Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday, 19 January 2017

SEBENARNYA BERAPA RAMAI RAKYAT MALAYSIA YANG SAKIT MENTAL NI?

Ingat lagi tak berita-berita ini yang ramai buat-buat tak tau saja?

Berikut beritanya mengikut tarikh:





Kalau anda ada akaun di Facebook, tentu anda akan jumpa macam-macam lagi kegilaan. Contohnya: 


Yong fikir, yang buang anak tu tentu ada penyakit mental. Kalau si betina jer kena hukum teramatlah tidak adil, sebab kedua-dua - jantan dan betina adalah sakit mental. Sebab keduanya bersubahat buat dosa, tapi macam takde hal. 

Tapi kalau demer buat dosa selepas beli ubat seks, maka penjual ubat itu boleh dikira sakit mental jugak. Sebab apa Yong kata dia sakit mental? Sebab dia jual ubat tak kira yang beli tu kahwin ke tidak dan umur berapa?

Orang yang waras tidak akan buat kerja macam ini.

Kementerian Kesihatan buat apa selain survey orang sama ada sakit mental ke tidak?

Tahun 2017 baru membuka tirai. Belum ada lagi cerita tentang berapa peratus rakyat Malaysia yang sakit mental. Mungkinkah akan meningkat?

Sakit mental akan berkurangan agaknya kalau kapcai dah tak boleh masuk KL?


Menteri Kesihatan tak sebut pulak 1 daripada 3 rakyat Malaysia yang bermasalah mental itu tidak termasuk ahli politik.

Wakaka!


3 comments:

  1. Harap pembaca blog ini dan rakyat umum nya tidak memandang penderitaan sakit mental sebagai kelakar, malah mengambil pendekatan yg lebih proaktif dan agresif berdepan dgn gejala ini. Ianya sudah sampai tahap 'wabak' atau 'epidemic' apabila 40% rakyat kelantan didapati menderita sakit mental. Anggaran ini mungkin 'konsevatif' dan tidak menggambar keadaan sebenar kerana terdapat kemungkinan peratusan yg lebih tinggi terutama di sebahagian kampong2, tanah2 rancangan dan kawasan melarat mau pun kawasan elit dikota2. Lebih mencemaskan, perkhidmatan rawatan sangat lah terhad walaupun banyak kaedah2 dan penemuan baru rawatan yg berkesan telah di amalkan di negara2 lain. Kegagalan ini telah mencetuskan antara lain ketidakstabilan kritikal di arena politik, ekonomi, pendidikkan, perhubungan kaum, keruntuhan rumah tangga dll.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amat setuju tuan.

      Pembaca blog harus membaca blog ini melalui mata hati. Bukan baca dan gelak. Itu harus difahami.

      Tetapi berapa ramai yang peduli tentang "findings" Kementerian Kesihatan? Apa yang dilakukan oleh SKMM apabila melihat begitu banyak page/grup FB orang gila seks dan penjual ubat ransangan seks? Yong hanya ambil 1 contoh sahaja.

      Banyak lagi page FB yang menampakkan seolah-olah adminnya orang yang tidak waras.

      Delete
  2. Hantam Yong !
    aku sokong hang !
    bila menteri ramai otak spring !
    rakyat pun depa nak lesing..
    rakyat pun mula berdesing desing !
    habis pakat kapla pusing...
    tu kira mental killing ! disorders laa Yong!

    Kah Kah Kah

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.