Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday, 25 December 2011

HASSAN ALI GUNA SENJATA MUSUH UNTUK TIKAM PAS!

Inike senjata Perkasam dan Umporno
Yong tak tahu apa nak tulis Ahad ni. Semakin dekat pilihanraya semakin celaru politik tanah air kita. Dalam keadaan PR sedang menyerang BN kerana isu fidlot dan pembelian kelengkapan pertahanan yang terlampau mahal tetiba Hassan Ali tikam PAS dari belakang. Aduh! sakitnya ditikam oleh ahli jemaah sendiri. Walaupun Hassan Ali minta maaf pasal isu negara Kebajikan, sebagai pemilih, Yong tak maafkan sikap flip-flop dia. Tak kisah sapa maafkan dia, tapi bagi Yong tidak! Dia tikam PAS dari belakang dia zalim. MAKNANYA DIA ZALIM PADA YANG MEMILIHNYA DALAM PILIHANRAYA. Oleh itu yang wajar memaafkan dia hanyalah rakyat yang memilih PAS, bukan sekelumit pemimpin perpaduang! Yang lebih sakit hati, dia guna senjata umporno untuk tikam PAS (cth. TV3/4 dan utusex).

Untuk orang2 yang macam Hassan Ali dan yang sejenama dengannya, Yong sajikan satu kisah tentang perangai ahli parti yang baru2 ni bersungguh2 menyokong Hassan Ali.

Beberapa tahun yang sudah Yong bertandang ke rumah sedara kakak ipar. Hostnya seorang yang duduk atas pagar. Ropernyer dia ade tetamu. Seorang makcik bertudung nampak jambul perang. Sah wanita umno. Ramah pulak makcik ni walaupun baru kenal dengan Yong. Dia seorang usahawan. Ngomelan tak lain cerita projek le. Cari citer pasal orang tengah dan subkontraktor penipu sampai le ke FLOM (masa tu dia belum gelar diri dia FLOM lagi, tapi dah femes di kalangan wanita umno) dan bomoh. Berikut keratan ceritanya yang agak menarik:

MJP = makcik Jambul Perang. Y = Yong.

MJP: Satu hari tu I cari bomoh, pasal projek I kena sabortaj. You tau sapa I jumpa?
Y: Sapa?
MJP: MB...
Y: Mat Belon ke?
MJP: Hahaha...(dia gelak sambil tepuk paha Yong). You tau le sapa....Terkejut I. You tau dia minta apa kat bomoh? Hahaha...
Y: Minta apa? (Yong tak nampak apa yang funny sangat)
MJP: Minta nak menang dalam pilihanraya. Apa lagi...Hahaha

Baru Yong nampak katonnya citer makcik ni. Yong senyum je. Tunjuk minat.

Y: Ade pulok gitu?
MJP: Biasale. Hahaha (gelak lagi).

Penin Yong dengan makcik ni. Asyik gelak je. Yang dia gelakkan tu pemimpin dia.

MB ni menang. Tapi parti yang dia jadi pemimpin kalah. Agaknya dia minta menang untuk dirinya, bukan partinya kot?
Nama MB dan bomoh tu bior le Yong simpan. Dasar ahli parti khurafat. Nak pilihanraya cari bomoh. Dah tu percaya pulok bomoh boleh tentukan kalah atau menang.

Hassan Ali dengan Nasharuddin Mat Isa berkenan benor dengan parti yang ahlinya percaya pada kuasa bomoh. Isy! Yong heran perangai dua makhluk yang konon pandai agama ni. Yang lebih menghairankan, ada pulok golongan pandai agama dalam PAS yang sokong demer ni! Maka berkebajikanlah komer pada orang yang bawa senjata musuh untuk tikam komer. YA AMPUUUUN!!

1 comment:

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.