Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 27 April 2016

SYABAS! RAFIZI TIDAK CUBA MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH

Berikut Kenyataan Maaf Rafizi Ramli ekoran daripada pertindihan kerusi di PRN Sarawak. Yong tolong viralkan saja:

Saya mengambil sedikit masa agar keadaan lebih tenang. Saya rasa pertembungan sesama sahabat di dalam PRN2016 ini akan terus berlaku kerana sukar untuk merungkai kemarahan dan emosi masing-masing setelah terlanjur begini. Saya yakin ada hikmah di sebalik peristiwa-peristiwa ini dan berdoa kita semua belajar darinya.

Saya ditanyakan pelbagai soalan. Saya telah berikan penjelasan lengkap kepada Ketua-ketua Cabang KEADILAN di dalam kumpulan Whatsapp dan cukuplah ia kekal di situ.

Tanggungjawab ini perlu dipikul bersama. Saya sendiri perlu menilai kembali pendekatan saya dalam menangani perbezaan di dalam saf kepimpinan. Menguruskan perbezaan pendapat di dalam sesebuah organisasi itu perkara biasa, namun ia tidak boleh sekali-kali bertentangan dengan prinsip kebenaran, keadilan dan patuh kepada janji.

Dalam kekusutan cuba membezakan apa yang disebut kepentingan dan strategi parti yang perlu diimbangkan dengan kepentingan rakyat, saya mengingatkan diri saya supaya tidak lupa kepada 2 potong ayat dari Surah Al-Maaida (yang sepatutnya menjadi asas utama jatidiri KEADILAN):

Ayat 1 Surah Al-Maaida:

"Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian"

Ayat 8 Surah Al-Maaida:

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam apa yang kamu lakukan"

Mendalami perintah Allah dalam kedua-dua ayat ini dan berpegang kepadanya, In Sha Allah memudahkan kita membuat keputusan.

Saya memohon maaf sekali lagi kerana saya tahu sukarnya ingin membina keyakinan rakyat. Apatah lagi dalam keadaan rakyat sangat bencikan ahli politik kerana pelbagai pembohongan, penyelewengan, penting diri sendiri dan lupa daratan yang selalu dikaitkan dengan ahli politik.

Banyak yang telah dipelajari dan menjadi teladan agar perkara yang sama tidak berulang di masa akan datang. Banyak perubahan yang perlu dibuat supaya persaudaraan di dalam Pakatan Harapan dapat meyakinkan rakyat sekali lagi.

Pada masa ini, marilah kita beri sepenuh tumpuan membantu sahabat-sahabat kita yang sedang berjuang melawan Barisan Nasional di Sarawak. In Sha Allah saya akan sediakan juga beberapa Ceramah untuk disiarkan di seluruh Sarawak.

Mohon sebarkan permohonan maaf saya ini.

Rafizi Ramli

Sumber: Rafizi Ramli

********************

Begitulah sikap seorang yang usia masih muda, tetapi sangat matang dalam menangani isu. Tak perlu menyalahkan sesiapa. PKR atau DAP. Jauh sekali menyalahkan Presiden PKR.

Pemimpin Islam bukan hanya wajar pandai jadi imam solat tetapi wajib juga menepati janji.

Fikir-fikirlah.

7 comments:

  1. Assalam Yong

    Lebih bijak berterus terang daripada menyorok dalam terang!

    ReplyDelete
  2. terbaik rafizi...yang dah berlaku jadikan iktibar utk merintis terus jalan kepimpinan terpuji. rakyat amat dahagakan ahli politik yg jujur, adil dan amanah...

    ReplyDelete
  3. Maaf ya org2 Sarawak...mereka memang excited untuk menjadi calon.
    Terutamanya ahli dan calon PKR.

    Kenapa perkara asas yang senang begitu pun tak boleh nak periksa...? Status Bangkrap dan sorang lagi calon dah kena beli gamat...tak muncul2 alahai...PKR.

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum Yong.

    Saudara Rafizi yang saya kagumi,

    Saya dapat meraskan kekecewaan kamu,pada saya ia nya perkara biasa walau pun saya tahu ia nya boleh di atasi dengan berpandukan apa yang berlaku di PRU ke 13 dulu. Di kala itu ada lah isui"PIL KUDA" walau pun ia nya tidak dapat di bukti kan. Kini tawkey "PIL KUDA" sudah tidak menjadi rangkan kongsi lagi. Atau pun ia nya berlaku kerana apa yang mereka gilakan ada lah kedudukan dan bukan untuk melakukan perubahan ke atas apa yang telah di laku kan para pemerintah yang ada, walau pun mereka kelihatan "ISLAM" tetapi tidak di praktik kan di dalam pemerintahan. Juga bukan untuk memperjuangkan perhal rakyaat yang kerap di tindas.

    Di sini saya ingin memperkatakan sesuatu dan agak terkeluar dari kenyataan Y.B Rafizi.

    Di Mersing sebenar kan kerap berlaku catuan air. Andai kata pehak berkuasa mendengar rintihan rakyaat nescaya perkara ini tidak akan berlaku di Mersing kerana sejak dari arwah Kadri menjadi Y.B, perkara untuk membena paip dari Labung ke Chongok telah di cadang kan. Malang nya cadangan tersebut hilang di bawa angin lalu setelah hujan mula turun.

    Kini catuan air sudah pun berulang kembali.

    Kalau sesiapa melalui Jalan dari Mersing ke Jemaluang di K/M 5 kelihatan taman perumah yang agak luas sedang di dalam pembinaan. Untuk mengutip rivinue sudah pasti pehak berwajib meluluskan pembinaan tersebut. Tetapi bagaiman dengan bekalan air, sudah kah mereka fikirkan? Di kala itu nanti sudah pasti kegunaan air akan meningkat.

    Dengan kenyataan saya yang serba ringkas ini berani saya membuat kesimpulan bahawa kebanyakan mereka yang menjadi Y.B terutama di Mersing tidak untuk memperjuangkan rintihan rakyat tetapi untuk diri, keluarga dan kroni kroni mereka sahaja. Dengan itu di PRU ke 14 nanti saya mengharapkan perubahan di Mersing dengan syarat mereka berjanji untuk mengatasi kesulitan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Saidun

      Terbaik tuan.

      Yong akan viralkan nukilan tuan! Yong hanya mampu buat itu saja.

      Delete
  5. Alhamdulillah. Rafizi seorang ahli politik yang matang.Memohon maaf tidak merendahkan akhlak tetapi sebaliknya.Mengaku salah bukan kalah, itulah kemenangan.Itu tanda berjiwa besar yang menghakiskan ego.
    Perlu disedari Mahathir menentang Najib bukan UMNO.Tumpasnya Najib bukan bermakna UMNO lebur.Kemenangan BN adalah juga kemenangan UMNO untuk meneruskan kesinambungan kuasa.Pastinya ada habuan, ada janjian bukan dedak dan serbuk malah dapat lubuk.Fikir fikirkan dengan akal yang tinggi lagi mantap yang merentasi pemimpin pemimpin berkepentingan dan korup.

    ReplyDelete
  6. apa tindakan pkr keatas malaun2 yg beri kmenangn percuma?

    kalau tak dipecat, sahlah kerusi2 tsb memang sudah dijanjikan kpd bn.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.