Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 10 December 2011

ERTI KECANTIKAN

Gambar tiada kaitan dengan N3
N3 kali ni tak banyak gambor sebab Yong dalam hutan.

Pompuan sangat ingin kecantikan. Kerana apa? Kerana kecantikan itu bukan untuk dirinya, tetapi untuk yang melihatnya. Lelaki suka yang cantik. kerap kita dengar citer pompuan ditinggalkan lelaki kerana rupanya sudah kurang cantik sebab dimamah usia. Kerana itulah pompuaan mengejar kecantikan. Pompuan sanggup melakukan bebagai2 cara demi kecantikan. Mengikut cerita snow white ada pompuan sanggup membunuh demi kecantikan. 

Penyakit gila kecantikan ni sekarang dah takde beza lelaki dan pompuan. Ada juga yang sanggup suntik botok kat muka sebab nak muda, buat pembedahan plastik sebab nak hidung mancung dan makan tempeh (ini susah nak caya) sebab nak putihkan badan. Ada juga yang masuk susuk (guna bomoh), dan yang membeli bahan perhiasan/accessories bernilai jutaan ringgit. 

Yong tak heran kot semua tu guna duit sendiri. Gasak komer le. Tapi ada yang buat perangai tu pemimpin. Jadi kita rakyat ni tertanya2 dari mana dia dapat duit banyak tu sedangkan dulu dia orang biasa je? Dulu dia jiran kita je?

Apa guna kecantikan kalau perangai buruk? Finesse (kata omputih), kesantunan datang dari breeding, iaitu didikan ibubapa sejak dari dalam perut. Ia bukan datang dari harta benda yang entah dari mana asal usul halal haramnya.

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.