Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday 29 July 2017

BERANIKAH KHAIRY MENCABAR NAJIB?

Ini tulisan Dr Dzulkefly Ahmad. Tulisan ini diolah semula untuk siaran di JOM Channel. Yong kongsi bagi mereka yang tak sempat tengok JOM Channel, dan tak baca tulisan asal dalam Bahasa Inggeris "Not betraying the party but when the party is betrayed!"

Sila hadam...

Percubaan terbaru Khairy yang menuduh PAKATAN HARAPAN gila kuasa adalah benar-benar salah arah dan amat kelakar. Ia secara tidak sengaja boomerang kembali kepada bosnya yang terdekat. 

Tidak perlu kita merungkai sudah berapa lama Khairy berkecimpung dalam dunia politik dan menabur baktinya kepada rakyat berbanding dengan pemimpin-pemimpin yang kini menerajui PAKATAN HARAPAN. Ketua Pemuda UMNO itu sudah tentu tahu jawapannya. 

Baru-baru ini Khairy semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kepala Batas, menuduh kedua-dua pemimpin tertinggi PAKATAN HARAPAN iaitu Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim, sanggup mengkhianati parti yang pernah dianggotai mereka sebelum ini.

"Prinsip PAKATAN HARAPAN bukan demi masa depan negara tetapi bekerja demi kuasa masing-masing. Mahathir dan Anwar Ibrahim adalah bekas pemimpin UMNO dan kini mereka dalam usaha memecahkan UMNO dan orang Melayu.

"Kita tidak boleh ada kerajaan yang ditubuhkan atas asas dan prinsip nak kuasa, sebab itu bukan asas kepada mana-mana parti yang menubuhkan kerajaan," katanya. Lapor Bernama, 23 Julai 2017.

Menurut Dzulkefly, yang lebih dikenali sebagai Dr Dzul, menuduh Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim mengkhianati UMNO demi memperoleh kuasa untuk diri sendiri, dengan jelas menyanggah rekod sejarah. 

Hakikatnya, Anwar dipecat ketika mencabar Tun Mahathir terhadap dakwaan 'dosa-dosa ‘kecuaian dan komisyen,’ yang kemudiannya melahirkan Reformasi yang luar biasa. Beliau tidak pernah mengkhianati parti itu, sebaliknya cuba membetulkan kesalahan.

Kedua-dua tokoh legenda itu kini mengetuai gabungan parti pembangkang yang mengetuai pertuduhan terhadap Najib dan UMNO-BARISAN NASIONAL dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Tun Mahathir, disertai Tan Sri Mahyuddin dan lain-lain, kini dalam langkah yang sama untuk menggembeling serangan terakhir terhadap kerajaan yang dikhianati oleh kleptokrat Najib yang didakwa 'menjarah' kekayaan Negara dalam 1MDB, SRC, TH, FGV, MARA dan lain-lain. 

Oleh itu, menuduh Gabungan Pembangkang sebagai kebulur kuasa atau gila kuasa amat busuk baunya hingga ke langit. 

“Najib kini panik kerana mahu menyelamatkan kulitnya sebagai tertuduh MO1 - tertuduh bersama rakan kepercayaannya, 'penyangak abad ini' - Jho Low. Malang sekali, berbilion dolar telah ditipu dari 1MDB dan 'dibasuh' di seluruh dunia!

“Tidak hairanlah, dalam cubaannya untuk melepaskan diri daripada kemungkinan dikenakan tindakan undang-undang, Najib dengan sengaja merampas semua kuasa lembaga yang kritikal yang berupaya memeriksa dan mengimbangi cabang Eksekutifnya. 

“Pihak Kehakiman (Peguam Negara), Parlimen (Speaker dan PAC) dan pelbagai agensi penguatkuasaan; SPRM, BNM, SC, Polis, Suhakam dan sebagainya yang disekat dan hampir dikembirikan tidak dapat bertindak lagi untuk memastikan keadilan dilaksanakan dan dibebaskan.” Tegas Dr Dzulkefly.

Kata Dzulkefly, tindak-tanduk Khairy begitu difahami. Disalahkan kerana tidak membela bosnya secara terang-terangan, dia secara tidak sengaja, bersuara untuk menunjukkan sebaliknya.

Tetapi atas alasan apapun, tidak wajar Khairy, seorang graduan Oxford menembak dari bawah pusat dan menjadikan dirinya lebih kurang sama seperti bakal penggantinya Jamal Yunus.

“Jika dia benar-benar berterusan mengasihi dan tidak mahu mengkhianati partinya, dia mesti melawan Najib, sekarang! Itulah gaya negarawan yang hebat dan patriot tulin!” tambah Dzulkefly.

Jika itu berlaku, maka barulah Khairy akan dikenang sebagai pejuang sebenar. 

Tetapi beranikah Khairy mencabar Najib?

GAGAL JAGA KEMENTERIAN SENDIRI

PERASAN HEBAT

UMNO BERJUANG UNTUK KEBENARAN?

Fikir secara bijak. Dapat mengkomer bayangkan Jamal Yunos jadi Ketua Pemuda UMNO?

2 comments:

  1. sonok juge yong kalu dapat numpang mandi kat pejabat umno mase takde ayor...

    ReplyDelete
  2. Artikel yang sangat Bagus dan Bermanfaat.. Update terus dan sukses selalu ya Gan...
    AGEN POKER ONLINE
    DOMINO ONLINE INDONESIA

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.