Pemangku Penolong Peguam Negara Kenneth A Blanco dalam satu persidangan media, pada 15 Jun 2017, ketika mendedahkan usaha penyitaan beberapa aset bernilai berbilion ringgit itu dipetik berkata:
"Wang bagi membiayai gaya hidup mewah konspirator bersama itu menjejas dan merugikan rakyat Malaysia.
"Kami tidak akan teragak-agak dalam komitmen untuk memastikan Amerika Syarikat tidak menjadi tempat yang selamat untuk individu yang korup dan kleptokrat menyembunyikan kekayaan atau wang haram mereka, dan bahawa aset berkenaan akan dirampas dan dikembalikan kepada mangsa dari mana ia dicuri," katanya.
Namun di negara yang didakwa bermastautinnya para kleptokrat itu, semakin sibuk pula para agamawaan mempertahankan mereka.
Terkini, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata umat Islam di negara ini perlu ambil iktibar dan pengajaran apa yang berlaku di negara lain sehingga menjadi porak peranda.
Beliau berkata, tidak dinafikan, mungkin ada pemimpin negara melakukan kesilapan, namun dalam Islam mengajar supaya memberi kemaafan kerana mereka sudah insaf.
"Sebarang kesilapan perlu dimaafkan kerana Islam mengajar kita saling bermaaf-maafan. Seperti pepatah 'bumi mana yang tidak ditimpa hujan'. "Kalau kita tidak dapat yang (pemimpin) terbaik, memadailah kita dapat yang baik atau mungkin yang lebih baik," katanya, dipetik Berita Harian.
Oleh kerana berita mengenai siasatan terhadap dana 1MDB oleh beberapa negara telah lama menjadi buah mulut media antarabangsa, maka agak mustahil para ulama ini tidak membacanya; kecuali mereka tinggal dalam ‘perigi buta,’ - meminjam istilah Datuk Iskandar Samad untuk menggambarkan ulama yang tidak tahu tentang tadbir urus.
Adakah Mufti Kelantan fikir yang dipertikaikan itu kecurian seekor lembu berharga RM4,500, bukan dana bernilai USD$4.5 bilion (RM19.3 bilion); maka begitu mudah beliau bermadah 'bumi mana yang tidak ditimpa hujan'?
Sementara para Mufti dan Pemimpin PAS mengutuk pemimpin PAKATAN HARAPAN kononnya membuka pintu kepada negara asing supaya campurtangan dalam urusan pentadbiran negara ini; pemimpin negara dan kaum kerabatnya, sedang bercuti secara mewah di negara asing.
Diberitakan Perdana Menteri dan keluarga bercuti 5 hari di sebuah resort mewah St Regis, Bali dengan menyewa bilik mewah yang pernah ditempah oleh Raja Salman, Arab Saudi; dan cuti tersebut disambung di Australia.
Rakyat Malaysia yang mengikat perut demi memastikan anak-anak dapat pakaian baru dan bergembira di hari raya, harus memaafkan pemimpin yang korup dan bernafsu besar untuk bermewah-mewah?
Tidakkah itu ironis tahap raksasa?
Pakatan Hopeless tahu ke apa ke jadah 'KLEPTOKRAT' tuuu! cuba tanya orang Bandar sebelum tanya orang kampung!
ReplyDeleteKau tahu ke apa maksud 'KLEPTOKRAT' tuuu??? Cuba tanya Hadi dia tahu ke tak???
DeleteKalau dia cakap macam dia tulis surat terbuka dia tu dah tentu2 dia bodoh!!!
Bila dah bodoh tu itu yang salah pilih nama jadi PAS + IKATAN = PIGS HAHAHHAHHAHAHA!!!!
Pakatan Harapan dah lama faham cuma geng lebai yg tak faham2. Dulu orang kata ambil interest haram, tapi ada geng lebai kata interest dgn riba beza-tak sama...haha melingkup masuk dlm perigi buta haha
DeletePakatan Harapan dah lama faham cuma geng lebai yg tak faham2. Dulu orang kata ambil interest haram, tapi ada geng lebai kata interest dgn riba beza-tak sama...haha melingkup masuk dlm perigi buta haha
Deletekamu ni marah sangat pada pakatan,tak boleh bezakan antara pencuri, menipu yg berkuasa (control semua apparatus penjawat awam).
DeleteBayangkan orng2 kafir seperti mirander kirr dan lenardo dicarpio,amat mengetahui duit iitu adalah HARAM,dan sanggup memulangkannya.
Bagaimana saorang islam ,yg harii2 dok kutuk seterrunya..tak boleh bezakan yg haram dan haram,walaupun FAKTA terpampang di depan mata.
Kepala hotak kau!!!
ReplyDeleteHarta negara hilang berbilion, rakyat makin susah, senang-senang je kau keluarkan ayat supaya dimaafkan!!
Campakkan jauh-jauh jubah kau dan cukur lah janggut kau tu kerana apologetik sangat dan tak kena tempat!!!!
Org bandar ke org kampung ke org putih ke org kelabu ke org ungu ke semua tau ali baba dgn 40 org penyamun. Jd bilik pun utk setiap para penyamun.
ReplyDeleteAde faham
Buat cmn..ulama dan mufti pun dah redho
ReplyDelete..maaf zahir batin..
tapi utk parti amanah tiada maaf bagimu..adakah mereka ini ahli neraka..
ReplyDeletemofti tak nasihat ke suruh mereka maafkan parti amanah...
tak tahulah mungkin ada yg kena tempias dgn dedak..
Wallahu alam..
Assalamualaikum Yong
ReplyDeleteAntara KEBAIKAN yang paling nyata tentang etika dikalangan penyamun adalah melindungi penyamun yang lain dengan apa jua cara, supaya kerja samun sendiri tidak terdedah kepada orang lain. What say you?
Janganlah dilayan geng2 Lebai Sampul dan walaun2 mereka yang jahilliyah tentang undang2 dan kedaulatan negara. DOJ Amerika sedang berusaha mendaulatkan undang2 negara mereka dan berusaha untuk mencegah kemungkaran yang sedang dilakukan oleh para penyamun2 yang berselindung disebalik kedudukan mereka sebagai pemerintah negara tetapi malangnya akibat jahil yang terlampau sangat, puak2 agamawan yang dah mabuk asmara dengan keduniaan dan dedak melihat tindak tanduk DOJ tu sebagai campur tangan dalam hal ehwal Mesia ni. Adakah ini golongan2 yang nak melaksanakan undang2 Allah dimuka bumi ni? Mereka begitu jahil tentang proses undang2, sistem kehakiman dan perlaksanaan penyiasatan malah tak malu dengan kejahilan mereka dan untuk mendabik dada sebagai orang yang kununNya nak jalankan hudud kat Mesia? Setakat bangun nak bentang usul boleh lah tapi pastu usul tu pun dia sendiri pi tangguh. Tu belum lagi dapat bentang ataupun pinda akta yang hanya dapat dibuat selepas usul tu diterima untuk dibahas. Usul untuk pinda pun tak lulus lagi tapi dah melolong konon2nya dah hampir nak laksana hudud.
ReplyDeleteAku cukup suka dengan perumpamaan yang dipakai oleh Ustaz Rozaime "masuk dalam keta, hidup enjin, masuk gear dan tekan minyak tapi masalahnya tayar keta dah kena kunci...adakah itu sudah cukup untuk dianggap bahawa kita sudah berusaha?" Usul pinda akta 355 tu bukan sahaja ibarat keta yang tayar dah kena kunci tapi ibaratnya PAS nak bawa kereta yang bukan milik PAS tapi milik orang lain. Logik ke, nak masuk kereta milik orang lain dan nak pandu kereta tu hanya kerana PAS ada "anak kunci" reban ayam? Ini yang dikatakan "bodoh sombong". nasihat orang yang berilmu tak nak pakai pastu cakap berdegar2 hanya kerana UMNO yang kaki menipu dan selalu mungkir janji bagitau kat Tuang Presideng yang UMNO akan sokong tapi akhirnya kena kencing jugalah kepala Tuang Presideng PAS tu.
Nick.
Cape Tiger.
Beritahu Mufti Kelantan agar keluar kenyataan yang bunyinya begini; "Maafkanlah semua penjenayah dalam penjara yang sudah insaf. Keluarkan mereka sekarang."
ReplyDeleteEmpunya diri mengaku, memohon maaf, bru bleh dipertimbangkan. Ni menangaku tk mau, mintak maaf apa lg, nak maafkan. Minta maaf la, akai tak tang mana...
ReplyDelete