Masa penduduk Kampung Baru bersungut kerana sampah tak dikutip mengikut masa yang ditetapkan, pak menteri pun tak kisah.
Masa penduduk kampung Baru tanya, 'kenapa taman permainan kanak-kanak tak dibaiki?' pak menteri pun tak kisah.
Bila pak menteri naik Menara Kuala Lumpur dan tengok Kampung Baru dikelilingi bangunan pencakar langit, pak menteri baru kisah.
Sebab pak menteri bermimpi bangunan pencakar langit boleh dibina di Kampung Baru.
Ini pembangunan Kampung Baru, kata pak menteri.
Penduduk Kampung Baru kena serah tanah demi pembangunan.
Kalau tidak Kampung Baru akan terus dibiarkan jadi 'ghetto'
Inikah namanya nasib orang Melayu ditangan orang Melayu!??
Aduhai....
Salah penduduk kah tong sampah ni diletak di tengah jalan betoi2 depan kedai?
Throwing away the stakeholders cannot solved the inefficient management problems of the governance actors - the Kuala Lumpur City Council and its ailing machineries.
No comments:
Post a Comment
Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.