Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday 18 December 2011

LAWAK AHAD - CARI MENANTU PANDAI CAKAP ARAB

Dua orang sahabat sangat berminat dengan dua orang gadis anak tok ketua kampung. Tapi tok ketua kampung ni nak menantu macam ostad. Untuk membuktikan keostadan seseorang itu dia hendaklah pandai cakap arab. Kedua sahabat berbaiah akan saling merestui dan menyimpan rahsia antara satu sama lain jika terpilih. Mereka pun mencari jalan bagaimana hendak menarik perhatian tok ketua kampung yang nak menantu pandai bahasa arab ni.

Peluang dua sahabat ini muncul pada satu petang ketika mereka sedang menjala di sungai. Tok ketua kampung kelihatan berjalan di seberang sungai. Dua sahabat glamour ni yang dikenali sebagai MT dan MB  mula melakonkan helah mereka.

MT: Embiya, lu-tabar-jala (MB, lu tebar le jala)

MB: (menjerit, pura2 jala tersangkut) Emtiya - sangkuta wal-jala (MT, tersangkut jala aku).

MT: (juga menjerit)  Tarajuna! Tarajuna! (Terjun le)

MB: Wa-taqul- baya! Wa-taqul-baya! (Wa takut buaya)

Gambor hiasan je. 
Maka tok ketua kampung yang terdengar suara budak2 tu pun amat gembira kerana akhirnya dia akan dapat menantu yang pandai bebahasa arab dua orang sekaligos. Dipanggilnya budak2 tu ke rumahnya untuk minum kopi. Kedua mereka saling menyimpan rahsia dan terus menggunakan bahasa arab tipu untuk mengambil hati tok ketua kampung. Untuk menunjukkan mereka benar2 pandai mereka mengajar tok ketua kampung istilah2 arab yang  hebat bunyinya. Antaranya termasuk le hadariyah, wasatiyah, muqaballah, musabaqah dan yang terkini jihad dan infaq. Semunya mereka cedok daripada buku2. Sebenornya haram demer faham makna perkataan2 itu. 

Nota Yong: Citer diatas asalnya Allahyarham sepupu Yong (seorang ustaz) yang bagi entah berapa tahun yang lalu. Kat mana dia dapat citer Yong pun tak tanya.

2 comments:

  1. Assalamualaikum Yong,
    Arwah Bapak akak ada bagi citer akan-akan cam gini tp sipnosis dia dan klimaks story lupalah pulak. Sjk dua menjak ni ramai dlm gerombolan guna istilah dr Timur Tengah dlm 'muzakarah' deme, jihadlah, baaiahlah, transformasilah...eh tu bukan bahasa Arab. Bila dgor deme berucap, gerun Pak Sheikh dr Yaman!

    ReplyDelete
  2. He he adaptasi le klimaxnyer. Aper adaptasi Dom bahasa Arab erk.?

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.