Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday, 19 December 2011

BUKU EKONOMI KENA TIPU

Ada buku kena tulis semula?
Apa kesan penipuan Tun Mahathir bahawa Malaysia tak ambil bantuan dari bank dunia? Kesannya amat besar pada masyarakat ilmiah. Antaranya:

  1. Buku2 ekonomi yang kata Malaysia tidak ambil bantuan Bank Dunia kena ditulis semula.
  2. Semua jawapan peperiksaan yang kata Malaysia tak ambil bantuan Bank Dunia sepatutnya salah.  Calon2 tidak wajar dapat markah.
  3. Jawapan yang kata Malaysia terima bantuan Bank dunia tetapi telah dipangkah oleh pemeriksa sebenar adalah jawapan yang betul. Mereka patut dapat markah.
  4. Tesis2 dan kertas projek ekonomi peringkat ijazah, sarjana dan PhD yang kata Malaysia tak ambil bantuan Bank Dunia mengandungi fakta yang salah.
  5. Semua surat khabar lama yang melaporkan Malaysia tak ambil bantuan Bank Dunia mengandungi maklumat yang salah.
  6. Penganalisis ekonomi yang merujuk kepada kedudukan Malaysia semasa menghadapi krisis kewangan juga telah buat rumusan yang salah.
Mungkin ada banyak lagi. Komer tambah le sendiri. 

Aduuuh! Apa jadi dengan tesis dan kertas projek budak2?

Ini dah tunggang terbalik lebih dari citer keluarga 69!

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.