Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday, 6 May 2016

AKHIRNYA PMIP PECAT HUSAM MUSA (UPDATE)


Akhirnya yang tinggal dalam Parti itu hanyalah "pemimpin" yang seperti ini:

FB RAZMAN ZAKARIA

Pemimpin yang katanya nak jaga akidah tetapi memilih untuk bersangka buruk:

ISYARAT TANGAN ILLUMINATI

ISYARAT TANGAN ALFABET

Atau berkongsi fitnah:

FB MOKHTAR SENIK

Facebooker yang bernama Ahmad Shariff hanya seorang penyamar. Itupun dipercayai oleh "pemimpin" PMIP.

Bagaimana hendak menjadi pemimpin Negara kalau begini sikapnya?

Semoga ALLAH SWT sentiasa merahmatimu, YB Husam Musa.

*********************

UPDATE

Berikut kenyataan Husam Musa mengenai pemecatannya:

25 mins · 

BULAN REJAB & MASA DEPAN PERJUANGAN SAYA

Di pagi Juma'at yang agung dan mulia, di akhir bulan Rejab yang mengandung pelbagai rahsia Ilahi, se hari selepas peristiwa Isra' dan Mi'raj yang penuh dengan pelajaran bagi orang Islam dan pejuangnya yang telah dijalani oleh Nabi berakhlak mulia - hati saya tengah pilu merenung peristiwa kehilangan heli di Sarawak - ketika tiba-tiba telefon saya tak putus-putus berdering.

Menerusi whatssap dan sms, saya dikhabarkan oleh sumber-sumber tidak rasmi, saya telah dipecat dari Pas pada hari ini.

Tanpa saya sedari, air mata saya menitis. Sebak bercampur pilu.

Di tahun 1982, saya menyertai Pas dan seperti kebanyakan anak muda mana jua - dulu dan kini - mereka serahkan se penuhnya jiwa raga pada apa yg mereka fikirkan sebuah perjuangan suci - membawa obor Islam menerangi kehidupan - termasuk bernegara.

Islam yang komprehensif atau syumul, termasuk hak untuk menegur, mengkritik dan bersuara kepada para pemimpin selagi mana teguran itu adalah berasaskan kebenaran dan kejujuran. Seperti bebasnya Saiyidina Abu Bakar, Umar dan pemimpin agung Islam yang lain ditegur dan dimuhasabah, hatta oleh rakyat kerdil sekali pun.

Semak dan imbang seperti janji Pas dalam PRN Sarawak sekarang.

Namun, saya hanya insan kerdil.

Jika Nabi yang agung pun dilanda sejuta penderitaan dan itu lah latar untuk baginda dihiburkan dgn di Mi'rajkan menemui Kekasihnya di Sidratul Muntaha - usah lah engkau terlalu bergundah hati.

Mungkin ada hikmah yg sedang menanti.

Apa yang telah berlalu, moga kekal dalam simpanan Ilahi dan tidak perlu diungkit lagi.

Kepiluan yang engkau jalani, sangat kecil berbanding pejuang lain.

Kepada kawan dan teman serta rakan media, suka saya nyatakan di sini, saya hanya akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas saya mendapat pemakluman rasmi mengenai tindakan yang diambil ke atas saya.

Sehingga waktu ini, saya belum menerima pemakluman rasmi mengenainya.

Untuk itu, saya tetap akan hadhir pada mesyuarat agung Pas Kawasan Kubang Kerian yang dijadualkan esok.

Semoga Sya'ban dan Ramadhan meningkatkan lagi ketaqwaan dan kejayaan perjuangan kita dan idealisme Islam yang didokong selama ini.

Moga Allah sentiasa membimbing kita semua.

Sekian. Terima kasih.

Husam Musa
Jumaat
28 Rejab 1437
6 Mei 2016








5 comments:

  1. Bab langgar perlembagaan dialihkan dgn kisah2 khalifah utk meraih simpati...croc tears

    ReplyDelete
  2. Saja nak tanya kat Ulamak2 yang duduk dalam PAS, adakah ini bermakna Husam juga telah dipecat dari Islam? Adakah ini juga bermakna darah dan nyawa beliau adalah halal untuk "dihapuskan"? Adakah ini juga bermakna Saudara Husam juga halal difitnah, dicerca dan dituduh tanpa bukti sebagai liberal, Anwarista, Jebon, anti -ulamak dan yang paling gah "musuh Islam" iaitu berkawan dan berfikiran yang sama dengan "agen2 DAP" iaitu pemimpin2 Amanah?

    Satu lagi soalan cepu mas, walaun2 masih lagi dok sebuk menjerit dan melolong pasal Hudud tapi kenapa masa berkempen di Sarawak sekoq pun pimpinan PAS tak sentuh tentang Hudud? Tak halalkan selain dari bumiputera Islam yang perintah Sarawak tapi langsung tak sentuh pasal Hudud yang kononnya dilaung2kan sebagai perjuangan UTAMA PAS? Apa takut kat rakyat Sarawak tak mau undi PAS ka? Takut tak dapat undi lebih dari takut pada Allah? Mana dia kata2 semangat konon2nya sanggup kalah demi memperjuangkan Hudud? PAS sekarang ni dah jadi "chameleon" atau sesumpah, sekejap cerita pasal Islam, pastu bercerita pulak pasal ketuanan melayu dan esok lusa jadi penasihat kepada kerajaan sekular yang dok saban hari menzalimi rakyat.
    Nampak gayanya UMNO dan PAS kalau tak ada kat Malaysia ni akan makmurlah negara dan rakyat.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu komen dan pandangan yg begitu tepat dan cukup komprehensif. Semoga pandangan ini menyedarkan ahli2 pas utk meninggalkan pas yg dah hampir karam dg perkara2 duniawi.

      Delete
    2. Pemutihan yg dilakukan hanya yg dah confirmed G17 org dan balaci yg tinggalakn PAS.. dan pengikut atau baca balaci mereka katalah lebih kurang 20 org setiap G.. so baru 340 org.. maksimium pun secara kasarnya 400 org.. Sedangkan jumlah ahli PAS 1,100,000.. in shaa Allah dalam sebulan ni boleh dapat 500 org ahli baru trmasuk di Sarawak.. jadi nilai 1,100,000 nampaknya tidak berganjak sbg ahli PAS yg menyokong kepimpinan TGHHA yg dikasihi....

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.