah 1MDB tu, cuma kita tidak dimaklumkan bahawa DAPlah menjadi master mindnya. Lagi satu, DAP sedang merancang untuk menawan Kelantan dan Terengganu dalam PRU akan datang supaya senang boleh rembat hasil balak dan juga minyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maka DAP jualah yang telah menyebabkan kerajaan negeri Kedah dan Terengganu dibawah PAS jatuh tergolek "dog". DAP juga lah yang telah meluluskan segala macam lesen judi dan arak kat dalam Mesia ni dan DAP juga mempunyai saham2 bernilai jutaan dalam syarikat2 arak dan judi ini. Malah anak2 pemimpin2 DAP juga banyak terlibat dalam perniagaan arak dan judi serta mereka atas kedudukan anak2 ahli politik pembangkang dengan mudah mendapat AP untuk mengimport segala jenis arak2 dan tah apa kebendanya lagi.

      Dan jika benda2 ini keluar dari mulut Tuang Presideng maka ahli2 PAS WAJIB percaya tanpa perlu membuat selidikan ataupun kajian tentang fakta2 yang diberikan oleh orang yang bertaraf "Ulamak". Lebih afdhal, ahli2 PAS membuang semua ilmu2 dunia dan segala perkara yang memerlukan akal yang berfikir dan berhijrah kepada walak dan taat buta tuli pada Tuang Presideng tanpa soal itupun kalau ahli2 PAS mahu tiket "guarantee" masuk syurga. Lebih tinggi darjat jika berkeupayaan membuat fitnah serta tipu daya seperti kaedah "cai" yang digunakan dalam muktamar dulu, demi mengalahkan DAP kerana mengalahkan DAP adalah jihad dan jihad tu wajib.

      Walaupun fitnah tu dosa besar tapi kalau digunakan untuk melawan musuh PAS, ianya adalah halal sebab dharurat, ulamak akan maafkan kamu! (sebab itu takdak pun sekoq ulamak PAS yang sanggup menghukum GST tu sebagai Haram sebab kerajaan BN sekarang tengah dharurat sebab seleweng maka untuk selamatkan kerajaan rakyat terpaksalah dicukai 6% sedangkan Allah SWT pemilik alam pun hanya wajibkan zakat sebanyak 2.5% keatas orang2 yang berkemampuan)! Bila PAS bekerjasama dan bersikap berkecuali dalam pembentangan budget 2016 maka ulamak2 PAS pun dah sepakat terima bahawa budget yang berteraskan "menghisap darah rakyat" adalah baikdan tak perlu ditolak!

      Nick.
      Cape Tiger

      Delete
  2. Aduuuuussss!!!!!..... makan dalam bro....sakitnya ku di sini Yong !!!

    ReplyDelete
  3. yele, jahat betul DAP ni, rembat balak rembat duit rakyat, jahat memang jahat.

    ReplyDelete
  4. Kalaulah Jho Low masuk DAP, camne hah?

    ReplyDelete
  5. DeeDee Yong...

    Depa dok promosi buku Permata Yang Hilang kot kat Peranchis. Haha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.