Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday, 14 November 2011

JANGAN TAKUT...

Dah tak larat citer lembu. Yong nak melencong ke citer lain pulak...

Masa keroje di Malaysia Timur, Yong tak ramai kawan bersokan, sebabnya Yong tak suka jenis sukan yang demer suka. Yong suka main squash. Jadi pada hujung minggu lepas solat subuh Yong pergi ke komplek sokan yang lima minit perjalanan dengan memandu kereta untuk main squash. Sukan ni menarik Yong kerana boleh syok sendiri. Kat komplek sukan ini ada 3 bilik squash. Yong sorang je yang main. Minggu pertama takde apa2 terjadi. Yong main dengan seronok.

Pada minggu kedua Yong main macam biasa. Tiba2 yong dengar tik-tok-tik-tok seperti bunyi bola squash terantuk ke dinding. Ada orang main di cubicle sebelah. Yong berfikir ada jugak yang minat squash ni. Ketika rehat Yong pergi jenguk cubicle sebelah. Tapi takde siapa pun. Bunyi beralih ke cublicle ketiga. Yong pergi ke cubicle ketiga. Bunyi orang main siap dengan sorakan beralih ke badminton court di sebelah. Agaknya Yong salah dengar. Jadi Yong biarkan saja dan sambung main.

Selesai main Yong jenguk badminton court. Takde sapa pun main badminton. Bunyi tik-tok dah berhenti. Suara sorakan kedengaran dari luar dewan - di padang bola. Yong keluar ke padang bola dan  tunggu tepi padang. Bunyi sorakan semakin jauh. Kelihatan hanya ada beberapa ekor kerbau sedang meragut rumput! Sapa yang main tu?

Minggu seterusnya kejadian yang sama berlaku. Yong biarkan saja. Asalkan tak kacau Yong sudahlah.

Pada satu hujung minggu Yong ajak seorang rakan berbangsa India untuk main squash. Tengah2 main kedengaran tik-tok seperti biasa. Rakan India tanya Yong ada ke orang main di cubicle sebelah? Yong ajak dia tengok je. Dia tak nampak apa2 pun. Macam minggu2 terdahulu, bunyi2 orang bersukan dan suara sorakan kedengaran berpindah lokasi. Kawan Yong jadi takut dan ajak Yong balik.

Maknanya, bunyi2 bola squash dan suara sorakan itu bukan imaginasi atau halusinasi Yong!

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.