Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday 17 April 2016

QUO VADIS PAKATAN HARAPAN? [FIRAUN PUN BOLEH PAKAI BAJU LAIN]

Bukankah dulu kita sudah bergerak tanpa Dr Mahathir untuk menuntut supaya polisi/sistem public/corporate governance diperbaiki dan Najib undur?

Ingat Bersih 2?
Ingat Bersih 3?
Ingat Bersih 4?
Demo Anti GST dll...

Mengapa tiba2 sekarang apabila kita enggan menyokong Deklarasi Rakyat @Mahathir kita dituduh menyokong Najib dan UMNO?

Mengapakah kita sanggup mengguris hati keluarga Anwar Ibrahim yang pernah dianiaya Mahathir – semata2 kononnya telah memaafkan, tapi terus diperlekeh oleh Dr Mahathir?

Ada atau tidak Mahathir berkata hendak mengkuburkan UMNO dalam ucapan nya?

Ada???? Dalam mimpi, mungkin.

Sesungguhnya: Ada Dr Mahathir tidak menambah, tiada tidak mengurang.

MACAMLAH PENGGANTI YANG DIPILIHNYA MEMILIKI MORAL YANG TINGGI (THE AUSTRLIAN)

********************

Sejak tahun 1998, pemimpin dan penyokong amat fokus. 

BN wajar ditumbangkan.

Kekuatan parti pembangkang semakin menyerlah:



Adat perjuangan. Badai tetap membalun bahtera peperangan Parti pembangkang. PMIP akhirnya berpecah. Parti Amanah dilahirkan.

Tetapi pemimpin dan penyokong terus fokus. 

Benteng terus diperkukuh. Kekuatan terus dibina. Matlamat untuk menjatuhkan regim BN.

Tup tup muncul seorang "negarawan" yang disebut firaun pencen dengan model Deklarasi Rakyatnya.

Penyokong berpecah. Media sosial digunakan untuk menyindir antara satu sama lain.

Matlamat memecahkan solidariti Pakatan Harapan hampir tercapai.

Tidakkah pemimpin Pakatan Harapan sedar?

Semakin kuat Dr Mahathir mengasak Najib, Semakin kuat Najib meningkatkan pengaruh.

Tidakkah pemimpin Pakatan Harapan sedar?

Yang akan mengundi dan memilih anda nanti bukan penyokong atau pengampu anda, tetapi rakyat biasa tanpa parti.

Tidakkah pemimpin Pakatan Harapan sedar?

Firaun tidak pernah pencen. Dia hanya bertukar baju sahaja.


9 comments:

  1. Mcm la Pakatan Rakyat wujud lagi..mcm la Firaun nak laksanakan HUDUD!!!!! Org kuat agama konon tp percayakan musuh .......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab ini Yong setuju. Kalau UMNO nak laksanakan hudud, tak perlu tunggu PAS.

      Delete
  2. Pakatan Harapan untuk mencapai matlamat
    dan tujuan tidak memerlukan Mahathir.Untuk menjatukan Najib dan melenyapkan legasi UMNO, Mahathir perlu ditolak ketepi.Humbankan dari menyertainya.Mahathir hanya merosakkankan perjuangan dan mengotorkan gerakan ini.Pejuang rakyat yang ramai sudah mula marah dan memandang serong kepada pemimpin pemimpin Pakatan Harapan yang mahukan Mahathir dan bersekongkol dengan Mahathir.Bertindaklah segera sebelum rakyat kecewa dan meninggalkan anda semua.Jangan berharap kepada sizalim yang bekepentingn diri.Ingatlah dan bersimpatilah dengan Anwar Ibrahim serta keluarganya yang dizalimi hinggal dari hingga kini.

    ReplyDelete
  3. yang dizalimi dan diaibkan dari dulu hingga kini. (Pembetulan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab itu Yong kata, ada atau tiada Mahathir takde beza. Firaun pencen tidak wujud.

      Delete
  4. pandangan saya kak yong,
    1) mungkin juga boleh membuka mata penyokong tegar umno kepada pakatan harapan.
    2) pm yang ada harus dijatuhkan dulu demi rakyat. kita dah cukup terseksa (dari segi ekonomi) dgn pm yang ada. mungkin pertukaran pm baru sekurang2nya dpt melegakan rakyat.
    3) dgn gunakan tun m itu sbagai kepala, diorg tak berani ambil risiko nak tangkap tun m disebabkan pengaruhnya dalam parti keris bersilang tu masih ada. so program tetap berjalan dan tidak diganggu.

    itu cuma pandangan saya saja. tak tahu yang buruk lbih banyak dari yang baik atau sebaliknya utk langkah ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin benar. Mungkin tidak.

      Tapi yang jelas UMNO memang tak berani tangkap Tun M. Mungkin Tun M masih memegang lebih dari 6 kotak kesalahan diorang. Hahaha.

      Delete
  5. Maaf yong

    Bloger pro amanah dok ampu mahafiaraun

    Termasuklah greenpork

    Sebab mat sabu ke hadapan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysiabaru.

      Mula2 Yong nak kata Yong paling menyampah orang yang suka melabel atau menukar nama orang/gelaran yang dipakai orang lain.

      Awak nampak sangat tak peka. Tak baca posting Yong sebelum ini. Sebab tu awak kata Yong mengampu Mahathir.

      Bacalah posting Yong sebelum ini baru boleh buat komen yang cerdik sikit.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.