Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday, 8 December 2011

BEG BIRKIN, KONDO MEWAH, LOT TANAH EKSLUSIF DAN PILIHANRAYA

Apa kaitannya beg birkin, kondo mewah, lot tanah ekslusif dan pilihan raya?

Kalau kita buat korelasi, mungkin jawapannya 1. Jika korelasi 1 maknanya semakin banyak kali menang pilihanraya semakin banyak koleksi beg birkin, kondo mewah dan tanah ekslusif yang dimiliki. Jika diterbalikkan, kalah pilihanraya, takde le beg birkin, kondo mewah dan lot tanah di kawasan mewah.

Ini 1 lagi fitnah pembangkang ke? Oh tidak...

Bukti 1: Cer tengok gambor ini. Bahagian dalam kotak merah menyatakan kalau kita tempah beg birkin pada tahun 2008, kita mungkin hanya dapat memilikinya pada 2014. Kalau kalah tentu tak dapat bayor harga beg birkin kan? Alahai...kecewa lah...

Bukti 2: Berapa banyak lembu yang harus dipelihara sebelum duit yang digunakan untuk beli kondo, merc dan tanah boleh dimasukkan balik ke dalam akaun, kemudian akaun dibersihkan tanpa disedari oleh juruaudit? Kalau kalah dalam pilihanraya, tentu tak sempat nak hasilkan banyak lembu dan sorok salah urus duit kerajaan kan?

Yang pandai omputih baca kat sini. Yang kurang omputih baca sini. Kalau baca dari blogger umno, mesti demer kata fitnah pembangkang, walaupun yang buka pekong tu ialah Ketua Audit Negara, bukan Mat Sabu.

Peminat beg birkin, kondo mewah dan lot tanah ekslusif (yang dibeli secara gelap) tentu amat takut kalah dalam pilihanraya. Ini kerana kehidupan mewah demer yang membaham duit pembayar cukai akan terhalang. Eleh, ini korelasi simple je.

JIHAD DAN INFAQ? HANYA RETORIK. KOT TAK GUNA BAHASA ARAB NANTI ULAMA MUDA UMNO TAK GEMOR PULOK!

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.