Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday 21 November 2011

SPESIS DINOSAUR BARU DITEMUI DI MALAYSIA

Ini T-Rex. Mujur binatang ni dah pupus. Tak dapat kita bayangkan kot binatang ni masih wujud dan dapat dilatih seperti anjing.


Spesis dinosaur ini sebenarnya dah lama wujud di Malaysia. Tapi selama ni kewujudan demer tak diketahui umum sebab masa tu takde Internet lagi. Pada hari ini kehidupan dan habit demer dah terbongkar, walaupun spesis ini cuba menyorok di sebalik hutan konkrit yang selama ni jadi perlindungan demer.

Menurut kajian, spesis ini tiada jantina tertentu - demer jenis self-multiply. Ahli-ahli sains dan pakar belum lagi dapat mencari nama yang sesuai untuk spesis dinosaur ini. Oleh kerana mereka ni termasuk dalam spesis Compsognathus - spesis paling kecil dalam keluarga dinosaurs, hanya sebesar ayam turki, maka beberapa cadangan telah dikemukakan. Antaranya ialah Penjilatnathus, Pengampunathus dan Pembodeknathus
Beginilah impressi pelukis mengenai rupa spesis dinosaur baru itu. Anda jangan tertipu dengan senyumannya. Binatang ini tidak boleh dijadikan "pet.'

3 comments:

  1. Salam Yong

    Spesis inilah yang menyebabkan negara tergadai, Melayu merempat, Islam terhina.

    ReplyDelete
  2. Salam Yob

    Yob masih boleh mencadangkan nama untuk spesis dinosaur ini

    ReplyDelete
  3. saya pernah ternampak dainasour hampir seperti ini sewaktu memancing tetapi saiznya lebih kecil seperti telapak tangan sahaja atau lebih kecil lagi.walaupun peristiwa ini sudah lama terjadi.tetapi saya tidak akan pernah melupakannya.Saya tidak pernah menceritakan peristiwa ini pada sesiapa pun kerana ia seperti menceritakan sebuah cerita dongen.Saya sangkakan seekor biawak awalnya saat ia keluar dari air tawar tersebut.tetapi alangkah terkejutnya saya saat mengetahui ia bukan seekor biawak.Tubuhnya mirip seekor dainasour warnanya coklat hampir seperti gambar diatas. kaki atasnya kecil.Saya dapat melihatnya dengan jelas kerana dia keluar dari air tawar tersebut secara kebetulan saat saya memancing ikan keli.agak lama juga kami bertentang mata.Sehingga dia juga terlihat saya dalam 4 ke 5 saat.saya agar hairan kerana dia melihat saya seperti ia perkara biasa.tetapi saya menakutkan dia lalu ia terjekut dan kembali ke dalam air tawar tersebut semula.perkara ini sudah lama terjadi.sangat bertuah pada saya kerana pernah melihat spesis dainosour kecil itu. saya tidak peduli kalau cerita saya tidak boleh anda terima atau pun terima. cukup saya sudah memberitahu bahawa ia memang wujud pada zaman ini.cuma kesian,kerana ia sangat mustahil untuk manusia menemuinya.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.