Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday 16 July 2017

KALAU TAK CERDIK TU TETAP MENONJOL TAK CERDIKNYA!

Selepas terbentuknya PAKATAN HARAPAN, maka ramai yang meraban. Termasuk satu makhluk yang tidak dikenali. Baca kenyataan Ustazah Mariam mengenainya:

3 hrs · Shah Alam · 

Saya ingin mengesahkan bahawa Surat Terbuka ini adalah Palsu, penama tidak dikenali dan bukan ahli Amanah Subang. 

Berdasarkan fakta berikut:

1. Gelaran YDP tidak ada dalam Perlembagaan Amanah.

2. Tidak ada istilah kawasan Sungai Buloh dalam perlembagaan melainkan kawasan hanya untuk di peringkat parlimen.

Dengan dua fakta ringkas ini, cukup jelas bahawa penama surat ini bukan ahli Amanah kerana beliau tidak mahir dan tidak faham istilah-istilah gelaran jawatan mahupun kawasan tadbir Amanah dalam perlembagaan Amanah.

Saya mohon supaya tidak diviralkan dan sekiranya surat terbuka ini sampai kepada pembacaan dalam group whatsapp tuan/puan saya mohon bantu untuk nafikan terus supaya ahli kumpulan lain tidak keliru dengan maklumat fitnah ini.

Terima kasih.

Ustazah Mariam Abdul Rashid 
Timbalan Ketua
Parti Amanah Negara
Kawasan Subang.16 Jul 2017
Paya Jaras, Sungai Buloh

Berikut surat dari makhluk palsu tersebut:

>>>>>PALSU>>>>>>>

SURAT TERBUKA BERKENAAN PENGABAIAN TERHADAP TUAN GURU HJ. AHMAD AWANG OLEH HAR^PAN.

Saya selaku YDP Parti Amanah Negara Tanah Air Tercinta bagi kawasan Sungai Buloh mewakili suara akar umbi di kawasan ini ingin melahirkan rasa tidak puas hati berkenaan pemilihan jawatankuasa Pakatan HAR^PAN sebagaimana yg diumumkan oleh Pengerusi HAR^PAN Tun Dr. Mahathir baru-baru ini.

Bagi kami adalah tidak wajar sosok sehebat Tuan Guru Hj. Ahmad Awang di ketepikan langsung dari menjawat jawatan kanan dalam HAR^PAN.

Ini kerana jasa-jasa dan sumbangan tuan guru Ahmad Awang sangatlah besar terutamanya kita menggerakkan tsunami didalam PAS menentang Hj. Hadi. Di kala Presiden Parti Amanah Negara Tanah Air Tercinta yg pada masa itu merupakan Timbalan Presiden PAS pun penakut untuk menentang Hj. Hadi maka hadirlah Tuan Guru Ahmad Awang dengan penuh gaya bangkit membawa arus tsunami yg hebat di dalam PAS hinggakan PAS hari ini lumpuh di serara negara.

Namun apa yg mendukacitakan setelah kejayaan dikecap legasi hebat tuan guru ini cepat benar dilupakan seolah-olah ade gerakan terancang untuk mengabaikan individu yg banyak berjasa dalam Parti Amanah Negara Tanah Air Tercinta ini. Jika semasa gerakan tsunami menumbangkan PAS dulu tuan guru itu diusung kemana sahaja, disanjung-sanjung dan dipuja-puja namun kini semuanya sepi bahkan hanya diundang untuk membacakan doa merasmi serta hanya berhidang meggi sahaja. Inikah cara kita menghargai wira yg membentuk asas parti kita? Seharusnya Tuan Haji Mohamad Sabu sebagai presiden parti mendesak agar HAR^PAN meletakkan Tuan Guru Ahmad Awang sebaris dengan Tun Mahathir yg bertindak sebagai Pengerusi dan juga Datuk Seri Anwar yg berjawatan Ketua Umum.

Justeru kami mendesak agar Tuan Guru Ahmad Awang dilantik sebagai Mursyidul Am bagi HAR^PAN bagi menghargai sumbangan beliau dan kami ahli Parti Amanah Negara Tanah Air Tercinta di kawasan sungai buloh yg berjumlah 300 000 orang memberi amaran akan meninggalkan HAR^PAN jika Tuan Guru Ahmad Awang tidak dilantik sebagai pemimpin kanan HAR^PAN.

Sekian, terima kasih.

Dr. Ustaz Mohd Habib Abdullah (Ph.D Hadas Kubro, Univ. Mutaah Jordan)
Yang Di pertua,
Parti Amanah Negara Tanah Air Tercinta.
Kawasan Sungai Buloh.
Parlimen Subang.

>>>>>PALSU>>>>>>>

Begitulah gelagat makhluk yang tak takut dosa memfitnah.

KANTOI!

5 comments:

  1. ramainya ahli ph di sg buloh
    300,000 orang.
    saya cadangkan mereka tarik diri PH dan sertai BN secepat mungkin

    moga2 incik habib pakar hadas dpt di lantik jadi mintiri pinarangan ganti salleh keruak.

    ReplyDelete
  2. Assalam

    Saya sukakan tajuk n3 ni.

    Memang makhluk jenis pelesit penghisap darah mungkin bertuan, mungkin juga tidak akan sentiasa berkeliaran di alam maya dan di alam nyata. Saya pernah dikunjungi makhluk jenis ini di satu kedai kopi semasa bersarapan pagi. Lincah sungguh mereka kan?

    ReplyDelete
  3. dedak punya pasal sanggup dia buat surat palsu

    ReplyDelete
  4. Menyamar dan buat artikel palsu? Tu memang MO walaun2 PAS. Hanya itu je yang boleh mereka buat apabila hujah dah tak ada dan akal sudah menjadi dedak. Setakat buat surat palsu masih lagi tahap hingusan berbanding dengan tok ketua mereka yang sudah mencapai tahap PhD dalam hal2 cerita karut, label, caci, fitnah dan mengkafirkan orang islam. Rasanya tak ada sesiapa pun selain dari tok ketua mereka yang ada Doctorate in talking nonsense and incoherent rambling.

    Itulah hasil dari sistem tarbiah "chai" yang digemparkan sebagai "kepimpinan ulamak". Apa yang nyata, kepimpinan yang mereka julang tu kurang ulamak tapi lebih kepada tamak. kalau Mohktar Senik diangkat dan dijulang sebagai ulamak maka tak lah pelik PAS mengangkat Najib sebagai Mujahid islam yang tidak boleh dijatuhkan dari kerusi PM. Dan tak pelik jika PAS berpendirian bahawa UMNO itu penting untuk melayu sebagaimana pentingnya Hj hadi tu kepada majlis tahnik kat Marang. Kedua2nya hanyalah angapan yang yang tak berfakta malah lebih kepada fantasi.

    Melayu itu tak memerlukan UMNO sebagaimana Islam tak memerlukan PAS. Lebih ramai melayu yang menentang UMNO sebagaimana juga lebih ramai orang2 Islam yang duduk di luar PAS. Cerita2 bahawa UMNO itu melayu dan PAS itu Islam adalah perkara khurafat dan dusta. Faktanya jika UMNO hilang kuasa, melayu tetap kuat dan jika PAS jadi "kera sumbang", Islam tetap tinggi dan mulia.

    Nick.
    cape Tiger.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.