Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 22 November 2011

ECO-TOURISM NI PELANCONGAN EKOLOGI ATAU PELANCONGAN EKONOMI?

Tempat ni tak berapa jauh dari ibu kota. Ia terletak di negeri yang bakal dilanda pencemaran sisa buangan rare-earth. Kawasan ni dikendali oleh syarikat swasta. Iklannya bukan main best lagi, weh!

Sajele Yong nak tengok tempat yang tak kata dia tu taman negara, tapi katanya untuk eco-tourism - ada flying fox, ada jambatan gantung, jungle track dan rentas halangan. Macam hebat je.

Bila nak pergi tracking kita pun disediakan guide. Terkejut rimau kami bila si guide ni sepatah haram tak tahu cakap Melayu. Eh, tempat ni kat mana? Kat Myanmar ke? Mana boleh ambil tourist-guide, nak tunjuk jalan pada rakyat Malaysia, tapi guidenya bangsa asing. Betul!! Yong tak tipu. Inilah hakikatnya. 

Eco-tourism ni bukan ecology-tourism, tapi economy-tourism. Yang Melayu pulak, tahu jalanje. Satu pokok pun dia tak kenal. Satu serangga pun dia tak tahu. 

Sampah juga kelihatan di mereta tempat. Dari kawasan perhentian bas hingga ke dalam hutan. Yong sempat ambil gambar sikit. Tengok gambar atas dan kat bawah ni. Susah sangat ke nak buang botol plastik ni? Sampai bila nak biarkan botol2 ni di sini? Alangkah malunya kalau pelancong asing datang dan tengok kawasan pelancongan ekologi yang amat kotor! 

Dah tu pulak, di kawasan kem sepanjang hari dan malam dimainkan lagu2 nyanyian entah ape2. Langsung tak dapat dengar bunyi cengkerik, burung, katak dan sebagainya. 

Eco-tourism konon!!! Bingai!!

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.