Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday, 26 December 2011

TERIMA KASIH PERKASA (UPDATE)



Kereta tak boleh terbang yob, jangan dicuba!
Terima kasih Perkasa. Kerana mulut besar Ibrahim Ali, Hassan Ali buat U-Turn. Nasharudin pun sudah nampak gagap2 nak berdamai dengan PAS. 

Ini kenyataan Ibrahin Al-Kataki:

Ibrahim memberitahu, kerana menghormati ketokohan Hasan, beliau telah menawarkan Exco Selangor itu supaya menyertai Perkasa dan bersedia menyerahkan jawatan Presiden sekiranya dia bersetuju.

Kenyataan ada dalam blog perkasa. Siapa yang minat cari le sendiri. Kalau presiden perkasa tak bukak mulut, tentu Hassan Ali masih mengingau. Tapi bila Ibrahim Ali bukak mulut, Hassan Ali terus brek dan buat u-turn. Mengapa ya? Antara sebabnya:
  • Hassan Ali tak mau dirinya disamakan dengan Ibrahim Al-Kataki. Dia merasa dirinya hebat. Jika dia terima pelawaan si katak, politiknya akan setaraf dengan politik katak. 
  • Jika dia terima pelawaan perkasa, dia akan sendirian kerana penyokongnya ramai tak suka si katak. Mereka akan meninggalkannya. 
  • Ahli perkasa pula tak semestinya menerima dia. Begitu juga penasihat perkasa. Ramai ahli perkara orang umno. Mereka belum memaafkan dia kerana masuk PAS.
  • Jika dia masuk perkasa, topeng Islamnya akan tanggal, tinggal topeng Melayu je. Ini tidak baik bagi politik Hassan Ali. Perangai perkasa nampak sangat tak islam kerana penasihatnya orang paling kuat menentang hukum hudud. Sedangkan Hassan Ali pejuang negara Islam sejati (katanya lah, bukan kata Yong)
  • Jika dia masuk perkasa, adakah dia boleh dikekalkan sebagai exco negeri Selangor lagi? Tentu sukar. DAP akan bising. Takde elaun. Duit tak cukup maa! Ha..ha..ha...Hassan Ali takut DAP!
  • Perkasa tidak jamin Hassan Ali akan dapat bertanding pada PRU13. Presiden perkasa pun tak tentu boleh menang. Ha...ha...ha...Tapi jika dia jilat semula ludah dan buat u-turn, mungkin geng perpaduang akan maafkan dia dan dia boleh menjadi calon lagi. Boleh kekalkan jawatan exco. 
  • Jadi, siapakah yang boleh jamin kocek Hassan Ali sentiasa berisi? It is all about financial security. Money talks maaa! 
Terima kasih perkasa. Sekarang kita tahu siapa sebenarnya Hassan Ali. Pejuang Islam sejati yang redha walau tak terpilih manjadi calon pilihanraya! Ha...ha...ha...

Hassan Ali dan rakan karibnya sebenornya teringin nak bertanding lagi. Cuma ego demer je yang kata rela tak terpilih. Orang Terengganu nak berkorban untuk demer ke? Keme kat Perak, Kelantan dan Selangor tak sior!.

Kita tunggu episod wayang ni seterusnya. Sementara tu, khas untuk penyokong GST, toll dan mereka yang setia kepad UG kita nyanyi dulu:

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.